HUDA memandang wajah Anasuha yang
masih terlelap di katil. 'budak ni tak nak pergi sekolah ke ?' bisik hatinya.
Dalam pada dia sedang merenung si Anasuha, tiba-tiba Anasuha mencelikkan mata.
Apa lagi , menjerit kuatlah si Huda sebab terkejut. Lebih berat lagi , Huda
terjatuh dari katilnya macam nangka busuk. Anasuha ketawa galak. Huda pula
mengerang kesakitan di bawah katil. Anasuha mencapai tangan Huda yang
terkapai-kapai mengharapkan pertolongan.
" Tulah kau, lain kali nak
ngumpat , tengok kiri kanan," ujar Anasuha sambil mencapai tudungnya.
Huda hanya mendengar si Anasuha membebel
sambil melihat dia bersiap. Wajah Huda kelihatan hairan. Anasuha memandang
Huda,
"Apa kau ? Pandang macam
orang tak puas hati aje ," soal Anasuha. Sebaik sahaja Anasuha
mengemukakan soalan itu , Suraya pun masuk ke dalam bilik. Wajahnya juga tampak
terkejut.
" Yang kau ni pulak , kenapa
Aya ? Masuk-masuk buat muka terkejut kat aku, " ujar Anasuha.
"Ana , mu dah mandi ko ?
" soal Suraya dengan loghat Kelantannya yang pekat itu.
Huda pula hanya mengangguk
kepala, bersetuju dengan soalan yang dikemukakan oleh Suraya. Anasuha ketawa
galak. Semakin bertambahlah kerutan pada wajah si Suraya dan Huda. Anasuha
menyarungkan tudungnya,
"I woke up at 5a.m , I go to shower , then I sleep back… Aku ni
bukan lah pengotor sangat sampai tak mandi nak pergi sekolah , sayang oii
!" ujar Anasuha sambil membetulkan tudungnya di hadapan cermin. Huda dan
Suraya berpandangan sesama sendiri. Anasuha tersenyum, " Mesti korang
terfikir kenapa, kan ?"
Huda dan Suraya mengangguk.
" Kalau aku bangun lambat,
nanti kena berebut bilik air dengan budak-budak ni. Korang kan tahu aku ni
macam mana , anti dalam bab-bab nak menunggu ni , kan," ujar Anasuha
selamba. Dia duduk di atas katil. "Yang korang ni , bila nak siap? Hari ni
DS buat nasi lemak kan, Ahad?" sambung Anasuha.
ANASUHA menutup mulutnya yang terbuka
sebesar alam akibat menguap. Ahad. Hari paling boring dan paling tak digemari oleh budak MRSM Tumpat yang gah ini.
Hari di mana perhimpunan berlaku dan hari di mana semua pelajar akan menyanyi
lagu MRSM dan lagu MARA di samping lagu
Negaraku.
Wahai putera-puteri
bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak
langkah maju
Bersatu mencari
ilmu
Di zaman sains dan
teknologi
Negara perlukan
jasamu
Janganlah rasa
malas lagi
Bersama memegang
teraju
Di Maktab Rendah
Sains MARA
Tuntut ilmu jangan
jemu
Ikrar taat setia
pada guru
Berdisplin selalu
Hari ini hari
mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala
yang ada
Ke kuliah kita
segera
Paling menarik , setiap kali lagu ini
dinyanyikan , budak-budak ni akan over
excited pada lirik 'di Maktab Rendah
Sains MARA'. Semuanya excited mengeja
M.A.R.A. Haha. Masa tu semuanya bersemangat , termasuklah para BWP yang
menguap-nguap di bahagian kerusi depan. Lebih-lebih lagi Anasuha. Dah kalau
Anasuha sendiri begitu , yang lain apatah lagi.
Habis sahaja perhimpunan , apabila Anasuha
dan Farrah sudah excited mengangkat
beg untuk bergerak ke DS ,
"PERHATIAN KEPADA SEMUA
BADAN WAKIL PELAJAR, CIKGU MUZAKKIR INGIN BERJUMPA DENGAN ANDA SEMUA DI LUAR
DEWAN,"
Anasuha dan Farrah merengus geram. Apalah
yang si buncit tu nak bila tengah-tengah lapar ni, bisik hati Anasuha. Farrah
memeluk tangan Anasuha sepanjang perjalanan nak menghadap muka cikgu KESUKAAN
mereka tu, membuatkan Anasuha merasa sangat rimas dan sakit hati. Bila
dilepaskan , dia peluk balik .. lepas peluk lepas peluk. Jalan paling mudahnya,
biarkan sahaja.
Setelah melihat kelibat Cikgu Aker di
bahagian luar dewan, hampir dengan stor meja peperiksaan, Anasuha terlihat rakan-rakan
BWP nya yang lain.
1) Presiden BWP – Muhammad Zulharith
b Hasni
2) Tim. Pres BWP – Farrah Hanees bt
Aziz
3) Tim.Pres 1 BWP – Fakhrul Hisham b
Nawawi(biro disiplin)
4) Tim.Pres 2 BWP – Aliaa Haiza bt
Hazim
5) Setiausaha BWP – Suraya Athira bt
Nasir
6) Bendahari BWP – Muhammad Syahmi b
Hamzah
7) Biro Agama BWP – Zulfadhli b
Zahari
8) Biro Kebajikan BWP – Akhtar
Syahid b Azim
9) Biro Akademik BWP – Nurin Husna
bt Hisham
10) Biro Makanan BWP – Amirul b Farizuan
11) Biro Sukan dan Aktiviti BWP –
Jamaluddin b Wahid
12) Biro Puteri BWP – Huda Antasha bt
Roslan
13) Biro Komunikasi dan ICT BWP –
Shazreen Fazlynda bt Hussin
14) Biro Kebudayaan BWP – Fathia
Asyira bt Bustaman
15) BiroTugas Khas BWP – si Anasuha
lah siape lagi ???
