Wednesday, 30 April 2014

Chapter Fourteen !!!!

ANASUHA menghempaskan dirinya ke katil. Akhirnya Anasuha dan semua pelajar Tingkatan 5 sudah terlepas dari azab SPM. Manusia mana yang tidak gembira macam orang gila bila exam yang paling susah ( ini adalah kata-kata Huda apabila mereka sedang study Additional Mathematics di bilik BWP) tamat. Boleh rasa perasaan orang merdeka pada Hari Kemerdekaan kita dulu, bak kata Suraya.

     Dalam Anasuha sedang bergembira meraikan hari kemerdekaannya dari zaman sekolah, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan satu pesanan ringkas masuk. Anasuha berjalan malas ke arah telefon bimbitnya yang terletak di dalam laci meja belajarnya.

Lepas Isyak berkumpul kat DS.-zul-

    Anasuha mengeluh. Apa lagilah mamat ni nak, bukannya presiden dah pun! bisik hati Anasuha. Tidak lama kemudian telefonnya mengaum lagi,

Tak jadi. Sekarang!-Zul-

     Semakin kuat keluhan Anasuha. Terasa ingin menjerit pun ada.

"Mana Huda dengan Sue ni , aku nak luahkan perasaan pun tak syok,” Anasuha membebel-bebel seorang diri. Dia menyarungkan tudungnya dan bergerak ke DS dengan sandalnya.



SEBAIK sahaja Anasuha sampai di DS , kelihatan semua BWP termasuk Akif sedang berkumpul. Nampaknya, aku paling lewat ni, bisik Anasuha.

'Kau ni lambatlah,'

     Anasuha terdengar bisikan hati Huda. Anasuha hanya buat muka seposennya. Beberapa langkah sahaja lagi ke tempat mereka, Anasuha terhenti. Terasa ada aura yang lain. Sepantas kilat serbuk putih memenuhi tudung hitamnya dan seluruh pakaiannya. Anasuha tersentak.

Happy birthday to you ..
Happy birthday to you ..
Happy birthday dear Ana ..
Happy birthday to youuu ……

     Anasuha tersentak. Dia tidak terharu, tetapi tersentak. Setelah fikirannya kembali ke alam realiti, Anasuha terus mengejar Huda dan Suraya.

Kenapa?

     Mereka berdualah yang memainkan peranan sebagai tukang pembaling serbuk putih yang masih belum diketahui apakah namanya.

"Kau baling apa kat aku hah???!" jerit Anasuha.

"Kitorang ambil bedak kau! " ujar Huda.

"Huda!" jerit Suraya dalam kemengahan.

"Ops .. terlepas cakap sudah!" Huda terus melarikan diri.

Ahli-ahli BWP yang lain ketawa galak melihat keletah mereka bertiga. Persis kanak-kanak riang. Akif yang sudah puas melihat adengan kejar-mengejar antara Huda, Suraya dan Anasuha mula melaung,

"Kek dah nak habis!!!!"

     Anasuha tersentak, dengan pantas dia berlari mendapatkan keknya yang sudah hampir separuh dihabiskan Fakhrul, Aliaa , Zulharith dan Farrah.

"Kek aku !!!" jerit Anasuha.

Akif dengan pantas membawa lari kek tersebut ke tempat lain. Anasuha yang kepenatan akibat mengejar si Huda dan Suraya mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja keknya di bawa lari.

"Bawa lah lari jauh-jauh kek aku tu. Aku tak kisah !!!" jerit Anasuha yang sudah terduduk di kerusi. Zulharith menghulurkan air kotak yang dibelinya sebaik sahajatamat paper Biologi bersama Cikgu Aker dan Miss Aqilah.

     Oh, lupa pula nak mention , actually Cikgu Aker dengan Miss Qilah ,ops .. Mrs. Aqilah dah kahwin tau ! Beberapa minggu sebelum trial SPM mereka selamat dinikahkan di Temerloh, di rumah Cikgu Aker. Geng-geng BWP semua merasa pergi ke majlis perkahwinan mereka itu. Yang paling tak gemarnya of courselah cik Anasuha kita yang agak anti dengan relationship mereka berdua ini. Namun, gambar mereka akan tetap menghiasi majalah maktab. Mengikut rancangan Anasuha, dia ingin meletakkan gambar mereka di muka hadapan. COVER PAGE kau nyah !

