Tuesday, 19 November 2013

Chapter Five :*


ANASUHA mengetap gigi. 'Cilakak punya Zul,' bisik hatinya. Sebenarnya Anasuha sangat anti dengan pelajar Tingkatan 3. Lebih-lebih lagi kalau budak-budak nakal. Lelaki lah. Memang ANTI GILA! Apa lah muslihat Anasuha untuk tidak menyertai prjek pagi esok? Nak tipu Zulharith? Si Huda dengan si Suraya ni bukan boleh berlakon pun. Menipu pun kurang reti. Anasuha memeluk bantal peluknya. Apa aku nak tibai ni? Aduh, masa-masa macam nilah kau nak bengap pulak otak ni, bisik hati Anasuha.

"Mana kau korek cerita pasal Zul ni Ana?!"

     Anasuha tersentak. Tercampak bantal peluknya ke katil Huda. Dengan pantas dia menoleh ke belakang. Terserlahlah wajah Huda dan Suraya yang sedang menyimpan kasut-kasut mereka di rak kasut.

"Waalaikumussalam," perli Anasuha. Dia mencapai semula bantal peluknya dan berbaring di atas katilnya. Hari ni dia sudah rancang untuk tidur awal. So, no one can disturb perancangan mulianya (….) itu. Abaikan kerja sekolah yang banyak dan 2 makhluk tuhan yang sedang memandangnya dengan penuh rasa tidak puas hati itu.

"Woi, bagitahulah," ujar Huda sambil mengeshake badan Anasuha yang sedang berbaring di atas katilnya.

     Anasuha duduk tegak di atas katilnya. Kemudian dia menadah tangan. Suraya dan Huda mengeluh,

TRIVIA: Kalau ada berita panas, jangan minta Anasuha beritahu. Dia mintak upah.

     Suraya mencapai beg duitnya di atas meja studynya. Mengeluarkan not RM5 dan menghulurkannya kepadaa Anasuha.

"Ini untuk aku dan Huda. Demanding betullah mu ni!" marah Suraya.

"Cerita cepat!" ujar Huda tidak sabar-sabar.

     Anasuha pun mula bercerita tentang Zulharith. Menurut Anasuha , si Sharif budak LDP( ahli Lembaga Disiplin Pelajar) yang duduk sebilik dengan si Zulharith yang bercerita. Itu pun sebab dia terlepas cakap. Menurutnya, setiap kali Zulharith belajar, dia lebih selesa ber-boxer sahaja. Ala-ala The Rock pada zaman WWF nya dulu. Memang agak tak senonoh , tapi dia sudah selesa begitu. Dari KECIL.

Tak tahulah kalau di universiti esok macam mana. Sila jangan bayangkan ya ?

     Mulut Huda dan Suraya ternganga mendengar semua kata-kata Anasuha. Anasuha menyuapkan roti dari DS ke mulut mereka. Dan mereka pun spontannya mengunyah makanan itu.

"Puas hati kalian ?" soal Anasuha.

Huda dan Suraya mengangguk. Anasuha mencapai semula bantal peluknnya dan kembali berbaring. "Baiklah, beta ingin sambung tidur, Assalamualaikum,"

     Huda menarik bantal peluk Anasuha secara tiba-tiba. Anasuha bengang, "Kau dah kenapa?!"

     Suraya sudah lari keluar ke bilik Hanani. Ingin buat discussion katanya. Cheh, ingat aku tak tahu yang kau nak pergi bagitahu Hanani pasal pakwe dia tu, bisik hati Anasuha. Anasuha memandang Huda semula dengan pandangan geram. Budak ni memang nak kena, bisik Anasuha. Dia mencapai bantal rillakuma(patung beruang comel yang Yoona SNSD suka tu) dan berlari keluar bilik. Huda menjerit meminta agar bantalnya tidak diapa-apakan. Anasuha mengacah untuk membuang bantal tersebut di dalam tong sampah.

"Kau buat dajal dengan aku , jangan harap bantal kau ni selamat," ugut Anasuha di hadapan tong sampah hitam di luar bilik. Kelihatan beberapa pelajar tingkatan lain sedang memerhatikan gelagat mereka.

'Eeeeeee , akak-akak ni macam budak-budak,'

'Akak-akak BWP yang childish'

     Anasuha tersenyum memandang mereka. "Ini hal orang dewasa, maybe nampak cam budak , tapi sebenarnya TAK," ujar Anasuha.

