Friday, 16 May 2014

Chapter Nineteen :)

ANASUHA tersenyum melihat Shamsul yang asyik tersenyum-senyum memandangnya. Anasuha agak lega setelah memberitahu Shamsul mengenai kelebihannya. Semakin lega apabila Shamsul tidak menggelarnya freak  seperti orang lain yang pernah dia beritahu sebelum ini. Contohnya, Huda yang totally freak out  bila Anasuha bagitahu mengenai kelebihannya yang satu itu.

"Aku boleh baca fikiran orang," ujar Anasuha dengan mukanya yang tiada perasaan seperti selalunya.

"Kau boleh baca fikiran orang? Eeee… kau ni pelik gila! Macam mana kau boleh baca hah? Apa yang kau selalu baca pada pemikiran orang? Nanti, maknanya kau boleh dengar isi hati akulah ni?!! Ap…" soalan Huda yang bertalu-talu membuatkan Anasuha terus menutup mulut Huda dengan menyumbatkan sapu tangan ke dalam.

"Yang kau nak beria-ria sangat ni kenapa?!" soal Anasuha dengan nada marah.

     Anasuha melihat pula ke arah Suraya. Senyap aje. Kemudian, Suraya bangkit dari katil Anasuha dan duduk pula di atas katilnya. Menyambung semula kerjanya yang terbengkalai.

"Alah, benda macam tu tak pelik pun," ujar Suraya. "Tu kan perkara biasa," tambahnya lagi.

"TJ 2 TJ 2 !!!"                         

     Anasuha tersentak apabila Shamsul menarik tudungnya.

"Dah sampai taman awak," ujar Shamsul.

"Oh," hanya itu yang mampu terluah dari mulut Anasuha. Dia bangkit dari tempat duduk. Shamsul mengekorinya dari belakang sehinggalah dia turun dari bas.

     Anasuha membuat muka pelik, "Kenapa kau turun kat sini, hah? Rumah kau kat hujung dunia sana!," ujar Anasuha. Dia berdiri menghadap Shamsul dengan muka tidak puas hati.

Shamsul hanya tersenyum, "Saja. Saya nak hantar awak balik,"

Anasuha membelakangi Shamsul dan mula berjalan pulang. Shamsul mula hairan. Biasanya, aku akan kena pukul, bisik hati Shamsul.

     Anasuha menoleh ke belakang,

"Kau nak ke kena pukul dengan aku?" soal Anasuha.

Shamsul tersentak. Lupa pula dia dengan kelebihan Anasuha yang satu itu.

"Tak! Tak! Tak!" ujarnya kelam kabut. Shamsul berjalan beriringan dengan Anasuha, dengan senyuman gembiranya kerana boleh berjalan seiringan dengan Anasuha tanpa di-smackdown oleh Anasuha. Biasanya, jalan di belakang Anasuha pun pasti akan di belasahnya. Tapi, pada kali ini,… bahagianya…., bisik hati Shamsul.

"You wanna die?" soal Anasuha sambil mencengkam kolar baju Shamsul. Shamsul tersentak. Baru sahaja nak rasa bahagia, tiba-tiba kena pula?

"Kenapa pulak ni, Ana?" soal Shamsul.

"Sakit hatilah, dengar apa yang kau cakap dalam hati," ujar Anasuha. Dia melepaskan cengkaman tangannya pada kolar baju Shamsul dan meneruskan perjalanan. Meninggalkan Shamsul di belakangnya.

     Shamsul terus mengejar Anasuha dengan sengihannya. Anasuha hanya tersenyum dengan perlakuan si Shamsul. Kadang-kadang dia sengaja mengetuk kepala Shamsul dan ketawa macam orang gila.

"Kita kawan kan?" soal Shamsul dengan senyuman. Anasuha hanya tersenyum. Sampai sahaja di rumah Anasuha, Shamsul melambai dan berjalan pergi. Anasuha hanya melihat kelibat Shamsul sehingga hilang dari pandangan.


ANASUHA melihat ke luar tingkap kereta api. Damai sahaja bumi Kelantan ini. Dengan sawah padinya, kanak-kanak bermainnya, sangat mendamaikan. Itulah untungnya kalau menaiki kereta api pada waktu tengah hari. Boleh melihat ke luar tingkap sebab siang. Kalau malam, sudah tentu tidak nampak apa-apa. Keputusan SPM akan keluar pada hari esok, jadi pada malam ini dia akan bermalam di rumah Suraya di Wakaf Bharu, berhampiran dengan MRSM Tumpat kesayangan mereka.

     Tengah-tengah dia enak melayani perasaan yang damai, tiba-tiba telefonnya mengiau. Apabila dia melihat ke skrin, nama Suraya terpampang di situ.

Kau sampai pukul berapa mek?-Sue

     Dengan pantas Anasuha membalas,

Aku dah kat Pasir Mas, ready je ah.-Na

     Anasuha menyimpan semula telefon bimbitnya ke dalam beg. Sebentar lagi dia bakal tiba di bandar Wakaf Bharu. Begnya yang bersaiz sederhana di bawa turun dari tempat beg. Budak lelaki di sebelah tempatnya masih nyenyak tidur, padahal mereka turun di tempat yang sama. Anasuha mengetuk kepala budak tersebut,

"Woi budak, dah nak sampai!" ujar Anasuha. Dia memperkemaskan tudungnya dan baju sejuk yang dipakainya dan bersiap sedia hendak turun. Dia memandang semula budak di sebelahnya,

'Aih, tadi suruh aku kejut sangat,' bisik hatinya.

     Anasuha mengetuk kepala budak lelaki tersebut dengan lebih kuat, "Woi dah sampai lah woi!" ujar Anasuha.