     Kembali ke DS MRSM Tumpat.

     Akif kembali semula ke meja di mana mereka berkumpul,

"Apasal kau tak bawa kek ni masuk bilik aje ?" ujar Zulharith.

Akif termengah-mengah, " Aku tak sanggup tengok muka sedih Ana lahhh .."

     Akif meletakkan kek tersebut ke atas meja. Dengan pantas Anasuha mencapainya dan segera memotong beberapa potong kek. Yang bersaiz XXXXL  adalah miliknya dan yang bersaiz S untuk Zulharith dan Akif. Yang bersaiz M diberi kepada Suraya dan Huda serta ahli BWP yang lain.

     Tengah-tengah mereka sibuk meraikan hari jadi si Anasuha, Amirul datang membawa sebuah kotak berbalut kecil bersama Jamaluddin dan yang lain ( BWP Tingkatan 3).

"Ini sumbangan khas dari EX-BWP, mahal ni .. Akhtar bawa dari KL , kan Akhtar?" ujar Jamaluddin sambil menyiku-nyiku bahu Akhtar yang agak pendek jika nak dibandingkan ketinggiannya.

"Kau jangan nak merepek, aku beli ni dekat Pengkalan Kubor aje dengan korang tadi tau!"

    Semua ahli BWP menepuk dahi. Tipikal Akhtar. Bila datang lurus bendul dia, memang tidak jadi semua kerja. Amirul menutup mulut Akhtar sehingga dia melaung-laung tanpa didengari untuk dilepaskan. Anasuha tersenyum melihat gelagat mereka.


"Aku akan ingat semua ni,"

Tuesday, 29 April 2014

Chapter Thirteen yolllllllsssss

HARI yang di tunggu-tunggu oleh semua pelajar Tingkatan 5 menjelma kini. Pada hari ini Peperiksaan Sijil Pendidikan Malaysia bermula. Anasuha overexcited sampai bangun tidur pun pukul 4.30 pagi. Apabila di soal oleh Huda, Anasuha pun memberi jawapan mudah, nak refresh balik apa yang dah di ulangkaji pada malam sebelumnya. Padahal paper  Bahasa Melayu aje. Entah apa yang hendak dihafal selain format pun tidak tahu. Anasuha tersenyum sahaja sepanjang pagi.

     Huda yang sedang memakai tudungnya memandang Anasuha dengan perasaan pelik dan hairan.

'Kenapa excited sangat budak Ana ni ?' bisik hatinya.

     Anasuha memalingkan wajahnya ke arah Huda,

"Aku tak sabar nak balik rumah lah! Mission aku kat sini dah hampir tamat, siapa yang tak happy weh ?" ujar Anasuha.

Suraya memandang Anasuha,

"Mu dah tak sabar nak kelik balik pehe (Pahang) kea ?" ujar Suraya dengan loghat Kelantannya yang pekat. Anasuha menunjukkan senyumannya yang paling manis ke arah Suraya. Dia berjalan pantas ke arah Suraya yang sedang memakai kanta lekap untuk matanya yang rabun teruk itu.

"Sue, aku bukannya gembira sebab nak balik kampung je , aku gembira sebab I won't be living in this living hell anymore. However, I'm gonna be so sad to be apart with you guys," ujar Anasuha. Dia memeluk bahu Suraya.

     Huda membuat muka tidak puas hati , " Sue aje , aku ?"

     Anasuha ketawa galak. Kemudian, dia menarik tangan Huda dan memeluk bahu Huda pula.

"Kau dengar tak aku sebut 'you guys'? ujar Anasuha.

Mereka ketawa galak di dalam bilik itu tanpa menghiraukan pelajar lain. 

"Aku mesti rindu ke mu , Na," bisik Suraya.

"Aku pun sama," sampuk Huda.

     Anasuha memeluk mereka berdua seerat mungkin.

"I'm sooooooooooo gonna miss you guys. A LOT !" ujar Anasuha.