Hah , inilah muka-muka BWP yang
nak dikatakan buat kerja tu , tak juga. Hanya buat apabila di suruh. Anasuha
membuat muka kelat apabila Amirul mampir mendekatinya.
" Mana gambar yan kau
tangkap masa minggu aktiviti baru ni ?" soal Amirul.
" Kau ada nampak aku pegang
kamera aku ke ?" soal Anasuha kembali.
Soalan berbalas dengan soalan.
Padan muka. Anasuha memandang Jamaluddin. Dia sedang berlari-lari mendapatkan
si Anasuha dan Farrah, dengan sehelai kertas di tangan. Anasuha terlihat Cikgu
Aker sedang berjalan dengan perut boroinya.
Baiklah , sebenarnya Cikgu Aker ni
bukanlah gemuk macam orang yang ada penyakit obesiti, tapi Anasuha gemar
memanggilnya cikgu boroi sebab Cikgu Aker ni terlalu perasan hot and handsome. Mentang-mentang dia
cikgu paling muda dan mempunyai badan yang agak tough (kononnyaaaa…). Lebih-lebih lagi , dia punya tunang ialah
Miss Aqilah yang cute tu, manalah tak
perasan kacak. Yelah , dapat cairkan hati cikgu perempuan paling hot MRSM Tumpat. Sampai bertunang tu.
Ha, nampak tak permainan dia ?
" Cikgu , kenapa nak jumpa
kitorang ni ??" soal Anasuha selamba. Cikgu Aker memandang Anasuha dengan
pandangan maut. Anasuha masih dengan muka selambanya. Zulharith menutup
mulutnya dengan satu jari , tanda menyuruh si Anasuha menutup mulutnya.
" Cikgu tak ada minggu
depan. So , I want you guys handle the
college, okay?" ujar Cikgu Aker.
"Cikgu nak pergi mana
?" soal Anasuha selamba.
Air muka Cikgu Aker berubah. Anasuha
terdengar sesuatu.
'Nak cakap macam mana ye, nanti
kalau aku cakap aku tak de sebab kahwin ngan Qilah, nanti puak ni gelakkan aku.
Hurmm …. ' bisik hati Cikgu Aker.
Anasuha ketawa jahat. "Cikgu
nak kahwin ye ?" usiknya.
Terkejut beruk muka Cikgu Aker. Dia menutup
mukanya, malu. Semua BWP ketawa dengan gelagat Cikgu Aker. Jamaluddin memeluk
bahu Cikgu Aker,
"Cikgu nak kahwin tak ajak…
Gitu lah cikgu dengan kitorang. Takpe cikgu, mujur kitorang dah nak habis
sekolah." Ujar Jamaluddin.
Cikgu Aker ketawa kecil. "Bukan tak
nak jemput , tapi korang punya final exam
kan start minggu depan. Takkan nak
ponteng ?"
Semua mula membuat bunyi
'alaaaaaaaaaaaaaa….' Kecuali Anasuha. Dia dah lah anti dengan Cikgu Aker dan
Miss Aqilah. Nak pergi wedding mereka
pula? Wahhh… jauh sekali. Nak kena tengok diorang bermanja-manja ?? Argghhh ..
minta simpang malaikat 44, bisik hati Anasuha. Dalam kelas pun bukan main lagi,
ini pulak tengok depan-depan.
"Korang pergilah kalau
korang nak, aku malas join,"
ujar Anasuha selamba.
"Kenapa kau tak nak ikut,
Ana?" soal Akhtar , dengan wajah yang curious.
"Aku kan anti dengan Cikgu
Aker dengan awek dia, takkan korang nak
expect aku tengok diorang bermanja-manja depan aku?" ujar Anasuha
selamba.
Semuanya membuat muka terkejut.
Apatah lagi Cikgu Aker, lagilah terkejut-kejut mukanya.
"Apa salah saya, Ana? Sampai
hang betui-betui tak suka cek ?" soal Cikgu Aker dengan loghat Kedahnya.
Matanya kelihatan berharap , maybe dia
berharap agar Anasuha akan kemukakan ayat yang baik untuknya.
Walaubagaimanapun,
"Alah , cikgu kan koya hotstuff. Plus, I really hate the way both
of you communicate with each other. Mata saya ni , naik berbulu tengok,
'hello , B sayang ada kelas ni .. jap agi call alik ye,' so urghhh " nah ,
sempat lagi Anasuha mengejek ayat yang Cikgu Aker dan Miss Aqilah selalu gunakan.
Muka Cikgu Aker semakin merah. "Ala..
saya nak manja ngan awek pun salah ke ?" soalnya.
Baru sahaja Anasuha ingin menjawab, Farrah
sudah menutup mulutnya. Zulfadhli memandang isyarat mata si Farrah. Anasuha
masih lagi meronta-ronta ingin dilepaskan.
"So, cikgu apa yang kami
patut buat ?" soal Zulfadhli, mengabaikan Anasuha yang ditarik pergi oleh
Farrah. Ingin di-brainwash
barangkali.
No comments:
Post a Comment