     Budak lelaki tersebut tersentak dan terpisat-pisat di sebelah Anasuha. Dia menggosok-gosok matanya dan kemudian dia menguap. Paling tidak senonoh, dia menguap tanpa menutup mulutnya. Anasuha mula membuat muka meluat,

"Nampak anak tekak kau," ujarnya bengang. " Kau ni tak belajar sivik ke apa? Tak senonoh langsung," tambahnya.

     Sampai sahaja di stesen Wakaf Bharu, Anasuha terus turun tanpa menghiraukan budak lelaki tersebut. Dia mencari-cari kelibat Suraya di stesen tersebut. Budak ni kalau tak datang dalam sepuluh minit, memang aku cari hotel kat Tumpat yang dekat dengan maktablah!

Seminit lagi.

Sepuluh.

Sembilan.

Lapan.

Tujuh.

Enam.

Lima.

Empat.

Tiga.

Dua.

"Ana!!!!!"

     Anasuha menoleh ke arah empunya suara. Dia terlihat Suraya sedang melambai-lambai tangan ke arahnya. Dia tersenyum sendiri. Mujur tak lewat. Kalau tak, memang dia sudah tekad ingin mencari hotel di bandar Tumpat sahaja nanti.

"Mana beg kau?" soal Suraya apabila melihat Anasuha hanya menjinjit beg yang kecil sahaja. Seolah-olah hanya membawa diri sahaja.

"Ni," Anasuha menayangkan beg kecil pada tangannya.

     Suraya mencapai beg tersebut dari tangan Anasuha, "Ini aje yang kau bawak?" soalnya.

     Anasuha hanya mengangguk. Dia membuat muka seposennya dan berjalan pergi.

"Bawa beta ke kereta," ujarnya dengan suara berlagak.

     Suraya memukul belakang Anasuha dengan begnya dan ketawa. Anasuha juga turut ketawa. Suraya membawa Anasuha ke kereta milik bapanya.

"Kau drive?" soal Anasuha.

     Suraya membuat muka berlagak,

"See the leg lah …." Ujar Suraya. Dia mencampak beg Anasuha ke tempat duduk belakang dan bergerak ke tempat pemandu dengan gaya berlagaknya. Anasuha hanya tersenyum dengan keletah kawannya yang satu ini.

     Sambil memandu, Suraya mula bertanya itu ini, dan Anasuha , walaupun penat, dia masih melayan budak Suraya yang banyak mulut ini. Soalan paling cepumas,

"Kau dah ada pakwe?"

    Anasuha ketawa galak apabila Suraya mengutarakan soalan itu. Suraya hanya memandang  sekilas wajah Anasuha yang sedang galak ketawa itu. Dia mula merasa hairan,

"Aku  tanya kau gelak pulak, pasal ape?" soal Suraya.

"Tak adalah. Soalan kau tu yang kelakar," jawab Anasuha.

"Aku tanya kau ada pakwe tu kelakar ke ?" soal Suraya.

" Eh, kejap. Aku baru perasan. Mana slang Kelantan kau?" soal Anasuha, cuba menukar topik.

"Owh, kan aku masuk PLKN baru ni. Mestilah kena kawal slang Kelantan," ujar Suraya sambil ketawa kecil. Dia langsung tidak perasan yang Anasuha telah menukar topik.

"Owh … selain kau, siapa lagi yang dapat masuk PLKN? Yang dapat tempat sama dengan kau?" soal Anasuha dengan riak wajah ingin tahu.

     Dan Suraya pun mula bercerita itu dan ini. Anasuha. Sangat pakar dalam mengubah topik perbualan. Terutamanya kalau berbual dengan manusia RAM lembab macam Suraya ini.


"ANASUHA!!!!!!"

Jeritan dari Farrah membuatkan telinga Anasuha hampir pekak. Punyalah excited budak Farrah ini apabila bertemu Anasuha. Huda di sebelahnya nampak rileks sahaja.

"Kau kat sini berapa lama?" soal Huda.

"Aku balik kereta api pukul enam dari Tumpat. So, lepak dulu kat sini sampai petang." Ujar Anasuha.

"Ala, kenapa tak duduk lama sikit?" soal Farrah.

Anasuha tersenyum, "Aku kerjalah esok,"

"Woi minah-minah hot sekarang!!" jerit Amirul dari jauh.

     Anasuha, Huda, Suraya dan Farrah menoleh ke arah tuan empunya suara. Kelihatan Amirul sedang berdiri bersama ahli-ahli BWP yang lain. Akif juga di situ sedang memerhatikan Anasuha dari jauh. Suraya menarik tangan Anasuha pergi ke arah mereka. Diikuti Farrah dan Huda.

"Apa khabar wahai hamba kuliku?" soal Zulharith dengan senyuman.

"Excuse me. Bekas, okey?" ujar Farrah.

"Apa-apa ajelah," jawab Zulharith. Dia memandang Anasuha yang sedang ralit berbual dengan Akhtar dan yang lain. Sekejap dia melihat Anasuha mengetuk kepala Akhtar , kalau tidak pun kepala Amirul. Anasuha memang rapat dengan mereka dalam BWP.

     Suasana menjadi senyap apabila terlihat Cikgu Khairul datang menampal keputusan peperiksaan di papan kenyataan. Sebaik sahaja kertas itu siap ditampal, Cikgu Khairul terus berlari pergi kerana takut  dirempuh oleh semua pelajar yang ingin melihat keputusan SPM masing-masing.

      Anasuha tersenyum melihat result sendiri. Huda yang sedang berdiri di sebelahnya membuat muka suspicious.

"Kau dapat berapa beb?" soal Huda.


     Anasuha hanya tersenyum, dan meninggalkan mereka untuk masuk ke dalam dewan untuk mengambil slip keputusan SPM. 

Thursday, 15 May 2014

Chapter Eighteen (@-@)

ANASUHA membuka kedai dengan malas. Setelah menyapu di bahagian hadapan kedai dan dalam kedai, dia duduk di kaunter seperti kebiasaannya. Jam sudah menunjuk ke arah angka dua belas. Kosong. Tengah-tengah bulan ni biasanya Anasuha dan yang lain hanya akan duduk melangut di kedai. Apabila bosan, apa lagi Anasuha akan buat? Sudah tentulah bermain game di dalam telefon pintarnya.