ANASUHA keluar dari dewan peperiksaan dengan muka lega. Baru habis satu paper, lagi lapan paper lagi nak kena hadap. Anasuha dengan pantas mencapai begnya dan ingin cepat berlari ke DS. Almaklum, pelajar Tingkatan 5 sahaja dah 284 orang, nak kena berebut lagi dengan budak tingkatan lain jugak. Muka Anasuha sahaja sudah terkenal dengan pemalas bab-bab nak berbaris menunggu makanan. Anasuha lebih prefer duduk di tepi dan suruh orang lain tolong jagakan tempat berbarisnya.

TIPIKAL BUDAK HOSTEL.

"Ana!"

     Anasuha memalingkan wajahnya ke belakang. Kelihatan Zulharith dan Akif sedang menghampirinya. Anasuha membuat muka seposen dan meneruskan perjalanan. Peduli apa dengan budak dua orang itu, perut aku ni lagi penting , sepanjang dalam dewan asyik berbunyi aje, fikir Anasuha.

"Ana, wait! What are you rushing for ?" soal Akif yang sudah berjalan beriringan dengan Anasuha.

"I'm rushing so that I can eat fast. I'm really hungry now, that I can even eat you if can," ujar Anasuha dengan muka laparnya.

"Aku tak tahu kau ni kuat makan, " gema ketawa dari mulut Zulharith kedengaran.

     Tiba-tiba Akif memperlahankan langkah, membuatkan Zulharith merasa pelik dengan tingkah Akif. Dengan pantas , beg yang dibawa oleh Anasuha terbang melayang ke arah belakangnya. Macam kilat.

"Woi !!!" jerit Zulharith. Anasuha sudah berjalan pergi dengan pantas. Meninggalkan Akif dan Zulharith berdua. Zulharith menggosok belakangnya yang agak sakit.

"Apa pasal minah tu pukul aku? Kuat pulak tu, eee geram aku." Ujar Zulharith.

Akif ketawa galak, " Kau tak rasa ke aura hitam dia ?"

Dahi Zulhartith berkerut seribu, " Aura hitam ?"

Akif mengangguk seraya menjawab, "Senang je kalau nak detect si Ana ni marah. Bila kau rasa a bit uneasy or awkward or feeling unsave, masa tu lebih baik kau lari jauh-jauh. Sebab aku dah pernah tengok aura hitam dia masa dia nak pukul si gangster celop si Ikram."

     Zulharith terangguk-angguk. Nampaknya, dia kena lebih berhati-hati dengan Anasuha selepas ini. Anasuha kini sangat unpredictable , bila-bila masa sahaja boleh meletup. Tambah pula sekarang ini tengah minggu SPM.

Overstressed may lead to hypertension that can bring us to a living hell.

Ayat baru dari Zulharith.

Nanti.

Bukan ke overstressed dengan hypertension itu lebih kurang sama?



ANASUHA makan tanpa melihat sekeliling. Fokusnya hanya satu , habiskan makanan , pulang ke bilik dan rehat secukupnya yang membawa maksud tidur secukupnya.

'Kak Ana makan macam setahun tak makan,'

'Gila kak Ana, makan macam tak ingat dunia,'

     Agak stres dengan kata-kata budak-budak form 3 yang paling perasan lawa dalam maktab, Anasuha makan dengan pantas dan kemudian bangun, menghala ke arah mereka sebelum ke tempat cuci tangan dan sengaja menumpahkan lebihan supnya. Puas hati dengan teriakan 'perempuan ayu' mereka , Anasuha berlalu pergi dengan selamba.

'Kau nak sangat kan …. Jangan main dengan api kalau kau bukan api,' bisik hati Anasuha.

     Anasuha membasuh tangan dan berjalan kembali ke hostel dengan muka selamba seolah-olah tiada apa terjadi.

DARI jauh , Akif dan Zulharith sama-sama sedang memerhatikan Anasuha. Oh, lupa nak bagitahu dari awal cerita, yang Akif dan Zulharith ni adalah sepupu over rapat. Bilik pun demanding nak sebelah-sebelah sampai En.Rushdan pun naik pelik  dengan perangai mereka.

"Aku bet dia akan tumpahkan air atau sup kat budak tu," ujar Akif selamba.

Zulharith memandang ke arah Akif, "Mana kau tahu ?"

Akif membuat muka bangga. "Aku bet seringgit,”

Zulharith membuat muka selamba sambil berkata, "Judi itu adalah haram,"

Akif ketawa.

