ANASUHA merasa bengang yang
teramat sangat. Dia melihat sekeliling kelasnya. Sampah sarap berterabur di
atas lantai. Habuk ? Tak payah cakaplah betapa tebalnya melekat pada tingkap
dan loker buku. Anasuha memandang presiden kelasnya , Zahirul. Matanya yang
tajam menikam seluruh wajah Zahirul yang sudah sedia takut dengan dirinya itu.
“ Awat hang tinggalkan kelas lagu
kapal karam sepanjang cuti nih ?? “ marah Anasuha.
TRIVIA: Anasuha kalau marah ,
spontan akan keluar loghat Kedahnya, menurun perangai Puan Anim.
Zahirul tersentak. Dia bermain-main dengan
jarinya sendiri , cuba mencari jawapan yang sesuai dengan soalan yang baru
dikemukakan oleh Anasuha sebentar tadi. Anasuha mengetuk meja dengan kuat. Kini
seluruh kelas tertumpu kepadanya.
“ Awatla puak hang ni pi pilih
mamat hampeh ni jadi class president,
“ ujar Anasuha.
Jawapan puak-puak ni ..
1)
“Dah
dia sorang je yang layak,”
2)
“Puak
ni malaih nak nyusohkan diri”
3)
“Sape
je yang nak jawatan ni? Kerja cam orang gila!”
Yang ni paling best jawapan dia
“DAH SI ZAHIRUL TU YANG PERGI OFFER DIRI,NAK BUAT CAMANE?”
Anasuha mengetuk dahi sendiri ke loker
buku. Syaza dan Syawal mendapatkan Anasuha.
“ Ana , jangan ketuk kepala
sendiri ke loker , nanti tak sempat SPM kau dah mati macam mana?” soal Syawal
yang terkenal dengan gaya nyah dia
itu. Syaza pula hanya mengangguk kepala. Anasuha mengeluh melihat telatah si
Kembar S itu. Syawal si abang dan Syaza pula si adik.
Tapi , bagi si Anasuha , mereka berdua ni
tertukar jantina sebenarnya. Si Syaza punyalah gangster mengalahkan si abangnya
si Syawal yang lembut itu. Si Syaza kalau ke kelas mesti akan lipat lengan
bajunya hingga ke siku. Disebabkan perlakuannya , sudah berapa kali dia ditegur
oleh Cikgu Muzakkir a.k.a Cikgu Aker , guru seni reka merangkap guru disiplin plus guru penasihat kelab sukan ragbi
sekolah. Ayat paling common yang si
Anasuha selalu dengar daripada Cikgu Aker tentang Syaza
“ Kau ni lelaki ke perempuan ?!
Perangai cam jantan tapi muka cam betina !”
And
, Syaza will answer it just like this
“ Yang cikgu ni pulak , orang ke
tong drum ? Besar semacam je ?”
Nampak tidak kekurangajaran si Syaza tu ?
Kalau si Syawal ni pula , Cikgu Aker akan tanya
“ Kau ni nak jadi mak nyah ke apa
?! Tergedik-gedik macam sotong !”
And
, he will say
“ Eeeeee … Cikgu ni bila lah nak
kurus ? Menyampah saya tengok perut cikgu tu, “
ADIK BERADIK PALING KURANG AJAR
MAKTAB = THE S TWINS (Syaza dan Syawal)
Mereka selalu menang pertandingan
ni setiap kali minggu aktiviti setiap semester baru. Siapa yang buat anugerah
macam tu ? Si Anasuha lah ! Dia kan Biro Tugas Khas MRSM Tumpat ini. Haha.
Anugerah paling bodoh yang Anasuha pernah kemukakan “ANUGERAH PELAJAR PALING
PENGOTOR MAKTAB” dan Alhamdulillah .. anugerah itu tidak pernah di muat masuk
dalam list anugerah (walaupun ramai yang berminat).
