Tuesday, 19 November 2013

Chapter Four :]


ANASUHA menghempaskan dirinya ke katil. Hari Khamis adalah hari paling menggembirakan buat insan yang bernama Anasuha ini. Kenapakah ? Lauk yang DS masak hari ini tersangatlah menyelerakan. Kalau tak lauk ayam , pasti lauk ikan jaket. Ikan jaket tu ikan apa ? Ala, korang mesti tahu kan ikan yang ada kulit keras tu ? Ikan tu lah. Sedap kalau di bakar. Sedap hingga menjilat jari. Itu ayat yang Anasuha selalu kemukakan.

"Amboi , kenyang perut terus baring ya,Ana? Moleklah sangat tu. Gemuk baru tahu," ujar Huda sebaik sahaja masuk ke dalam bilik. Anasuha yang tengah berbaring-baring tadi terus duduk tegak di atas katilnya.

"Kau kalau masuk bilik je membebel. Tengok muka hang tu , dah berkedut dah sebab banyak sangat membebel dan marah-marah." Jawab Anasuha selamba.

     Huda hanya menggelengkan kepala. Dia menanggalkan tudungnya dan duduk di atas katilnya. Tidak lama kemudian, dia mula berbaring. Anasuha tersenyum sinis. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang nombor first, bisik hatinya.

"Arghhhhh !!!" jeritan Huda bergema dibilik BWP itu.

     Anasuha yang baru sahaja ingin melelapkan mata, tersentak. "Kau dah kenapa, syai…"

     Huda memandang Anasuha dengan telefon bimbitnya di tangan. "Zul hantar mesej,"

     Anasuha membuat muka kelat. Dia baring semula membelakangkan si Huda yang masih shock dengan SMS yang di terimanya. Eh , sekejap. Zul mana satu ni ?

"Zul mana ni ? Zulharith ke Zulfadhli?" soal Anasuha.

"Presiden la sengal. Kalau setakat Zul F , tak de lah aku nak terkejut sangat dia mesej aku. Dia kan sama kelas dengan aku. Zulharith kata malam ni lepas Isyak ada perjumpaan kat surau," ujar Huda dengan muka tidak puas hati.

     Anasuha mengeluh. Dia mengambil bantal dan menutup mukanya. Huda hanya memandangnya pelik dan mula menutup telinga. Tidak lama kemudian terdengarlah jeritan Anasuha yang mengegarkan seluruh bandar Tumpat.

"Aku baru nak rancang nak terus tidur lepas balik supper," ujar Anasuha.

"Terpaksa lah , Ana. Dia kata urgent." Jawab Huda.

     Anasuha merengus geram.

 

ZULHARITH tersenyum menghadap para-para BWP yang lain. Senyumannya mati tatkala matanya terpandangkan Anasuha yang tidur di bahu Farrah. 'Budak Ana ni memang nak kena!' bisik hatinya. Sebaik sahaja dia membisikkan ayat itu, mata Anasuha terus terbuka. Dan pandangan mata mereka tiba-tiba bertaut. Dangan pantas Zulharith mengalihkan pandangannya. Anasuha pula hanya membuat muka selamba.

     Zulharith memanggil Zulfadhli yang masih lagi sedang duduk di satu sudut di dalam surau sambil membaca Al-Quran. Memang biro agama yang terbaik. Anasuha tersentak apabila bahunya di tepuk Suraya yang datangnya entah dari mana.

'Aku cutilah Ana,' bisik hatinya.

     Anasuha tersengih. Sebaik sahaja Suraya duduk di sebelahnya, terus dia menarik telinga Suraya.

"Padanlah aku tak nampak kau," bisik Anasuha. Suraya hanya ketawa kecil.

"Kita mulakan majlis kita dengan Al-Fatihah," ujar Zulharith.

     Selesai sahaja semua BWP membacakan Al-Fatihah, Zulharith memulakan bicaranya. Perihal pelannya yang mahu membawa semua pelajar berjalan-jalan di sekita Pantai Geting sebagai mengisi ruang masa selepas Subuh esok. Katanya, Cikgu Aker sudah memberi kebenaran dan Cikgu Syazwan akan mengiring mereka semua.

"Nak buat apa pergi pantai , baik aku tidur kat dalam bilik," ujar Amirul selamba.

"Tak baik tidur lepas Subuh, weh," ujar Zulfadhli.

'Ala, bisingla Zul ni. Suka hati aku lah nak tidur,' bisik hati Amirul. Wajahnya kelat sebaik sahaja mendengar kata-kata si Zulfadhli tadi.

"Lagipun Amir, kalau kau tidur lepas Subuh , kalau orang lelaki lah , nanti boleh mati pucuk," sambung Anasuha selamba.

     Semua BWP tergelak mendengar kata-kata Anasuha yang selamba itu. Entah ajaran mana dia ambil tu , tiada siapa pun tahu. Wajah Amirul mulai merah menahan marah. Mana pernah dia di malukan sebegitu rupa. Kalau ada batang buluh di situ , pada saat itu juga kepala si Anasuha dibalunnya.

"Layan otak kau gak, Ana mau bising surau ni ngan puak kita," ujar Fakhrul dengan loghat Kelantannya.

"Siapa suruh kau layan, aku tak suruh kan ?" jawab Anasuha selamba. Aliaa memukul lengan Anasuha. "Kau jangan nak main back up pakwe pula. Aku cepuk kau karang baru tahu," sambung Anasuha.

     Aliaa tersipu-sipu malu. Jamaluddin menepuk-nepuk bahu Fakhrul. Fakhrul tersengih-sengih. Zulfadhli dan Akhtar mengeleng kepala. Si Huda dan Suraya pula menutup muka.

Zulharith menoleh ke arah Suraya dan Huda. "Macam mana lah korang ni boleh duduk sebilik dengan Anasuha ni. Korang tak jadi gila ke ?" ujar Zulharith.

     Dengar sahaja kata-kata Zulharith yang agak melampau (baginya) itu , mata Anasuha terus membulat besar. Farrah terus memaut bahu si Anasuha.

"At least aku tak suka bogel dalam bilik macam kau," ujar Anasuha selamba. Kuat pula tu. Zulharith terasa seperti ditampar 500 kali oleh Anasuha.

"Mana ada aku buat!" jawab Zulharith.

     Para BWP yang lain membuat muka terkejut, terutamanya para BWP perempuan. Yang lelaki , semua macam dah tahu. Haha. Anasuha tersenyum. Masakan dia ingin memberitahu siapa yang menceritakan perihal buruk Zulharith itu kepadanya.

"Baca buku dengan boxer SAHAJA! Tak macam presiden langsung," tambah Anasuha.

'Macam mana dia boleh tahu,' bisik hati Zulharith.

     Anasuha mencapai begnya, "Dahlah, aku nak balik asrama. Malas nak bertaki dengan orang macam ni. Esok lepas Subuh kan? I'll handle the Form 5 students," ujar Anasuha sambil berjalan pergi.

"Aku nak kau handle budak Form 3."ujar Zulharith tiba-tiba.

'Padan muka kau!' bisik hati Zulharith.

"Ikutlah, aku tak kisah," laung Anasuha dari tangga surau.
     Huda dan Suraya saling berpandangan. Si Anasuha nak ambil alih budak Tingkatan 3 ???

No comments:

Post a Comment