"Baik kita tengok aje ape yang bakal jadi,"ujar Zulharith.

     Apabila melihat Anasuha menumpahkan supnya ke arah budak itu, Akif ketawa besar. Itu telah membuatkan semua pelajar lelaki melihat kejadian tersebut dan mula menggelakkan budak perasan lawa tadi. Zulharith juga turut serta , malah lebih kuat daripada Akif. Budak perasan lawa tadi apa lagi, malu lah.

"Kalau boleh, dia mesti nak sorok muka dia dalam lubang jamban," Suara seorang pelajar kedengaran.

"Dalam lubang jamban nanti terkena pulak," sambung seorang pelajar lain.



AKHIRNYA BUDAK PERASAN LAWA ITU KE KELAS DENGAN TUDUNG LABUH PADA HARI-HARI SETERUSNYA. SETELAH DI TEMURAMAH OLEH AHLI MAJALAH MAKTAB TINGKATAN 4 DIA BERKATA "KALAU IKUTKAN SAYA NAK START CUTI WAKTU TU JUGAK!"

Sunday, 27 April 2014

Chapter Twelve !!!!!!!!

HUDA melihat Anasuha yang sedang duduk berehat di bilik rekreasi sambil menghadap buku Matematik Tambahan kegemarannya. Anasuha adalah manusia paling pelik yang dia pernah temui sepanjang tujuh belas tahun dia hidup di muka bumi ini. Mana tidaknya, tidak pernah lagi dia jumpa manusia yang sukakan subjek Additional Mathematics seperti Anasuha. Suka suka pun result  hampeh juga budak Anasuha ni. Huda duduk di sebelah Anasuha.

'Aku ingatkan study, rupanya dengar lagu,' bisik hati Huda.

     Anasuha membuka matanya yang terpejam tadi dan terus memandang Huda di sebelah kanannya. Dia mencapai pennya dan mengacah untuk mencungkil mata Huda. Huda hanya tersengih-sengih.

"Aku baru je siap study  okay, kau je yang tak tahu," ujar Anasuha.

" Kau, aku ada berita nak khabarkan," ujar Huda sambil tersenyum.

"Apa ? Aku dapat anugerah tokoh pelajar ke ?" Anasuha cuba membuat konklusinya sendiri.

     Huda membuat muka kelat. Pantang betul kalau orang potong ape yang dia cuba nak sampaikan. Huda menutup mulut Anasuha dengan tangannya untuk elakkan si Anasuha ni  menyampuk.

"Zulharith clash dengan awek dia," ujar Huda.

     Anasuha buat muka seposen. "Itu aje kau nak khabarkan pada aku ?"

Huda mengangguk kepala. Anasuha ketawa besar. "Apa natijahnya kau bagitahu aku hal ni ?" soal Anasuha.

     Huda tersengih,

"Ala.. Inikan berita hot kat maktab, mana tahu kau nak muat masuk dalam majalah yang kau nak edit nanti ke ??" ujar Huda.

"Kuasa pulak aku nak masukkan hal ni dalam majalah sekolah pulak ? Kua ingat aku ni paparazzi  ke nak selingkap semua cerita orang?" jawab Anasuha yang berahir dengan soalan juga untuk Huda.

     Huda memuncungkan mulut. Di fikirkan Anasuha bakal suka dengar khabar berita panas macam ni. Nampak gayanya memang tidaklah. Huda mencapai buku Biologi Anasuha yang terbuka luas di atas meja. Di belek-beleknya buku itu sehinggalah Anasuha merampasnya semula,

"Aku nak baca," pinta Huda.

"Ambil buku kau sendiri," jawab Anasuha selamba. Anasuha terus membuka buku latihan  Biologinya dan mula membuat latihan tanpa mempedulikan Huda yang sedang duduk di sebelahnya.

'Kejam!'

Anasuha memandang Huda yang sedang berusaha melarikan diri. Aura hitam memenuhi ruang bilik rekreasi tu. Semua pelajar junior yang sedang melepak mengambil keputusan untuk keluar dari bilik tersebut. Anasuha mencapai tangan Huda. Huda yang baru sahaja ingin melarikan diri tertangkap.

"Ampun Tuanku !!!" Jerit Huda.

