Wednesday, 20 November 2013

Chapter Six :/

Zulharith memandang sekeliling surau, mencari bayangan si Anasuha. Budak Anasuha ni memang macam chipsmore kejap ada , kejap hilang. Pelik betul budak sorang ni. Si Huda dan si Suraya pun mula tercari-cari bayangan Anasuha yang masih belum muncul-muncul dari tadi.

"Mana Ana?" bisik Fakhrul kepada Huda dan Suraya.

     Huda dan Suraya menggeleng kepala tidak tahu. Farrah bangkit dari simpuhnya dan bergerak ke belakang. Maka terserlahlah batang tubuh Anasuha yang sedang solat sunat hajat di bahagian belakang surau. Farrah kembali bersimpuh,

"Ana tengah solat kat belakang. Kita tunggulah dia kejap," ujar Farrah. Zulharith hanya mengangguk.

     Tidak lama kemudian Anasuha dating men-join-kan diri bersama mereka.

"Sorry, lewat," ujar Anasuha sambil tersenyum.

"So, kita mulakan perjumpaan kita dengan Umul kitab Al-Fatihah" ujar Zulfadhli sambil menadah tangan.

     Selepas membaca Al-Fatihah , Anasuha mula menyerang,

"Kau memang suka ambil masa orang kan , pres ?" ujar Anasuha selamba.

Zulharith tersentak,

"Kau ingat aku sengaja je ke nak ajak korang meeting ? Kalau ikutkan hati , aku pun malas weh," jawab Zulharith , bengang.

Anasuha mengeluh,

"Cepat sikit,"

     Zulharith melihat air muka Anasuha yang kelat. Matanya kelihatan berair seolah-olah baru sahaja lepas menangis. Takkan la Anasuha menangis semasa solatnya tadi?

"Yang kau pandang aku lama-lama apa kes ? Aku tahulah muka aku ni lawa, tapi kau takde hak nak pandang muka aku lama-lama," bentak Anasuha.

     Zulharith tersentak. Dengan pantas dia mula memberitahu perancangannya untuk minggu akhir mereka sebagai BWP. Almaklum , sem 2 bagi tahun mereka ini akan dilantik para BWP baru. Yang junior punya  turn  pula. Takkanlah asyik muka mereka sahaja yang menjadi BWP. Bosan pula budak-budak ni nanti.

     Tambah pulak kalau budak-budak Form 3 yang memang sejak azali lagi tidak menyukai si Anasuha tu. Kalau boleh, mereka memang tidak mahu melihat muka Anasuha langsung kut. Namun bagi Anasuha pula

'Lantak koranglah nak suka aku ke tidak .. aku dengan cara aku .. ' 

Degil betul mak cik sorang ini.

"Anasuha, apa yang kau termenungkan tu ? Kau dengar tak apa yang aku cakap dari tadi ?" soal Zulharith, mukanya merah menahan geram dengan perangai Anasuha yang kuat berangan semasa dia sedang bercakap.

     Anasuha tersengih, macam kerang busuk. Dia mengalihkan pandangannya kepada Huda. 'Apasal kau tak bagitahu yang Zul tengah pandang aku?' bisik Anasuha kepada Huda. Huda hanya mampu menggeleng kepala sambil tersengih.

Tuesday, 19 November 2013

Chapter Five :*


ANASUHA mengetap gigi. 'Cilakak punya Zul,' bisik hatinya. Sebenarnya Anasuha sangat anti dengan pelajar Tingkatan 3. Lebih-lebih lagi kalau budak-budak nakal. Lelaki lah. Memang ANTI GILA! Apa lah muslihat Anasuha untuk tidak menyertai prjek pagi esok? Nak tipu Zulharith? Si Huda dengan si Suraya ni bukan boleh berlakon pun. Menipu pun kurang reti. Anasuha memeluk bantal peluknya. Apa aku nak tibai ni? Aduh, masa-masa macam nilah kau nak bengap pulak otak ni, bisik hati Anasuha.

"Mana kau korek cerita pasal Zul ni Ana?!"

     Anasuha tersentak. Tercampak bantal peluknya ke katil Huda. Dengan pantas dia menoleh ke belakang. Terserlahlah wajah Huda dan Suraya yang sedang menyimpan kasut-kasut mereka di rak kasut.