     Ketika sedang elok dia bermain game tiba-tiba dia teringat ayat yang dia cuba sampaikan pada mamat lembab(Shamsul) itu semalam. Entahkan faham atau tidak. Manusia yang mempunyai RAM otak yang lembab macam Shamsul tu mesti susah nak hadam apa yang dia cuba sampaikan.

'Kau ingat kau pandai, senyuman kau lawa, kau cantik kau boleh dapatkan semua yang kau nak ke?'
'Kau jangan rasa bangga dengan apa yang kau ada lah,'
'Kenapalah manusia macam kau ni kena ada kat dunia hah?'
'Senyuman menawan? Kau ingat kau bagus sangat ke?'

     Anasuha menutup telinganya tiba-tiba. Sehingga sekarang, ayat-ayat tersebut menghantui dirinya. Peristiwa lalu mula menerjah ke dalam benaknya, peristiwa ketika darjah enam. Peristiwa yang meragut senyuman manisnya dari pandangan semua orang. Kata-kata tersebutlah yang membuatkan Anasuha tidak berani memberi senyuman manisnya kepada sesiapa pun. peristiwa tersebutlah yang membuatkan Anasuha mula membesar dengan keadaan sebegini. Pemarah. Kaki pukul. Malah, menakutkan semua dan anti-sosial.

     Bunyi plastik di atas kaunter membawa Anasuha kembali ke alam nyata. Kelihatan Shamsul tersengih-sengih di hadapannya.

"Lunch," ujar Shamsul sambil tersenyum. Dia menolak plastik berisi nasi bungkus yang di belinya sebelum datang ke kedai.

     Anasuha mencengkam leher baju Shamsul,

"Apasal kau lambat sangat hah?!!!!" jerit Anasuha di dalam kedai itu.

Shamsul terbatuk-batuk, dia cuba untuk melepaskan diri daripada cengkaman tangan Anasuha yang cukup kuat itu.

"Saya ada hal. Sebab saya rasa bersalah tu yang saya belanja awak makan tengah hari," jawab Shamsul.

     Anasuha melepaskan cengkamannya pada leher baju Shamsul. Dia membelek-belek nasi bungkus yang dibelikan oleh Shamsul. Nampak seperti nasi ayam. Wah, rezeki aku ni.. dah lama tak makan nasi ayam, bisik hati Anasuha. Anasuha tersenyum sendiri.

"Kenapa awak senyum?" soal Shamsul sambil meletakkan begnya di dalam tempat meletak beg. Kemudian dia bergerak menghadap Anasuha.

"Aku tak boleh senyum ke ?" soal Anasuha dengan muka selamba. "Ada ke peraturan dalam undang-undang kata aku tak boleh senyum?" soalnya lagi. Tiba-tiba terasa Shamsul ini agak annoying. Rasa nak bagi penampar aje kat muka budak ini.

"Bukannya awak tak boleh senyum. Tapi, yelah… agak pelik pula bila awak senyum selalu ni," ujar Shamsul dengan muka tidak puas hati.

     Anasuha mencengkam leher baju Shamsul,

"APA SALAHNYA KALAU AKU SENYUM, HAH ?!!!!!" jerit Anasuha.

    Shamsul menepis tangan Anasuha ,

"Yelah, saya tak tanya dah!!!!" ujarnya dengan suara yang kuat.

     Anasuha tersenyum puas. Dia membawa plastik berisi nasi bungkus itu ke meja belakang. Makan. Sememangnya perutnya memang di minta untuk di isi. Almaklum, sejak dari pagi perutnya kosong.

     Shamsul mengambil alih di bahagian kaunter memandangkan Anasuha sedang makan di belakang. Shamsul mengeluarkan telefon pintarnya dan mula bermain game sama seperti Anasuha selalu lakukan. Dalam dia ralit bermain, tiba-tiba seorang lelaki masuk ke dalam kedai. Shamsul dengan pantas bangkit,

"Ya, boleh saya bantu?" soal Shamsul. Lelaki tersebut hanya tersenyum dan mula berjalan-jalan di dalam kedai.

'Mana budak lawa tu?' bisik hati lelaki tersebut.

     Anasuha yang sedang makan tiba-tiba berhenti.

'Ana kan…. I'm so going to get you tonight!'

     Anasuha bangkit dan pergi membasuh tangan di belakang. Setelah memperkemaskan pakaiannya dia keluar dengan aura hitamnya. Dia menyentuh bahu Shamsul, menyuruhnya pergi. Shamsul hanya menurut.

"Ya, boleh saya bantu encik?" Anasuha mengeluarkan suara comelnya. Tersentak Shamsul mendengar suara 'baik' Anasuha.

     Lelaki kacak(pada pandangan Shamsul) tersebut menoleh ke arah Anasuha yang terpacak di belakangnya,

"Saya… nak cari … seseorang," ujar lelaki tersebut.

Dengan muka tiada perasaan, Anasuha membalas,

"We don't sell people here,"

Lelaki kacak itu ketawa galak. Anasuha masih juga dengan muka tiada perasaannya. Pada pandangan Shamsul, aura hitam sedikit demi sedikit memenuhi ruang di mana Anasuha berdiri.

"Saya cari awaklah, sayang…" lelaki itu mencuit hidung Anasuha. Shamsul bergerak ingin mendekati Anasuha, tetapi tiba-tiba Anasuha menoleh dengan pandangan maut.

"Petang ni saya tunggu awak baliklah… Saya suka tengok awak, cantik." ujar lelaki tersebut. Anasuha mempamerkan senyumannya.

'Siaplah kau nanti,' bisik hati Anasuha.

