"Mana Ana?" bisik Fakhrul kepada Huda dan Suraya.
Huda dan Suraya menggeleng kepala tidak tahu. Farrah bangkit dari simpuhnya dan bergerak ke belakang. Maka terserlahlah batang tubuh Anasuha yang sedang solat sunat hajat di bahagian belakang surau. Farrah kembali bersimpuh,
"Ana tengah solat kat belakang. Kita tunggulah dia kejap," ujar Farrah. Zulharith hanya mengangguk.
Tidak lama kemudian Anasuha dating men-join-kan diri bersama mereka.
"Sorry, lewat," ujar Anasuha sambil tersenyum.
"So, kita mulakan perjumpaan kita dengan Umul kitab Al-Fatihah" ujar Zulfadhli sambil menadah tangan.
Selepas membaca Al-Fatihah , Anasuha mula menyerang,
"Kau memang suka ambil masa orang kan , pres ?" ujar Anasuha selamba.
Zulharith tersentak,
"Kau ingat aku sengaja je ke nak ajak korang meeting ? Kalau ikutkan hati , aku pun malas weh," jawab Zulharith , bengang.
Anasuha mengeluh,
"Cepat sikit,"
Zulharith melihat air muka Anasuha yang kelat. Matanya kelihatan berair seolah-olah baru sahaja lepas menangis. Takkan la Anasuha menangis semasa solatnya tadi?
"Yang kau pandang aku lama-lama apa kes ? Aku tahulah muka aku ni lawa, tapi kau takde hak nak pandang muka aku lama-lama," bentak Anasuha.
Zulharith tersentak. Dengan pantas dia mula memberitahu perancangannya untuk minggu akhir mereka sebagai BWP. Almaklum , sem 2 bagi tahun mereka ini akan dilantik para BWP baru. Yang junior punya turn pula. Takkanlah asyik muka mereka sahaja yang menjadi BWP. Bosan pula budak-budak ni nanti.
Tambah pulak kalau budak-budak Form 3 yang memang sejak azali lagi tidak menyukai si Anasuha tu. Kalau boleh, mereka memang tidak mahu melihat muka Anasuha langsung kut. Namun bagi Anasuha pula
'Lantak koranglah nak suka aku ke tidak .. aku dengan cara aku .. '
Degil betul mak cik sorang ini.
"Anasuha, apa yang kau termenungkan tu ? Kau dengar tak apa yang aku cakap dari tadi ?" soal Zulharith, mukanya merah menahan geram dengan perangai Anasuha yang kuat berangan semasa dia sedang bercakap.
Anasuha tersengih, macam kerang busuk. Dia mengalihkan pandangannya kepada Huda. 'Apasal kau tak bagitahu yang Zul tengah pandang aku?' bisik Anasuha kepada Huda. Huda hanya mampu menggeleng kepala sambil tersengih.
No comments:
Post a Comment