Friday, 31 January 2014

Chapter Seven (_ _ )"

     Anasuha memandang seluruh kawasan sekolah. Almaklum , dia sedang berada di menara tangki air di belakang kawasan maktab bersama Cikgu Aker dan Zulharith. Memandangkan Anasuha selalu dituduh oleh Zulharith bahawa dia sangat malas buat kerja , hah , di ajaknya Cikgu Aker dan Zulharith mendaki menara tangki air. Nak sangat kan , bisik hati Anasuha.

     "Kenapalah awak dok ngajak saya naik tangki ni , Ana ???!" soal Cikgu Aker sambil termengah-mengah. Anasuha tersenyum. Matanya mengerling ke arah Zulharith. Zulharith hanya mendiamkan diri, buat-buat memandang ke tempat lain. 

     "Adalah seorang manusia tu yang selalu tuduh saya paling kurang buat kerja cikgu, sebab tu saya ajak cikgu naik dengan saya kat sini , bersama Zulharith ni ..." ujar Anasuha sambil tersenyum.

     "Siapa dia manusia tu, meh sini nak kena lempang ngan saya ni," ujar Cikgu Aker. Zulharith sudah berdehem-dehem. Dia masih berpura-pura menghadap tempat lain. Anasuha pula sibuk menangkap gambar pemandangan indah maktab. Eh, indah ke ? 

Indahlah kut.

     Cikgu Aker tersenyum apabila bayu Pantai Geting menyapa wajahnya. Anasuha mula mencari modal untuk mengenakan Cikgu Aker. 

     "Teringat Miss Qilah lah tu," ujar Anasuha dan Zulharith serentak. 

Mereka saling berpandangan. Cikgu Aker pulak berpaling menghadap muka mereka yang tergamam (...?) kerana terpikirkan ayat yang sama. 

     "Mana kamu tahu saya tengah teringat kat dia ..?" ujar  Cikgu Aker malu-malu. Wajahnya kemerah-merahan. Anasuha memandang ke tempat lain. Loya pulak tekaknya melihat wajah cikgu nya yang sebegitu. Begitu juga Zulharith. 

     Anasuha melihat Zulharith. Dengan pantas, pose Zulharith yang kelihatan seperti sedang termenung jauh itu ditangkap. Anasuha ketawa kecil. Muka Cikgu Aker yang sedang malu-malu tadi pun sempat dirakamnya. Muka Cikgu Aker akan menjadi wajah muka depan majalah maktab tahun ini. Muahahahaaha, gelak Anasuha di dalam hati.

'Anasuha ... '

     Anasuha melihat Zulharith. "Kau panggil aku ke ??" soal Anasuha.

     Zulharith tersentak, "Bila masa pulak aku panggil kau ?" jawab Zulharith dengan muka yang agak terkejut. Anasuha menggeleng. 

     "Aku salah dengar la kut ..." ujar Anasuha sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

'Macam mana pulak aku boleh terfikir pasal si Ana pulak ni ..'

     Anasuha memalingkan wajahnya menghadap si Zulharith yang kelihatan keliru. 

     Kini, Anasuha pula yang keliru.

No comments:

Post a Comment