     Apabila mamat itu keluar dari kedai, Anasuha kembali ke kaunter. Shamsul pula dengan pantas mendapatkan Anasuha. Dia duduk menghadap muka Anasuha dengan wajah yang serius.

"Awak pakai tudung, tapi awak boleh biarkan lelaki tu sentuh awak macam tu aje?" soal Shamsul.

     Anasuha tersenyum sinis. Dia memandang ke dalam mata Shamsul.

'Apa pelan Ana ni?' bisik hati Shamsul.

"Habis shif kita ni, kau ikut aku. Aku nak tunjuk sesuatu," ujar Anasuha dengan muka tiada perasaan.

     Shamsul menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia hanya memandang Anasuha yang sudah ralit bermain game di dalam telefon pintarnya. Nak tunjuk apalah agaknya budak Anasuha ini?


SEPERTI yang telah dijanjikan, mamat tadi (yang Shamsul fikirkan kacak itu) tunggu Anasuha di luar kedai. Anasuha tersenyum sinis. Siap sedialah kau, bisik hati Anasuha. Shamsul mengikut belakang Anasuha yang sudah mahu keluar dari kedai. Melihatkan mamat tadi itu membuat Shamsul mula rasa lain. Dia melihat ke arah Anasuha. Aura hitam mengelilinginya, namun senyuman di pamerkan apabila lelaki kacak tadi menegurnya.

"Jom, saya hantar awak balik, nak?" soal lelaki itu sambil berjalan beriringan dengan Anasuha. Shamsul pula hanya mengikut di belakang.

Lelaki itu menoleh ke belakang melihat Shamsul,

"Kenapa kau ikut hah, mat skema? Blah ah!" ujar lelaki tersebut. "Dahlah hodoh, dengan mulut separuh ternganga macam tu. Eeeee … siapalah nak kawan dengan kau?" tambahnya.

Aura hitam semakin gelap mengelilingi  di seluruh ruang di sekeliling Anasuha. Anasuha mengepal-ngepal buku limanya. Dengan pantas, dia memegang bahu lelaki kacak tersebut dan …

"Kau jangan suka hati ejek dia!!!!!!!!!!"

     Terbeliak mata Shamsul melihat apa yang terjadi. Tergamam dia melihat Anasuha me-wrestling si mamat kacak itu. Nampak gayanya, lelaki itu terpaksa melupakan term kacak buat sementara waktu dengan rupanya sekarang.

"Lain kali, tengok cermin dulu sebelum nak kutuk orang. Kau ingat kau handsome kau boleh kutuk orang lain?! Plus, aku bukan perempuan yang senang nak jadi mangsa kau, faham?!" Anasuha menekan dada lelaki kacak yang dah tak kacak itu dengan kakinya.

     Anasuha berjalan ke arah Shamsul. Anasuha menarik beg Shamsul dan mengheretnya pergi dari situ. Memang sengaja dia membawa lelaki itu melalui jalan yang jarang orang guna itu. Sebab Anasuha ingin membelasahnya.

"Aku nak kau diam," ujar Anasuha.

Shamsul menutup mulutnya dengan tangan. Anasuha mengheret Shamsul sehingga ke pondok menunggu bas.

"Kenapa awak pukul dia?" soal Shamsul setelah mengambil tempat di pondok bas itu. Anasuha bersandar pada salah satu tiang di pondok menunggu bas itu. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya.

"Aku tahu apa yang dia fikir," ujar Anasuha.

"Maksud awak?" soal Shamsul. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

     Anasuha kehilangan kata. Nyaris dia terlepas kata mengenai kebolehannya yang sudah lama tidak digunakan itu. Takkan dia nak bagitahu pada mamat slow ni pula?

"Errr… alah! Kalau kau tengok mata dia , cara dia bercakap, kau mesti tahu dia manusia macam mana kan?" ujar Anasuha. Matanya melilau-lilau ke kiri dan kanan kerana takut rahsia besarnya pecah.

"Kenapa awak kelam kabut?" soal Shamsul. Dia memandang ke arah mata Anasuha. Inginkan kepastian.

     Kebetulan pada masa itu bas pun datang. Maka, terselamatlah Anasuha.

"Jom naik!" Anasuha menarik beg Shamsul, mengheretnya masuk ke dalam bas. Shamsul dengan muka tidak puas hati hanya menurut kata-kata Anasuha.

     Semasa di dalam bas, Anasuha banyak memandang ke arah luar. Takut disoal oleh Shamsul. Sudahlah tadi dia nyaris memecahkan rahsianya yang paling besar. Kalaulah orang tahu mengenai rahsianya ini, sudah tentu dia akan dilabel 'freak' oleh masyarakat. Shamsul pula memerah otak tentang ayat Anasuha tadi.

'Apa maksud dia boleh tahu apa dia fikir?' bisik hati Shamsul.

     Anasuha mengerling ke arah Shamsul. Nampak depressed sangat dah budak Shmasul ini. Anasuha mengeluarkan gula-gula Mentos dari dalam begnya dan menyuakannya kepada Shamsul.

"Mentos?" soal Anasuha dengan muka tiada perasaannya. Takkan dia nak tunjuk muka risaunya pula kan? Nanti kantoi pula.

"Awak tak jawab soalan saya tadi," ujar Shamsul dengan muka tidak puas hati.

     Anasuha menyumbat gula-gula Mentos tersebut sebanyak lima biji ke dalam mulut Shamsul dengan geram. Susah kalau dapat budak macam Shamsul ni. Sifat ingin tahu kuat sangat! Shamsul hanya mampu mengunyah gula-gula tersebut dengan perlahan. Habis mulutnya penuh dengan gula-gula itu. Penangan Anasuha.

     Sampai di TJ 2, Anasuha turun dari bas. Dia melihat Shamsul melihatnya dari dalam bas dengan muka ingin tahunya. Anasuha hanya melambai dengan senyuman di bibir. Jumpa esok, bisik hati Anasuha.