Okey , kembali ke scene di mana kelas Anasuha tersangat lah kotor macam kapal karam
itu. Anasuha melihat jam di tangan. Masih ada lagi setengah jam sebelum masa
prep tamat. Anasuha mencapai penyapu di belakang kelas dan mencampaknya kepada
Amelia, budak paling hot kelas 5 Tawakkal merangkap student yang paling banyak
pernah couple dengan senior pada
zaman juniornya.
“ Eeeeee, apa ni Ana ?! “ marah
Amelia sambil mengibas-ngibas baju kurungnya yang terkena habuk yang melekat
pada batang penyapu itu. Syaza dan Syawal ketawa sesame mereka.
Anasuha mendekati si Amelia dengan muka
bengang. Lebih kurang 3 inci sahaja jarak muka mereka Anasuha memberhentikan
langkah. Amelia kelihatan tersentak. Anasuha mencapai penyapu di tangan Amelia,
“ With this broom , I want you to clean up the whole class,” ujar
Anasuha dengan muka selamba.
“Apa ?! You want me , the college ‘goddes’ to clean up the whole class ?!
Kau ingat kau siapa , hah perempuan!? ”
marah Amelia.
Anasuha ketawa galak. “ Muka cam kau nak
jadi apa dia ‘college goddes’ ? Adoi
…. Beb, apa kata kau sapu aje dulu kelas ni , baru aku boleh kira kau ni dewi
ke tak ..”
Wajah Amelia berubah. ‘Perempuan comel
macam aku , menyapu ? Euwwww …. ‘ bisik hatinya.
“ Kau tak payah nak
ngumpat-ngumpat aku dalam hati sangatlah , aku cepuk kau karang baru tahu,
cepat! Syawal , kau dengan Zahirul pergi ambil penyodok sampah kat kelas sebelah,
pinjam , cakap kat diorang. Syaza , Anira , Ecah, kau orang pulak pergi pinjam
penyapu kat kelas budak Form3 … Kita
akan kemas kelas malam ni …” ucap Anasuha dengan penuh semangat.
Ambik, minggu pertama sekolah … memang lah
semangat nak cuci kelas. Masuk minggu ke dua dan seterusnya…
“Siapa bertugas minggu ni ??”
soal Miss Aqilah, cikgu Matematik Tambahan paling cun MRSM Tumpat merangkap pengarang
jantung Cikgu Aker yang perasan kacak tu.
Semua saling berpandangan sesama sendiri.
Ada yang menunjuk-nunjuk budak itu dan ini. Anasuha melihat ke jadual di papan
kenyataan di belakang kelas.
“ Amelia , Sarah , Ecah , Syawal
, Zahirul dan Fakhrul. Oh , tertinggal .. Aliaa sekali,” ujar Anasuha dengan
selamba badaknya.
‘Eeeeeeee … kurang asam punya Ana,’bisik
hati Amelia.
‘Ana, ko tunggu la waktu rehat
nanti,’ bisik hati Ecah.
‘Minah ni memang kuat melapor,
tahulah presiden Renjer Puteri. Sakai betul,’ bisik hati Zahirul.
Itu adalah antara isi hati budak-budak
senget yang baru sahaja Anasuha sebutkan namanya tadi. Anasuha
menggeleng-geleng kepala. Miss Aqilah mencapai beg tangannya, mengeluarkan
iPhone miliknya yang dibelikan oleh
Cikgu Aker sempena hari jadinya yang ke 25 tahun. ‘ Time-time nilah kau nak berbunyi,’ bisik hati Miss Aqilah.
“Hello , B .. orang ada kelas lah
.. jap lagi call, okey?” bisik Miss
Aqilah dengan harapan tiada siapa mendengar perbualannya. Malangnya , si
Anasuha tu kan telinga lintah, memang dia dengarlah sebiji-sebiji ayat yang
keluar dari mulut Miss Aqilah itu. Anasuha membuat riak hendak muntah.
Miss Aqilah menyimpan semula iPhone nya ke
dalam beg dan melihat semula ke setiap inci wajah pelajar kelas 5 Tawakkal.
Tiba-tiba matanya tertancap pada wajah Anasuha yang nampak tidak puas hati.
“Ya, Ana. Is there anything wrong?” soal Miss Aqilah.
