ANASUHA melihat sekeliling. Mencari-cari kelibat
abangnya yang sering dikerah untuk menghantarnya ke sekolah apabila cuti
penggal berakhir. Hidupnya sebagai seorang pelajar maktab sangatlah strict. Hidupnya yang dulu sangat
periang dan suka membuang masa ( itu semasa di zaman jahiliyyah si Anasuha )
kini berubah menjadi terikat dengan masa dan semuanya hanya base on rules given by the college. Manalah
si Anasuha ini tidak stress. Abangnya , Anas pula lagilah stress bila melihat
adiknya dah macam zombie setiap kali pulang ke rumah pada cuti penggal atau
cuti akhir tahun.
Paling best
ialah masa tahun Anasuha mula-mula masuk maktab, iaitu ketika Anasuha
Tingkatan 1. Minggu pertama sahaja sudah mendapat panggilan tangisan berdarah dari
maktab.
“Ana nak balik, mama ...”
Tahu apa yang Puan Anim balas ?
“Kau balik rumah , aku kahwinkan
kau dengan si Kamal!”
Terbaik.
Kamal pula sudah lama menaruh hati kat si
Anasuha tu. Yang hairannya, si Kamal tu punyalah handsome tapi si Anasuha tu boleh tolak dia mentah-mentah. Kamal ,
budak paling hot SK Tanjong Lalang.
Dahlah hot, budak sukan , pemain bola
sepak sekolah lagi tu. Muka punyalah kacak macam Brad Pitt ( agaknyalah, dah
kawan si Ana cakap macam tu, ) badan pula katang macam Badang. Sekali tengok
macam Randy Panggalila pun ada. Tapi, Anasuha masih menolak si Kamal tu.
Budak-budak sekelas dengan si Anasuha bukan main lagi la excited kalau si Kamal ni lalu depan kelas diorang, si Ana ni boleh
aje buat tak tahu. Kalau boleh , ramai yang beratur nak jadi bini si Kamal tu.
Anasuha
Antasha Iman Zaibidin. Nama yang indah seindah rupanya. Anasuha cantik, tapi
kecantikan dia terlindung dek wajahnya yang gelap akibat banyak pergi
berkhemah. Anasuha mungkin bukan budak kaki sukan tetapi , muka Anasuha
seringkali dipanggil oleh pihak kokurikulum untuk menjoinkan diri dalam mana-mana perkhemahan unit kokurikulum. Kiranya
Anasuha ni agak popular lah di kalangan para guru penasihat badan beruniform.
Lebih-lebih lagi kalau unit Kadet Polis.
Dapat masuk maktab pun sebab terpaksa.
Terpaksa mengikut kehendak mamanya yang suka mengacah-acah untuk
mengahwinkannya dengan si Kamal yang perasan kacak itu ( ini semua kata-kata
yang selalu keluar dari mulut Anasuha). Terpaksa , tetapi ranking Anasuha dalam
maktab sangat lah tinggi. Kalau tak nombor satu , nombor dua. Paling teruk pun
dia pernah dapat nombor 3. PNG maktab , selalu above 3.50. budak yang selalu dapat dekan kottt …
Anasuha melihat jam di tangan.
Kemudian mengerling ke arah bilik abangnya.
“Anas !!!! Cepatlah, Ana dah
lewat ni !” laung Anasuha.
Trivia baik punya tentang si
Anasuha:-
1)
Sangat
anti dalam bab nak menunggu orang
2)
Suara
yang lantang dan boleh memecahkan gegendang telinga bagi sesiapa yang bodoh
sebab pergi letak telinga tepi mulut si Anasuha
3)
Sangat
benci dengan kucing
4)
Tak
suka kawan dengan budak perempuan yang plastic
Kelihatan Anas sedang kelam kabut
menyarungkan pakaian apabila keluar dari biliknya. Anasuha mendekati Anas.
Spontan tangannya naik menarik telinga si Anas.