KEPUTUSAN peperiksaan SPM akan tidak lama lagi. Anasuha sudah meminta cuti sehari agar dia bisa ke Kelantan untuk mengambil keputusannya. Kak Nora dengan muka tidak puas hatinya terpaksa juga memberi cuti kepada Anasuha. Anasuha tersenyum sinis sahaja apabila melihat wajah tidak puas hati Kak Nora. Iyalah, kalau Anasuha tiada, bermakna dialah yang harus membuka kedai pada pagi itu, kerana Shamsul juga akan ke sekolahnya untuk mengambil keputusan SPM. Jadi, Kak Nora harus menjaga kedai sebelum Shamsul datang.

"Padan muka kau, Nora. Dasar pemalas datang awal," bisik Anasuha. Dia sedang ralit membungkus hadiah untuk pelanggannya.

"Apa dia cik?" soal si pelanggan.

Anasuha tersentak, 'Alamak, dia terdengar pulak,' bisik hati Anasuha. Nak cover punya pasal, Anasuha hanya mampu tersengih-sengih macam kerang busuk. Dia terus membalut hadiah tersebut dengan tekun, seolah-olah tiada apa berlaku.

     Shamsul mendapatkan Anasuha yang sedang sibuk membalut hadiah. Dia membantu menguntingkan pita pelekat. Sambil itu, dia berbual-bual dengan pelanggan. Bertanya itu dan ini. Almaklum, Shamsul ini kan over ramah. Semua orang suka berbual dengannya. Jauh berbeza sekali dengan si Anasuha.

"Awak ni jauh beza ya, dengan budak ini?" si pelanggan menunjuk ke arah Anasuha yang hanya diam, ralit membalut hadiah.Shamsul hanya tersenyum. Anasuha memandang si pelanggan dengan muka tiada perasaan. Padahal, Shamsul sudah mula merasa aura hitam Anasuha.

"Cuba kalau awak ni banyak bercakap sikit, mesti ramai akan suka awak," ujar si pelanggan lagi.

     Shamsul sudah mula merasa tidak sedap hati. Aura hitam Anasuha sudah mula mencucuk dirinya agar dia pergi jauh-jauh. Shamsul melihat pelanggan lelaki yang sedang ralit melihat Anasuha membalut hadiah. Lelaki itu masih lagi sibuk menyuruh Anasuha senyum dan bercakap.

"Cuba awak senyum sikit. Banyakkan cakap … mesti.."

Anasuha mencengkam leher baju pelanggan lelaki tersebut dengan bengang. Aura hitam sudah mula menguasai dirinya. Pelanggan lelaki itu agak terkejut dengan Anasuha,

"Mesti apa?!" soal Anasuha bengang. Dia memandang tepat ke arah anak mata lelaki tersebut. Lelaki tersebut hanya terdiam dan memandang ke bawah.

"MESTI APA?!!!" laung Anasuha.

     Shamsul terlihat mata Anasuha yang sudah berapi-api. Segera dia membantu lelaki itu melepaskan diri dari cengkaman tangan Anasuha. Belum sempat pun Shamsul berbuat demikian, Anasuha sudah melepaskan cengkamannya pada leher baju pelanggan lelaki tersebut.

"Kau jangan ingat aku ni baik sangat! Aku boleh jadi baik. Tapi, bila sampai seru, aku boleh jadi lagi teruk dari semua penjenayah!" ujar Anasuha. Dia meninggalkan kaunter dan keluar dari kedai.

"What's up with her?!" soal pelanggan lelaki tersebut.

Shamsul hanya mampu memohon maaf dan terus keluar mencari Anasuha. Ya, seperti biasa, Anasuha mesti akan berada di lorong sunyi itu. Shamsul melihat Anasuha duduk di satu sudut. Terus dia pergi mendapatkan Anasuha.

"You, okay?" soal Shamsul.

"Kau tak tahu apa yang dia fikir masa tu, kau tak tahu!" ujar Anasuha. Matanya tajam merenung ke wajah Shamsul. Dan Shamsul pula, seperti dipanah petir terus memandang ke tempat lain kerana takut dengan pandangan mata Anasuha.

     Shamsul duduk di sebelah Anasuha,

"Apa yang dia fikir?" soal Shamsul.

     Anasuha memandang Shamsul. Kalau aku bagitahu, mesti dia ingat aku ni freak. Jangan Anasuha, bisik hatinya.

Anasuha berdiri tegak, "Jom balik kedai,"

Shamsul memegang lengan Anasuha yang dilitupi baju. Mujur baju lengan panjang je, kalau tidak tiada makna dia nak pegang lengan Anasuha ni. Mahu kena belasah pulak nanti.

"Awak, cuba bagitahu hal yang sebenar," ujar Shamsul.

     Anasuha menoleh memandang Shamsul. Dia memandang tepat ke dalam mata Shamsul yang kelihatan betul-betul ingin tahu. Dia menarik tanggannya yang dipegang kemas oleh Shamsul sehingga terlepas.

"He tried to seduce me. Dia ada pelan tak baik. Sama macam lelaki hari tu jugak. Aku boleh baca fikiran diorang!" ujar Anasuha geram. Matanya berair. Dia hanya memandang ke tanah. Tidak mahu Shamsul melihatnya menangis.

"Apa maksud awak yang awak boleh baca fikiran dia orang?" soal Shamsul.

Anasuha menarik nafas sedalamnya,

"I can read people's mind," ujar Anasuha.

"Itu aje?"  soal Shamsul. Dia berdiri di belakang Anasuha yang sedang membelakanginya.

"I am a freak. I can read people's mind!" ujar Anasuha dengan nada geram.

"Saya tak rasa awak ni freak," ujar Shamsul.

     Anasuha menghadap Shamsul,

"Kenapa kau tak jadi je macam orang lain? Benci aku, tak pedulikan aku, fikir yang aku ni alien macam 
orang lain, hah?" soal Anasuha.