Anasuha menompang dagu di atas
meja. “ Like seriously Miss … B ? That’s
so childish. Miss bukannya budak-budak yang baru belajar bercinta. B cuma
untuk budak-budak macam kitorang lah Miss,” ujar Anasuha dengan muka selamba
cam badak.
Habis berubah muka Miss Aqilah mendengar
kata-kata Anasuha yang jenis mulut tiada insurans tu. Semua pelajar memandang
Anasuha. Anasuha masih lagi dengan muka selambanya. Miss Aqilah pula pura-pura
membetulkan tudungnya dengan harapan tak nampak sangat yang dia sedang cover ayu di dalam kelas. Semua pelajar
saling berbisik antara satu sama lain.
PANG !!
“ Senyap semua! Abaikan apa yang
baru terjadi tadi. Sekarang kita nak masuk chapter
baru,” ujar Miss Aqilah.
Anasuha mengerut dahi. “How about the class ?” soalnya.
“Abaikan… “
“But Miss ..” mulut Anasuha
ditutup oleh Farrah. Anasuha meronta-ronta minta dilepaskan.
“Kau nak kena campak dalam tasik
kat chalet tu ? Duduk diam-diam,” marah Farrah dengan suara perlahan sambil
melepaskan Anasuha.
Anasuha menjeling ke arah Farrah. Farrah
Syahirah Suhaimi. Kawan baiknya merangkap Timbalan Presiden Badan Perwakilan
Pelajar MRSM Tumpat. Pelajar yang sangat cemerlang. Budak nilah antara competitors si Anasuha. Kalau bukan
Anasuha yang dapat nombor satu dalam maktab , si Farrah lah yang dapat tu. Budak
jenis study hard , bukan macam si
Anasuha yang lebih banyak tidur berbanding belajar. Entah otak siapa yang
Anasuha ambil ni , tak tahulah. Wallahualam.
ANASUHA meninggalkan kelasnya dengan beg duit di jari. Masa
rehat, mestilah nak pergi isi perut. Elok pula masa tengah lalu di hadapan
kelas budak Tingkatan 4 Tawakkal, Anasuha terserempak dengan Si Kembar Hassan
Hussin. Kembar ni ialah generasi kedua kembar Syaza dan Syawal. Bukan nak kata
adik-beradik, tetapi perangai mereka
100% sama. MULUT LASER.
"Kak Ana! Kak Ana!"
Anasuha membuat muka bengang. 'Apa yang
korang nak dari aku ni …' bisik hatinya.
"Kak Ana , nak pergi ko-op
ke ?" soal Hussin.
Anasuha memaniskan muka.
"Tak adalah. Akak nak pergi pasar,
of course I'm going to the co-op, you idiots. What kind of question is that ?!"
ujar Anasuha bengang. Sudah tahu pun sibuk nak bertanya. Dah nama pun waktu
rehat , takkan nak pergi main kat padang pulak !
Hassan tersengih. "Ala, Kak Ana. Nak
pergi ko-op tak ajak,"
"Ajak korang buat apa? Baik
ajak Alisha ni," Anasuha menarik tangan Alisha yang sedang dalam
perjalanan ke Ko-op (kut ..). anasuha tersenyum kepada Alisha.
"Kak , saya nak pergi toilet
je kak. Sha puasa lah hari ni,"
DUMM !!!!
Terasa ada loyang nak buat kek
terjatuh atas kepala Anasuha. Mungkin dengan kek tu sekali. Hassan dan Hussin
ketawa galak.
"Padan muka. Kami ajak pegi
ko-op sekali , jual mahal …. Sekarang , lihatlah apa jadi !" ujar Hassan
dan Hussin serentak. Anasuha mempamerkan jelingan mautnya kepada si kembar itu.
"rasanya ada yang makan penyepak aku kejap lagi,' bisik hati Anasuha.
Dengan pantas Anasuha berjalan
meninggalkan mereka tanpa memikirkan masa depannya. Tengah-tengah dia
menyumpah-nyumpah di dalam hati , tiba-tiba sebuah kamus Thesaurus yang bersaiz
poket jatuh menimpa kepalanya. Apa lagi budak Anasuha ini.