“Aduh, apa ni Ana?!” desis Anas
Anasuha membulatkan matanya. Tangannya
menunjukkan jam tangannya dekat pada muka Anas.
“What time is it ?” soal Anasuha.
Anas mengerling ke arah jam tangan Anasuha,
“Pukul 12.30 pagi,” jawabnya selamba.
Anasuha memukul bahu Anas, “Ana
dah kata dah hari ni Ana kena ada kat stesen pukul 1 pagi , kan ? Dah lupa dah
ke apa ?!” marah Anasuha.
Anas mengeluh kecil. Dia memegang pipi
Anasuha.
“Anasuha, MRSM Tumpat tu jauh kat
Kelantan nuh, paling tak pun awak akan miss
the train aje , cik Anasuha oiii !” ujar Anas.
“ Yang itulah yang Ana nak
elakkan Anas oiii !” jawab Anasuha, masih tidak mahu mengalah. Dalam pada
mereka tengah asyik bergaduh ,
“ Korang , kalau tak gaduh sehari
, memang tak sah kan ?? Ada aku rendam kepala korang dalam minyak panas ni kang
!”
Anasuha dan Anas memandang ke arah dapur
dan terserlahlah wajah Puan Anim bersama pisau daging di tangan dengan wajah
yang agak bengang. Anas dan Anasuha tersentak lantas terus berdiri menjauhi
masing-masing.
“ Mama ,.. releks mama .. jangan buat
benda bodoh mama, kami ni anak mama kan .. Chill
mama …” ujar Anas tersekat-sekat. Anasuha lantas berdiri di belakang Anas
gara-gara takut dengan pisau di tangan Puan Anim. Tiba-tiba Puan Anim mendekati
mereka bersama pisau daging itu ..
“Mama ! “ jerit Anasuha.
Puan Anim mengerut dahi. “ Kau
dah kenapa , Ana ? Tersampuk hantu ?? “
Anasuha dan Anas berpandangan
antara satu sama lain. Kemudian serentak melepaskan nafas lega. Mata mereka
tertumpu pada Puan Anim.
“ You scared us mom !!” ujar Anas bengang.
Puan Anim ketawa besar. ‘ Dengan pisau
daging pun nak takut , lainlah kalau aku bawak parang ke , gergaji ke,’ fikir
Puan Anim.
“Mama , jangan nak ngumpat
kitorang dalam hati, don’t you ever think
that I can’t hear you,” ujar Anasuha.
Puan Anim tersenyum. Terlupa pula tentang
kebolehan anak daranya yang satu ini , mendengar isi hati orang. Pada mulanya
dia agak terganggu dengan keistimewaan anaknya , tetapi lama-kelamaan dia sudah
terbiasa. Belum ditambah dengan keupayaan si Anas yang boleh meramal masa
depan. Entah kuasa siapa yang anaknya warisi tidak tahulah. Yang penting
keluarganya gembira.
“ Mama, Ana pergi dulu .. Anas
cakap kereta api nak sampai dah .. lagi 10 minit.” Ujar Anasuha , mencium
tangan ibunya.
Puan Anim tersenyum. Anasuha dan Anas
sahaja permata hati yang dia ada sekarang. Yang lain sudah berpindah bersama
bekas suaminya. Almaklum , yang itu semuanya anak tirinya sahaja. Lagipun ,
Anas pernah berkata, kalau mereka menetap bersama , keluarga mereka akan punah.
Itu apa yang Anas ramalkan 2 tahun lepas. Semasa Anas Tingkatan 4.
“Mama , Anas pergi dulu , hantar
budak kecik ni “
Kata-kata Anas mengejutkan Puan Anim dari
lamunannya yang membawanya terbang ke planet Marikh. Puan Anim hanya mengangguk
lemah sambil tersenyum. Anasuha melambai-lambai mamanya dari dalam kereta. Anas
pula hanya tersengih-sengih macam kera busuk.
No comments:
Post a Comment