Anasuha memandang ke dalam mata Huda. Maka terlihatlah Huda cahaya api pada mata Anasuha yang menyeramkan tersebut.

 Dan jeritan Huda pun bergema……

DAN PADA HARI ESOKNYA MEREKA DIDENDA CUCI TANDAS ARAS 1 DAN ARAS 2 ….


ANASUHA mencari kelibat Akif di kelas 5 Amanah. Pendrive  ini harus dipulangkan segera. Tambahan pula , Anasuha tidak mahu di 'fitnah' oleh si Gangster Celop , Faizul, Amal dan Ikram. Si Ikram Anasuha sudah tidak hairan sangat kerana si Ikram pasti masih lagi ketakutan jika insiden dihempuk buku minggu lepas masih terkesan di jiwanya.

" Ana,"

     Anasuha memalingkan wajahnya ke belakang. Hampir sahaja dia pengsan di situ. Wajah Akif betul-betul di belakangnya sebaik sahaja dia memalingkan wajahnya.

"Weh, terkejut saya!" ujar Anasuha dengan muka terkejutnya yang massih belum hilang.

     Akif ketawa galak. " Muka saya seram macam hantu ke ?"

Anasuha menggeleng, "Tapi, muka awak dekat sangat dengan saya, manalah saya tak terkejut. Mujur saya tak ada sakit jantung. Ah, ni .."

     Anasuha mencari-cari sesuatu di dalam poket baju kurungnya.

" This is your pendrive. I have copied all the pictures that you wanted. Don't laugh on the stupid images of the students, okay? I'll get going,"

     Anasuha berjalan pergi ke kelasnya meninggalkan Akif.

"Ana !"

Anasuha berpaling,

"Thanks!" ujar Akif

"Don't mention it !" ujar Anasuha sambil tersenyum.

 Sebaik sahaja kelibat Anasuha hilang dari pandangan, Akif memalingkan wajahnya ke belakang. Kelihatan Faizul dan ahli gengnya sedang merenung ke arah Akif.

"Apa hal ?" soal Akif sambil berjalan ke arah tempat duduknya di dalam kelas.

     Faizul mendapatkan Akif yang sudah selamat duduk di tempat duduknya. Ikram dan Amal mengikutnya dari belakang.

"Aku tahu kau suka Ana kan ?" ujar Akif selamba. Mukanya menghadap Ikram.

     Ikram tersentak. Faizul dan Amal menghadap muka Ikram.

" Is this true ?!” soal Faizul dan Amal serentak.

Ikram tersipu-sipu,

" Well, when she hit me with her book last week, otak aku asyik teringatkan dia… Betapa cunnya dia masa marah .. Betapa comelnya dia bila dia senyum … Semua pasal Ana aku suka !"

BUSH!!

"Aduh , sakitlah!" ujar Ikram sambil menggosok-gosok kepalanya yang sakit apabila dipukul oleh Amal dan Faizul serentak.

"Macam mana kau boleh sangkut kat minah macam tu ?" soal Amal.

"Bukan kau , Amal.. Korang .. Bukan ke si Akif ni pun suka dia juga ke ?" sampuk Faizul.


    Amal terangguk-angguk. "Betul jugak tu,"

Saturday, 26 April 2014

Chapter Eleven yuolllllss!

HUDA mendapatkan Anasuha yang sedang berjalan menuju ke Dewan Selera. Dia berjalan seiring dengan Anasuha dengan muka yang ingin bertanya, tetapi tidak tahu sama ada ingin bertanya atau tidak.
"Aku dengar kau mengamuk kat kelas?" akhirnya soalan itu terpacul keluar dari mulut Huda.

     Anasuha terhenti dari berjalan. Dia menghadap Huda , Huda pula kelihatan takut. Melihat keadaan Huda sebegitu, Anasuha spontan ketawa. Anasuha meneruskan semula perjalanannya. Huda mulai rasa hairan.

"Jawablah soalan aku," ujar Huda.

"Mana ada aku mengamuk. I just show Cikgu Aker how hellish and bad and dark I can be," jawab Anasuha selamba.

     Huda mengangguk. Baru dia faham dan teringat sesuatu yang Anasuha pernah katakan padanya pada kali pertama mereka bertemu ( semasa mesyuarat perkenalan BWP kali pertama).