"Anak siapa pulak main
baling-baling kamus ni ?!!!" jerit Anasuha. Dia mendongakkan kepala.
Kelihatan Akif sedang tersenyum sambil
melambaikan tangannya kepada Anasuha. Anasuha bengang. That kid is so gonna die, fikir Anasuha. Anasuha memaniskan
mukanya,
"Is this yours ?" soal Anasuha.
"Ya. Tunggu situ, saya turun
ambil." ujar Akif. Dia terus hilang dari pandangan mata dan Anasuha
tersentak apabila melihat Akif sedang berlari ke arahnya.
Akif menyambut kamus poket itu dari tangan
Anasuha sambil tersengih. "Maaf tau awak … classmates saya main-main dengan kamus ni. Tu yang tercampak ke
bawah tu , sebab diorang main baling-baling."
Anasuha mendongak ke atas. Maka
terserlahlah wajah 3 orang budak yang terkenal dengan wajah mereka yang sering
dipanggil ke bilik kaunseling. Muka popular. Faizul , Ikram dan Amal. Anasuha
gemar menggelar mereka Do Re Mi alaf baru sebab mereka lah manusia paling
'huduh' perangai yang Anasuha pernah jumpa sepanjang 17 tahun hidup di bumi
ciptaan Allah ini. Dah agak dah mamat 3 ekor ni , bisik hatinya. "Woi
mangkuk hayun 3 ekor ?!!!" jerit Anasuha dari tingkat bawah.
Faizul , Ikram dan Amal turun ke tingkat
bawah, mendapatkan Anasuha dan Akif. "Who
are you calling 'mangkuk hayun' ?" ujar Faizul , ketua Do Re Mi alaf
baru ( panggilan dari Anasuha). Anasuha menghadiahkan mereka jelingan maut.
Amal dan Ikram sudah menyorok di belakang Faizul. Faizul membalas dengan
jelingan panahan petir. Anasuha pula membalas dengan pandangan berapi
membuatkan si Ikram dan Amal semakin mengecil di belakang Faizul yang lebih
kecil dari mereka.
APA KES MAIN BALAS-BALAS
PANDANGAN NI ?!
Anasuha ketawa galak. Akif
memandangnya pelik. " Kenapa awak gelak , Ana?"
"Can't you see ? Ikram and Amal are a lot bigger and taller from Joe ,
but still , the smallest one is the leader. Funny combinations you have there
Joe," ujar Anasuha selamba. Akif menahan gelak. Faizul pula sudah
berubah wajah mendengar kata-kata Anasuha. Dia memandang si Ikram dan Amal
dengan wajah yang bengis. Amal dan Ikram tersentak.
" Besar saje ! Penakut !
Blah lah !" Faizul berjalan pergi, meninggalkan si Re dan Mi (…..?). Malu
kot , kena pangkah dengan perempuan, Faizul terus berlari naik ke kelasnya di
tingkat atas. Ikram dan Amal pun berlari mengejar 'bos kecik' mereka.
Anasuha ketawa galak. Begitu juga Akif.
'Nice, aku ingat dia garang nak mampus sebelum ni,' bisik hati Akif. Anasuha
tersentak, " Awak kata saya garang ?!"
Akif tersentak. Anasuha menutup
mulut. Akif memandang Anasuha dengan wajah yang penuh dengan tanda tanya,
" Macam mana awak tahu isi hati saya ?!"
Anasuha melihat jam
tangannya,"Got to go. Rehat nak
habis dah, nice talking to you !"
dengan pantas dia berjalan meninggalkan Akif. Hampir-hampir nak kantoi tadi,
bisik hati Anasuha.
Tak boleh nak imagine kalau seluruh maktab tahu yang Anasuha ni boleh baca
fikiran orang lain. People might says
that she's a freak ! lebih-lebih lagi kalau si Amelia dengan geng dia tu
tahu. Haru-biru hidup si Anasuha ni agaknya.
No comments:
Post a Comment