"Waalaikumussalam," perli Anasuha. Dia mencapai semula bantal peluknya dan berbaring di atas katilnya. Hari ni dia sudah rancang untuk tidur awal. So, no one can disturb perancangan mulianya (….) itu. Abaikan kerja sekolah yang banyak dan 2 makhluk tuhan yang sedang memandangnya dengan penuh rasa tidak puas hati itu.

"Woi, bagitahulah," ujar Huda sambil mengeshake badan Anasuha yang sedang berbaring di atas katilnya.

     Anasuha duduk tegak di atas katilnya. Kemudian dia menadah tangan. Suraya dan Huda mengeluh,

TRIVIA: Kalau ada berita panas, jangan minta Anasuha beritahu. Dia mintak upah.

     Suraya mencapai beg duitnya di atas meja studynya. Mengeluarkan not RM5 dan menghulurkannya kepadaa Anasuha.

"Ini untuk aku dan Huda. Demanding betullah mu ni!" marah Suraya.

"Cerita cepat!" ujar Huda tidak sabar-sabar.

     Anasuha pun mula bercerita tentang Zulharith. Menurut Anasuha , si Sharif budak LDP( ahli Lembaga Disiplin Pelajar) yang duduk sebilik dengan si Zulharith yang bercerita. Itu pun sebab dia terlepas cakap. Menurutnya, setiap kali Zulharith belajar, dia lebih selesa ber-boxer sahaja. Ala-ala The Rock pada zaman WWF nya dulu. Memang agak tak senonoh , tapi dia sudah selesa begitu. Dari KECIL.

Tak tahulah kalau di universiti esok macam mana. Sila jangan bayangkan ya ?

     Mulut Huda dan Suraya ternganga mendengar semua kata-kata Anasuha. Anasuha menyuapkan roti dari DS ke mulut mereka. Dan mereka pun spontannya mengunyah makanan itu.

"Puas hati kalian ?" soal Anasuha.

Huda dan Suraya mengangguk. Anasuha mencapai semula bantal peluknnya dan kembali berbaring. "Baiklah, beta ingin sambung tidur, Assalamualaikum,"

     Huda menarik bantal peluk Anasuha secara tiba-tiba. Anasuha bengang, "Kau dah kenapa?!"

     Suraya sudah lari keluar ke bilik Hanani. Ingin buat discussion katanya. Cheh, ingat aku tak tahu yang kau nak pergi bagitahu Hanani pasal pakwe dia tu, bisik hati Anasuha. Anasuha memandang Huda semula dengan pandangan geram. Budak ni memang nak kena, bisik Anasuha. Dia mencapai bantal rillakuma(patung beruang comel yang Yoona SNSD suka tu) dan berlari keluar bilik. Huda menjerit meminta agar bantalnya tidak diapa-apakan. Anasuha mengacah untuk membuang bantal tersebut di dalam tong sampah.

"Kau buat dajal dengan aku , jangan harap bantal kau ni selamat," ugut Anasuha di hadapan tong sampah hitam di luar bilik. Kelihatan beberapa pelajar tingkatan lain sedang memerhatikan gelagat mereka.

'Eeeeeee , akak-akak ni macam budak-budak,'

'Akak-akak BWP yang childish'

     Anasuha tersenyum memandang mereka. "Ini hal orang dewasa, maybe nampak cam budak , tapi sebenarnya TAK," ujar Anasuha.

"Ana, bagilah balik bantal aku. Kesian Mimi aku," ujar Huda.

Mata Anasuha terbeliak. "Mimi?"

"Nama patung aku tulah, sengal," bisik Huda dengan harapan budak-budak lain itu tidak mendengarnya.

     Anasuha tersenyum sinis. Dia mencampakkan bantal tersebut ke muka Huda dan berjalan masuk ke bilik.

"Kalau kau nak expect yang budak-budak ni tak dengar apa yang kau cakap tadi, kau silap," bisik Anasuha ke telinga Huda.

     Huda hanya terdiam kaku tanpa suara. Dia memandang semua budak yang nampak adengan kanak-kanak mereka tadi. Habislah aku, bisik hatinya.