     I am Anasuha. I am not a good leader but I can be good at anything. I can be rude sometimes plus , if someone mess around with me or piss me off … I will show them how hellish and bad I can be. If you don't want to be drowned to living hell with me, stop messing around and do your work properly.

     Pada masa tu rasanya semua BWP senyap kalau tidak silap. Gara-gara takut dengan kata-kata Anasuha yang sentiasa beraura hitam itu. Walaubagaimanapun, Anasuha tetap friendly  walaupun perangainya sebegitu. Huda tersenyum sendiri.

" Woi, yang kau senyum sorang-sorang ni pasal ape ?!" ujar Anasuha.

     Huda tersentak. Melihat wajah Anasuha yang kelat  itu , Huda hanya tersenyum.

" Aku teringat ayat kau masa first meeting BWP," ujar Huda sambil mengejar Anasuha yang sudah berlalu ke arah barisan mengambil makanan.

" Ayat aku masa first meeting?? Yang mana ?" soal Anasuha.

" Kau ni, aura gelap bukan main tapi nyanyuk," ujar Huda sambil mengetuk bahu Anasuha dengan tray makanan.


     Anasuha mulai keliru. ' Entah apa-apa lah budak Huda ni!'

Friday, 25 April 2014

Chapter Ten :)

ANASUHA  berjalan menuju ke kelas 5 Amanah. Muka Anasuha punyalah ditebalkan sebab malu kalau diejek oleh puak-puak kelas 5 Amanah jika mereka tahu sebab musabab dia ingin datang ke kelas itu. Anasuha jalan, jalan dan jalan dengan perlahan agar masa untuk sampai ke kelas itu menjadi panjang. Sesampainya Anasuha di hadapan kelas 5 Amanah, Anasuha terhenti. Dia menarik nafas sedalam mungkin untuk menyorokkan rasa gemuruhnya. Baru sahaja dia ingin membuka mulut,

"Kau buat apa kat sini ?" soal Faizul yang mulut becok dan suka mengganggu ketenteraman awam itu. Di belakangnya ada Amal dan Ikram. Anasuha membuat muka bosan.

" Aku datang sini bukan nak jumpa koranglah sengal!" ujar Anasuha.

     Sebaik sahaja dia menyatakan ayat itu, Akif keluar dari kelasnya itu. " Awak cari saya kan? "
Anasuha tersentak. Mana tidaknya , tiba-tiba sahaja keluar dari kelas macam tahu-tahu je Anasuha yang sedang bertaki dengan si Faizul Gangster Celop tu. Anasuha hanya mengangguk.

" Nak pendrive kan ?" soal Akif.

Anasuha mengangguk.

Akif tersenyum, "Nanti sekejap ya?" ujarnya sambil menjeling maut ke arah Faizul dan gengnya.

"Kau ada skandal dengan budak kelas aku ae ?" ujar Faizul.

Anasuha mencebik, "Kuasa pulak aku ?"

"Eleh, berlagak lebih minah ni," ujar Amal.

Anasuha mulai geram, baru sahaja dia ingin memaki hamun si Gangster Celop itu,

"Dia datang nak ambil pendrive  aku aje lah, korang ni over  sangat apa kes ?" soal Akif selamba.
Faizul tersenyap di situ.

"Back up awek pulak …" ujar Ikram.

Anasuha yang sedang menggenggam buku pada masa itu dengan spontan menghentam kepala Ikram dengan  buku itu.

"Thanks , I'll give it back when it's done,” ujar Anasuha , terus berlalu pergi ke kelasnya.

     Sebaik sahaja Anasuha berlalu pergi, Akif menghadap Ikram yang masih kesakitan akibat penangan hentaman buku nota Biologi milik Anasuha tadi. "Bestkan penangan si Ana tadi kan ?"

     Faizul dan Amal mengangkat si Ikram ke dalam kelas. Nampak gayanya , Ikram bakal fobia dengan Anasuha selepas ini.

ANASUHA menghempas punggungnya ke kerusi tempat duduknya di dalam kelas. Farrah mula mendekati Anasuha untuk mengorek cerita.

" Kau buat apa kat kelas Amanah ?" soal Farrah.

Anasuha diam lalu mencapai buku nota Biologinya untuk dibaca. Farrah yang mula bengang dengan kelakuan si Anasuha bertindak dengan merampas buku nota tersebut.