"Ana, bagilah balik bantal aku. Kesian Mimi aku," ujar Huda.

Mata Anasuha terbeliak. "Mimi?"

"Nama patung aku tulah, sengal," bisik Huda dengan harapan budak-budak lain itu tidak mendengarnya.

     Anasuha tersenyum sinis. Dia mencampakkan bantal tersebut ke muka Huda dan berjalan masuk ke bilik.

"Kalau kau nak expect yang budak-budak ni tak dengar apa yang kau cakap tadi, kau silap," bisik Anasuha ke telinga Huda.

     Huda hanya terdiam kaku tanpa suara. Dia memandang semua budak yang nampak adengan kanak-kanak mereka tadi. Habislah aku, bisik hatinya.

 

ZULHARITH tercari-cari kelibat Anasuha yang masih tidak nampak batang hidungnya. Dia memandang pelajar Tingkatan 3 yang masih tiada BWP pengiring. Zulfadhli memegang bahu Zulharith, "Takpelah Zul, biar aku yang handle budak-budak ni,". 

     Zulharith mengepal-ngepal penumbuknya. Wajahnya merah menahan marah. Tiba-tiba,

"Tak payah nak kepal-kepal penumbuk sangatlah,"

Zulharith menoleh ke kirinya. Anasuha hanya berjalan selamba ke arah Zulfadhli dan mengarahnya pergi.

"Sorry, aku pergi toilet tadi," laung Anasuha. Dia menepuk bahu si Natalia, budak paling hot di kalangan pelajar Tingkatan 3. Dan kelihatan muka Natalia tidak berpuas hati dengan Anasuha.

'Huh, aku ingat dia tak datang,' bisik hati Zulharith.

Anasuha tersenyum. Kau ingat aku ni apa, bisik hatinya.

"Okey, jom gerak!!!" laung Zulharith dengan suara riangnya.

Anasuha tiba-tiba rasa sakit hati pula mendengar suara itu.

 

PANTAI GETTING. Walaupun kurang daya tarikan seperti air laut yang bersih and what so ever, tapi pantai ini banyak sejarah bagi Anasuha. Walaupun baru 2 tahun di sini ( Anasuha adalah bekas pelajar MRSM Kuala Lipis) , tapi banyak kenangan dia peroleh di sini. Di pantai itu, Anasuha berjaya menamatkan acara merentas desanya, dan di pantai itu juga , Anasuha sering pergi apabila outing. Kamera dibawa keluar dan Anasuha pun mula merakam gambar-gambar pelajar semua untuk di muat masuk dalam majalah maktab.

"Ana , tangkap gambar aku dengan Fakhrul !!" laung Aliaa dari jauh. Anasuha berjalan merapati mereka. "Masuk majalah maktab tau Ana," sambung Aliaa.

Anasuha ketawa. "Baik bos, nanti aku reveal pasal korang,okey?"

     Mata Fakhrul membulat. Terus dia menjauhkan diri. Takut dengan ayat yang Anasuha kemukakan. Anasuha dan Aliaa ketawa galak.

"Aku gurau ajelah, sengal!" ujar Anasuha. Fakhrul menarik nafas lega. Sangkanya Anasuha akan memuat masuk gambar itu ke dalam majalah maktab, rupanya tidak. Cheh, aku memang nak masuk dalam majalah pasal korang ni,'bisik hati Anasuha.

     Fakhrul dan Aliaa. Pasangan BWP yang comel dan sepadan. Dua-dua pun selalu dapat ranking tinggi dalam maktab. Pointer tidak pernah merosot. Kalau merosot pun, sikit-sikit aje. Bila gaduh-gaduh manja. Eeee, kenapa nak cerita pasal diorang pulak. Ni cerita Anasuha lah!

"Ana!!! Kat sini pulak!"

     Laungan Amirul yang kuat hampir memecahkan telinga sesiapa yang berdekatan. Anasuha mengeluh. Kenapalah ada manusia macam mamat ni kat dunia ni,bisik hatinya.

"Kau nak apa, mangkuk?" soal Anasuha selamba.

"Tangkap gambar aku dengan Jamal. Cepat," arah Amirul. Dia memaut bahu Jamal dan membuat posing 'peace' dengan muka comel. Nak muntah pula Anasuha melihatnya. Si Jamaluddin pula buat muka 'duckface'. Macam perempuan tangkap gambar. Aku pun tak ada pose macam tu, bisik hati Anasuha.