"Saya tak benci awak pun. Saya suka awak," ujar Shamsul.

Anasuha memandang ke dalam mata Shamsul,

"Kenapa kau suka sangat nak berkawan dengan aku, hah?" soal Anasuha.

"Saya suka awak. Walaupun awak selalu pukul saya. Kalau dikira , dalam sehari adalah dalam beratus kali awak pukul saya. Saya suka awak, bila awak senyum pada saya tiba-tiba walaupun awak tak suka saya. Saya suka awak, cara awak berkomunikasi dengan pelanggan. Ramah walaupun kadang-kadang aura hitam awak tu keluar sebab bengang. Saya suka awak, walaupun awak boleh baca fikiran orang lain. Itu adalah kelebihan awak. ALLAH kurniakan awak anugerah yang baik awak tahu. Dengan anugerah awak ni, awak boleh jaga diri. Macam hari tu, masa lelaki handsome tu nak ajak awak balik sekali tu, awak belasah dia kan? Sampai remuk muka dia awak kerjakan. Dari putera jadi jentera," Shamsul ketawa kecil.

    Anasuha ketawa apabila Shamsul membuat lawak mengenai muka lelaki yang Anasuha belasah beberapa hari yang lepas. Shamsul tersenyum apabila melihat Anasuha sudah mula ketawa,

"Saya tak pelik pun kalau awak boleh baca fikiran orang. Walau awak alien sekali pun, saya tetap nak kawan dengan awak!" ujar Shamsul.

Anasuha tersenyum. Dia menarik baju Shamsul dan mengheretnya kembali ke kedai,

"Dahlah, jom balik,"


     Shamsul tersenyum. Gembira kerana bisa membuatkan Anasuha berada dalam mood yang baik semula.

Wednesday, 14 May 2014

Chapter Seventeen (#-#)'

ANASUHA melihat keadaan sekeliling rumah. Mana semua orang, bisik hatinya. Anasuha menyimpan kasutnya di dalam almari kasut dan terus bergerak ke dapur. Setelah meneguk air, dia bergerak pula ke bahagian ruang tamu. Kosong. Anas sudah tentulah masih di Kuala Lumpur, bekerja. Tetapi, persoalan kini, di manakah ibunya? Takkanlah ibunya lenyap macam itu sahaja kan? Ada alien ke yang mengambil ibunya? Ke Mama kena culik ?

     Anasuha mula kelam kabut di dalam rumahnya sendiri. Dalam dia kelam kabut di rumahnya sendiri, Anasuha terpandang nota yang tersadai di atas meja kopi.

Ana, Anas(kalau kamu baliklah)..
Mama ada hal. Nak kena pergi Langkawi. Dalam sampul surat yang ada sekali dengan surat mama ni, ada duit untuk kamu. Nanti mama balik,okey?:)

     Langkawi.

"Muka mama pergi Langkawi sebab ada hal, memang tipulah. Mesti pergi bercuti dengan kawan-kawan punyalah," ujar Anasuha perlahan. Dia mencapai remote televisyen dan membuka channel kegemarannya. Cartoon Network.

 "Ah, Tom&Jerry, lama tak tengok!" ujar Anasuha. Dia mengambil tempat di hadapan TV. Dalam dia ralit menonton televisyen, tiba-tiba telefon pintarnya mengiau. Anasuha dengan muka bengang mengangkat panggilan telefon daripada unknown itu.

"Hello, Assalamualaikum, siapa ni?! Kacau aku nak tengok TV aje!" ujar Anasuha dengan suara geram.

"Waalaikumussalam, ni Anasuha ke?"

     Anasuha tersentak. Suara yang paling dikenalinya. Suara manusia yang sering membuat hidupnya miserable sejak beberapa minggu yang lalu. Siapa lagi kalau bukan Encik Shamsul kita. Nanti, mana Encik Tembikai ni dapat nombor aku, bisik hati Anasuha.

"Mana kau dapat nombor aku?!!!!!" jerit Anasuha kepada orang di sebelah sana sekuat mungkin.

     Jika diukur , memang sah mamat ni akan pekak.

"Saya minta pada Kak Nora," ujar Shamsul perlahan dan takut-takut.

"Kenapa kau minta?" soal Anasuha dengan suara yang menyeramkan.

"Alah, saya ada nombor semua oranglah," ujar Shamsul, tidak mahu Anasuha fikir yang bukan-bukan. Buatnya Anasuha menggelarnya pervert ke, stalker ke, memang tak boleh.

     Anasuha menarik nafas,

"Kau nak apa, aku bagi kau satu minit untuk cakap apa yang kau nak cakap," ujar Anasuha dengan pantas. Cerita kegemarannya sudah bermula, Powerpuff Girls.

     Okey, Anasuha memang nampak ganas, tetapi pada hakikatnya kartun Powerpuff Girls dan Pink Panther adalah kegemarannya. Fizikal sahaja ganas, tapi dalam hati, macam kanak-kanak juga.

"Esok saya kena datang lewat sikit, ada hal," ujar Shamsul.

     Anasuha tersentak, kalau Shamsul datang lambat, dia mana ada kunci nak buka kedai. Takkanlah mahu tunggu Kak Nora datang baru nak buka kedai. Kak Nora lepas makan tengah hari baru datang biasanya. Dalam jadual pula, nama mereka shif pagi pada hari esok.

"Woi, aku mana ada kunci spare. Takkan kau nak suruh aku tunggu Nora bukak kedai? Minah tu, selagi tak lepas makan tengah hari muka dia takkan muncul tau!" ujar Anasuha.

Shamsul kedengaran gelisah,

"Habis tu macam mana?" soal Shamsul.

     Anasuha mengerah otaknya untuk berfikir. Setelah beberapa minit mengerah, lampu mentol di dalam kepala otaknya menyala.