" Kau dah kenapa ?" ujar Anasuha.

" Yelah, aku tanya kau , tapi kau buat dek aje kat aku, aku ambiklah buku kau ni! Buat – buat baca konon. Padahal nak sorok muka malu. Cepuk karang saje je," ujar Farrah selamba.

Anasuha membuat muka hendak muntah, " Aku malu ?!! Hahahaha," tercetus ketawa besar di mulut Anasuha apabila mendengar kata- kata si Farrah. Anasuha merampas semula buku notanya dan membacanya semula sambil berkata,

" Yang pemalu tu kau, bukan aku," ujar Anasuha selamba.

" Eh, apa pulak aku yang kena  ni ?" soal Farrah.

" Dah lah, malas layan kau," ujar Anasuha.

     Baru sahaja Anasuha ingin membaca nota Biologinya , Cikgu Aker pun masuk ke dalam kelas.

" Woi, hari ni ada  kelas seni ke ?!" ujar Anasuha selamba.

Cikgu Aker membaling pembersih papan putih ke arah Anasuha. Anasuha dengan pantas menyambutnya.

" Relaks la cikgu, gurau di tengah hari," ujar Anasuha selamba.

Cikgu Aker membuat muka selamba ," Aku nak korang  cari pair korang masing-masing. Pandai-pandai hiduplah korang. Syaza  and Syawal aku tak nak korang pair sebab korang kembar. Pergi sekali sekala pair  dengan orang lain ke," katanya.

Syaza dan Syawal mula membuat drama,

"Cikgu ……. Saya nak dengan Syaza cikgu. Kami berdua tak boleh dipisah," ujar Syawal dengan suara yang lembut. Hampir satu kelas menutup telinga mendengar suaranya.

Jangan pisahkan … Aku dan Syawal … Cikgu tolonglah … Ku sayang dia .. Kalau nak rasa penangan Silat Cekak .. Cikgu pisahkanlah kami ,,

    Nyanyian Syaza menyakitkan telinga seluruh isi kelas 5 Tawakkal.

" Cikgu, sebelum semua anak murid cikgu ni mati sebab telinga berdarah, biarkan jelah kembar tu… " ujar Anasuha sambil menutup telinga daripada mendengar nyanyian si Syaza.

     Nak kata betapa kuatnya dan teruknya suara Syaza bila menyanyi , sampai cikgu Apandi yang sedang mengajar Additional Mathematics  di kelas sebelah pun turut datang bersama seluruh isi kelas 5 Amanah untuk melihat freeshow dari Syaza.

'Bikin malu kelas,' bisik hati Amelia.

'Baaaaa , cikgu sebelah pun mai datang sini …. Malu siakkkk !' bisik hati Zahirul.

" Cikgu Muzakkir , sebelum saya mengamuk kat kelas awak sebabkan suara 'lunak' budak ni, baik awak mengamuk pada dia dulu," ujar Cikgu Apandi.

Wait.

Cikgu Apandi nak mengamuk ?

Macam tak percaya je.

Selama aku duduk kat MRSM Tumpat ni, tak pernah lagi aku tengok dia mengamuk kat student. Cikgu Apandi mana reti marah student  sangat.

     Anasuha bergerak ke arah Cikgu Apandi,

" It's okay , cikgu. I'll handle this," ujar Anasuha.

     Setelah Cikgu Apandi dan semua budak kelas sebelah  kembali ke kelas mereka, Anasuha mengambil sapu tangannya di dalam poket beg dan menyumbatnya ke dalam mulut si Syaza. Syawal menjerit perlahan melihat adiknya diperlakukan demikian.

" Kau senyap, karang aku ikat kau kat kerusi." Ujar Anasuha.

     Anasuha berpaling ke arah Cikgu Aker ,

" Before I'm going to show the class how hellish and bad I am, I think you should start teaching,"


     Anasuha dengan pandangan tajam ke arah Cikgu Aker. Satu kelas mula merasakan aura hitam dari Anasuha. Cikgu Aker segera memulakan kelas dan Syawal dan Syaza dibiarkan menjadi pasangan untuk projek seni ini. Anasuha kembali semula ke tempat duduknya dan dia duduk senyap di situ.