     Anasuha melilau pula ke tempat lain. Kemudian matanya terpandang Akif sedang bergurau dengan pelajar Tingkatan 1. Macam ayah dan anak pula. Dengan keadaan si Akif yang tinggi tegap itu dan budak Tingkatan 1 yang hanya seperti darjah 3 sahaja saiznya. Akif main angkut sahaja budak itu dengan sebelah tangannya. Sebiji macam ayah dan anak. Dengan pantas Anasuha merakan saat comel itu.

     Akif yang perasan dengan tindakan Anasuha itu terus mendapatkan Anasuha bersama si kenit itu.

"Awak tangkap gambar kitorang ye ?" soal Akif.

Anasuha hanya mengangguk. Budak Tingkatan 1 yang masih lagi di gendong oleh Akif melaung,

"Nak tengok!!"

Anasuha dan Akif tergelak. Akif melepaskan si kenit itu dan dengan sepantas kilat si kenit itu mendapatkan Anasuha. Anasuha tersenyum sambil menunjukkan gambar tersebut kepada si kenit dan Akif.

"You guys look like father and son," ujar Anasuha. Akif tergelak. Si kenit itu mula membebel,

"Abang Akif kalau jadi abah saya, memang matilah saya kena gendong tiap hari,"

     Anasuha ketawa kecil. "Apa salahnya kena gendong, akak tak pernah kena gendong pun dengan ayah akak,"

     Si kenit itu mula ketawa apabila Akif membawanya lari.

 Anasuha mengambil lagi beberapa keping gambar mereka berdua. Kemudian bergerak ke arah tempat lain. Dalam pada Anasuha sedang ralit menangkap gambar. Tiba-tiba sahaja dia disergah dari belakang.

"Aku ingat kau lari dari menjalankan tugas,"

Anasuha menoleh ke belakang. Kelihatan Zulharith sedang tersengih jahat di belakangnya. Anasuha hanya menjeling,

"Kau ingat aku ni apa ? BWP tak guna ?" soal Anasuha kemudian terus berlalu dari situ. Bergerak ke arah budak Tingkatan 3 yang sedang asyik bergambar dengan telefon bimbit mereka.

"Meh, akak nak tangkap gambar," usul Anasuha.

     Selepas Anasuha mengutarakan ayat itu semua pelajar berkerumun meminta di ambil gambar mereka. Akhirnya Anasuha memutuskan untuk mengambil gambar satu batch demi satu. Dimulakan dengan pelajar Tingkatan 1 dan diakhiri dengan pelajar Tingkatan 5. Kemudian Anasuha mengambil gambar para BWP pula. Semua gambar itu tiada wajahnya. Seperti yang dia mahukan. Low profile, kata Anasuha. Padahal sebenarnya Anasuha sangat tidak suka di ambil gambarnya.

 

ANASUHA melepaskan keluhannya. Dia mencapai kameranya dan melihat semula gambar-gambarnya tadi. Kemudian dia tersenyum sendiri. ' Lawak-lawak budak MRSM Tumpat ini,' fikir Anasuha.

     Tidak lama kemudian Huda dan Suraya masuk ke bilik.

"Ana, kenapa kau tak join kitorang masa tangkap gambar tadi?" soal Huda bengang.

     Anasuha mencapai earphonenya dan mula mendengar MP3. Tiada gunanya membuang masa dengan mendengar ceramah free dari Huda. Huda dan Suraya menggeleng kepala.

     Anasuha mencapai novel Love You Mr. Arrogant yang dipinjamnya dari Perpustakaan Khazanatul Ilmi. Ingin mengelakkan rasa bosan yang teramat, Anasuha gemar membaca novel. Lain pula dengan si Huda dan Suraya tu. Seorang minat menghabiskan kredit bermain mesej dengan pakwenya Mohamad dan yang seorang lagi suka membuka laptop dan menonton movie. Langsung tak ada gaya budak nak SPM lah puak ni, kan ?

     Sedang ralit mereka membuat aktiviti sendiri, si Huda mendapat mesej dari Zulfadhli.

Pres nak jumpa malam ni tau, pas Isyak kat DS

"Arggghhh ,…. Zulharith!!!!" jerit Huda.

Anasuha dan Suraya tersentak melihat reaksi si Huda.

"Kau dah kenapa minah ?!" marah Anasuha.

"Pres kata ada meeting malam ni, lepas Isyak kat DS, Zul F bagitahu aku," ujar Huda.

Apa lagi mamat tu nak??!!!

No comments:

Post a Comment