"Macam nilah, kau datang taman dekat taman perumahan aku, hantar kunci," ujar Anasuha.

"Boleh, tapi rumah awak dekat mana?" soal Shamsul.

"Taman Temerloh Jaya," jawab Anasuha.

"Oh, samalah kita. Tapi, TJ banyak taman. Taman yang mana satu ni?" soal Shamsul lagi.

"Alah, taman yang agak terbiar dekat area TJ 2 tu. Kau tunggu aku kat situ. Tahu tak ?" soal Anasuha pula. 
Tidak mahu Mr.Bean ni sesat pula malam-malam begini.

"Susah sangat, biar saya hantar dekat rumah awak ajelah," Shamsul membuat cadangan sendiri.

     Anasuha menahan geram. Budak Shamsul ni memang nak kena. Cakap ikut suka hati aje. Kau ingat aku ni duduk rumah sebuah-sebuah ke apa, bisik hati Anasuha.

"Kau ni cakap pakai otak ke akal? Kau tengok jam sekarang pukul berapa," ujar Anasuha geram.

     Shamsul melihat jam yang melekat pada tangannya,"Pukul sembilan setengah malam," ujar Shamsul dengan lurusnya. "Kenapa?" tambahnya.

     Anasuha mengetuk kepalanya sendiri dengan telefon bimbitnya,

"Cuba kau fikir, aku ni bukan duduk rumah sebuah-sebuah. Apa jiran aku fikir kalau tengok ada lelaki datang rumah aku? Lagipun mak aku dahlah tak ada malam ni, aku sorang aje kat rumah ni. Buatnya kena tangkap basah, kau nak kena kahwin dengan aku?!" soal Anasuha bengang. Budak yang lembab macam si Shamsul ni memang nak kena brainwash molek-molek, kalau tak pun kasi upgrade itu RAM kat dalam kepalanya itu.

     Shamsul menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Apa fasal Ana ni cakap pasal kahwin pulak, aku nak hantar kunci aje pun, ni sampai kahwin pula, bisik hati Shamsul.

"Tapi saya kan hantar kunci kat rumah awak aje, bukan masuk pun…" jawab Shamsul.

"Dahlah, aku cakap dengan kau, macam aku cakap dengan kayu yang pegang telefon tahu tak? Kau datang kat taman tu in thirty minutes, kalau kau lambat…. Aku akan make sure yang kau akan makan pakai kaki nanti," ujar Anasuha, terus mematikan telefon bimbitnya.



SHAMSUL menggaru-garu kepala. Taman mana satu yang Anasuha suruh pergi ni, bisik hatinya.  Ni dah lebih tiga puluh minit ni, tapi still tak jumpa-jumpa taman tempat mereka berjanji. Memang masaklah abang Shamsul kita macam ni.  Dalam dia mencari, tiba-tiba telefonnya mengaum dan nama Anasuha tertera di skrin. Shamsul mula menggelabah. Apa aku nak jawab ni, bisik hatinya. Redhakan aje…

"HOI! KAU KAT MANA HAH ?!!!!" jeritan Anasuha membuatkan Shamsul terpaksa menjauhkan telefon bimbitnya dari telinga.

"Say.. saya sesatlah awak…." Ujar Shamsul perlahan.

"Dekat TJ pon boleh sesat ke ??? Bukan jauh pun! Kau kat mana sekarang?" soal Anasuha dengan bengang.

"Mana saya tahu… " jawab Shamsul.

"Tak tahu, tak tahu. Tepi-tepi kau tu tak ada bangunan ke ?! Rumah ke? Kedai?" ujar Anasuha.

"Ada lot kedai. Lepas tu taman dia luas. Macam padang," ujar Shamsul sambil melihat sekeliling.

"Kau tunggu kat situ!" ujar Anasuha.

     Talian dimatikan. Shamsul melihat sekeliling. Nampak seram tetapi bila dilihat sekeliling, banyak rumah sebenarnya. Shamsul berdoa di dalam hati mohon tidak dikerjakan sepertimana yang Anasuha khabarkan di dalam telefon tadi. Buatnya kalau jadi, maknanya … tangannya akan patah ataupun tercabut yang membuatkan dia terpaksa makan pakai kaki.




ANASUHA mengayuh basikalnya sepantas boleh. Ini kali pertama baginya, mengayuh basikal ke taman besar yang terletak jauh dari rumahnya. Taman besar itulah yang paling anti baginya kalau diikutkan. Mana tidaknya, Kamal, mamat perasan kacak yang sudah lama menaruh hati kepadanya itu tinggal di rumah yang berhadapan dengan taman besar itu. Macam manalah si Mr.Bean tu boleh sesat sampai ke sana?

    "WOI!" jerit Anasuha apabila terlihat Shamsul sedang duduk menunduk ke tanah di atas buaian.

     Shamsul tersentak, lantas duduk melutut di hadapan Anasuha,

"Saya minta maaf!!!! Jangan potong tangan saya, saya tak nak makan pakai kaki," ujar Shamsul. Air matanya hampir menitis keluar.

     Anasuha memandang Shamsul. What a tearful face, bisik hatinya.

"Aku bukan nak makan tangan kaulah!!! Mana kunci kedai?" soal Anasuha, malas mahu melayan karenah budak Shamsul ini.

     Shamsul dengan muka hendak menangisnya mencari-cari kunci di dalam poket seluarnya. Anasuha hanya memandang sekeliling, takut-takut kalau Kamal ternampaknya. Dia tidak mahu bertemu langsung dengan mamat perasan kacak itu.

"Ana…."

     Anasuha memandang wajah Shamsul yang sudah bercucuran air mata. Anasuha menarik nafas sedalam-dalamnya. Tangannya mula mengepal-ngepal buku limanya.

"Kau naik basikal aku cepat!" ujar Anasuha.

"Awak tak nak pukul saya ke?" soal Shamsul.

     Anasuha membulatkan matanya dan mengarah si Shamsul membonceng basikalnya. "Sebelum aku pukul kau, mana rumah kau ?"

"Rumah saya dekat dengan sekolah SKTJ," jawab Shamsul.

"Kau tahan jelah ya?" ujar Anasuha, dia mula mengayuh.

'Apa maksud Anasuha?' bisik hati Shamsul. Anasuha tersenyum jahat.



SHAMSUL menjerit macam orang kena rompak. Kini baru Shamsul faham dengan ayat 'kau tahan jelah ya?' dari Anasuha. Mana tidaknya si Shamsul ni nak menjerit, dengan kelajuan kilat ini, Anasuha mengayuh basikal. Macam nak terbang. Shamsul memegang erat tempat duduknya, takut dia melayang di bawa angin. Anasuha mula terasa annoyed dengan jeritan Shamsul.

"Kau senyaplah weh!!!" marah Anasuha. Semakin marah dia , semakin lajulah dia mengayuh basikal itu.

"Awak bawaklah perlahan sikit," jerit Shamsul.

"Sekarang dah pukul berapa? Kalau aku bawak slow nanti aku lambat sampai rumah!" ujar Anasuha.

     Shamsul melihat jam di tangan. Sudah hampir pukul sepuluh. Kalau di kawasan Temerloh Jaya ini, agak bahaya bagi seorang gadis macam si Anasuha ini untuk berkeliaran seorang diri. Lebih-lebih lagi kalau lewat malam. Shamsul menarik baju Anasuha,

"Maaf sebab terpaksa susahkan awak," ujar Shamsul, perlahan. Dia terfikir, bagaimana dia boleh terlupa membawa kunci kedai sedangkan sebelum keluar dari pintu rumah dia sudah memegang kunci tersebut.

"Dah takdir, nak buat macam mana," ujar Anasuha. Dia menoleh ke arah Shamsul yang sedang membonceng di belakangnya. Dia tersenyum.

     Shamsul teruja. Kali pertama Anasuha menghadiahkan senyuman yang manis untuknya. Almaklumlah, selama ini Anasuha hanya tahu memarahinya, memukulnya dan berleter kepadanya. Tetapi, pada malam ini Anasuha tersenyum kepadanya. Walaupun tidak berapa jelas di sebabkan suasana yang gelap, tetapi senyumannya betul-betul buat Shamsul teruja.

"Mana satu rumah kau ni?" soal Anasuha. "Kau nak aku kayuh sampai SKTJ ke?" tambah Anasuha lagi.

"Rumah saya betul-betul menghadap padang SKTJ," ujar Shamsul setelah sedar dari lamunan.
     Anasuha hanya menurut. Di hadapan rumah Shamsul, Anasuha memberhentikan basikalnya. Termengah-mengah dia setelah mengayuh basikal, di tambah pula dengan beban Encik Tembikai ini. Berapa berat kau hah Encik Tembikai, bisik Anasuha.

"Awak tunggu sini," ujar Shamsul. Dia masuk ke dalam rumah. Anasuha masuk juga, cuma berdiri di hadapan pintu sahajalah. Takkan nak masuk pula. Tetapi, menurut pandangan Anasuha, nampaknya Shamsul ini tinggal di rumah ini seorang diri. Kalau lihat dari susunan perabut dan lain-lain, rumah ini nampak kosong.

     Shamsul keluar dari rumah dengan secawan air dan bersama kunci kedai. Dia terseyum memandang Anasuha.

"Air untuk awak, sorry sebab awak kena datang rumah saya sebab saya tertinggal kunci," ujar Shamsul sambil menyuakan air yang dibawanya dari belakang. Anasuha menyambut gelas itu dengan perlahan. Dia membelek-belek air tersebut.

"Kau tak letak ubat apa-apa ke , racun ke apa, kan?" soal Anasuha, suspiciously.
Shamsul ketawa galak, "Kenapa? Awak ingat saya nak bunuh awak ke?" soalnya.

     Anasuha memberi jelingan maut kepada Shamsul. Dia minum air di dalam gelas itu perlahan, sambil itu matanya melilau ke dalam isi rumah.

"Kau duduk seorang?" soal Anasuha.

     Shamsul menoleh ke dalam isi rumahnya kemudian tersenyum ke arah Anasuha.

"Aku tanya, kau kena jawab. Bukannya senyum," ujar Anasuha.

"Saya duduk seorang je. Parents dah meninggal masa saya kecil. Ada kakak dua orang, tapi dia orang duduk tempat lain. Kat sini saya duduk seorang sebab saya nak berdikari," jawab Shamsul.

Anasuha merasa bersalah, "Aku minta maaf,"

Shamsul tersenyum, "Eh, tak ada apalah. Saya okey aje," ujar Shamsul dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.

     Anasuha mengetuk kepala Shamsul. "Kau ni asyik senyum aje, nanti orang kata kau gila," ujar Anasuha.
Shamsul menggosok-gosok kepalanya yang sakit,

"Kakak saya selalu kata, senyum itu sedekah. Lagi satu, senyum ni awet muda tau,"

     Anasuha ketawa,

"Memanglah, tapi kalau terlalu kerap senyum, nanti kena aim," ujar Anasuha. Anasuha memandang ke tempat lain,

"Dalam dunia ni, bukan semua orang suka kita. Bukannya bila kita senyum, semua orang akan balas balik. Mostly, they will think 'she thinks she's friendly', 'she looks too proud of herself'. Bukan semuanya suka kita, ingat tu. Okeylah Encik Tembikai. Aku balik dulu. Jumpa kau esok,"

     Anasuha melambai ke arah Shamsul sebelum hilang dari pandangan. Shamsul hanya berdiri pegun di hadapan pintu rumahnya. Cuba menghadam apa yang Anasuha cuba sampaikan padanya.



Nanti, kenapa dia panggil aku Encik Tembikai???!!!!