 

ZULHARITH tercari-cari kelibat Anasuha yang masih tidak nampak batang hidungnya. Dia memandang pelajar Tingkatan 3 yang masih tiada BWP pengiring. Zulfadhli memegang bahu Zulharith, "Takpelah Zul, biar aku yang handle budak-budak ni,". 

     Zulharith mengepal-ngepal penumbuknya. Wajahnya merah menahan marah. Tiba-tiba,

"Tak payah nak kepal-kepal penumbuk sangatlah,"

Zulharith menoleh ke kirinya. Anasuha hanya berjalan selamba ke arah Zulfadhli dan mengarahnya pergi.

"Sorry, aku pergi toilet tadi," laung Anasuha. Dia menepuk bahu si Natalia, budak paling hot di kalangan pelajar Tingkatan 3. Dan kelihatan muka Natalia tidak berpuas hati dengan Anasuha.

'Huh, aku ingat dia tak datang,' bisik hati Zulharith.

Anasuha tersenyum. Kau ingat aku ni apa, bisik hatinya.

"Okey, jom gerak!!!" laung Zulharith dengan suara riangnya.

Anasuha tiba-tiba rasa sakit hati pula mendengar suara itu.

 

PANTAI GETTING. Walaupun kurang daya tarikan seperti air laut yang bersih and what so ever, tapi pantai ini banyak sejarah bagi Anasuha. Walaupun baru 2 tahun di sini ( Anasuha adalah bekas pelajar MRSM Kuala Lipis) , tapi banyak kenangan dia peroleh di sini. Di pantai itu, Anasuha berjaya menamatkan acara merentas desanya, dan di pantai itu juga , Anasuha sering pergi apabila outing. Kamera dibawa keluar dan Anasuha pun mula merakam gambar-gambar pelajar semua untuk di muat masuk dalam majalah maktab.

"Ana , tangkap gambar aku dengan Fakhrul !!" laung Aliaa dari jauh. Anasuha berjalan merapati mereka. "Masuk majalah maktab tau Ana," sambung Aliaa.

Anasuha ketawa. "Baik bos, nanti aku reveal pasal korang,okey?"

     Mata Fakhrul membulat. Terus dia menjauhkan diri. Takut dengan ayat yang Anasuha kemukakan. Anasuha dan Aliaa ketawa galak.

"Aku gurau ajelah, sengal!" ujar Anasuha. Fakhrul menarik nafas lega. Sangkanya Anasuha akan memuat masuk gambar itu ke dalam majalah maktab, rupanya tidak. Cheh, aku memang nak masuk dalam majalah pasal korang ni,'bisik hati Anasuha.

     Fakhrul dan Aliaa. Pasangan BWP yang comel dan sepadan. Dua-dua pun selalu dapat ranking tinggi dalam maktab. Pointer tidak pernah merosot. Kalau merosot pun, sikit-sikit aje. Bila gaduh-gaduh manja. Eeee, kenapa nak cerita pasal diorang pulak. Ni cerita Anasuha lah!

"Ana!!! Kat sini pulak!"

     Laungan Amirul yang kuat hampir memecahkan telinga sesiapa yang berdekatan. Anasuha mengeluh. Kenapalah ada manusia macam mamat ni kat dunia ni,bisik hatinya.

"Kau nak apa, mangkuk?" soal Anasuha selamba.

"Tangkap gambar aku dengan Jamal. Cepat," arah Amirul. Dia memaut bahu Jamal dan membuat posing 'peace' dengan muka comel. Nak muntah pula Anasuha melihatnya. Si Jamaluddin pula buat muka 'duckface'. Macam perempuan tangkap gambar. Aku pun tak ada pose macam tu, bisik hati Anasuha.

     Anasuha melilau pula ke tempat lain. Kemudian matanya terpandang Akif sedang bergurau dengan pelajar Tingkatan 1. Macam ayah dan anak pula. Dengan keadaan si Akif yang tinggi tegap itu dan budak Tingkatan 1 yang hanya seperti darjah 3 sahaja saiznya. Akif main angkut sahaja budak itu dengan sebelah tangannya. Sebiji macam ayah dan anak. Dengan pantas Anasuha merakan saat comel itu.

     Akif yang perasan dengan tindakan Anasuha itu terus mendapatkan Anasuha bersama si kenit itu.

"Awak tangkap gambar kitorang ye ?" soal Akif.

Anasuha hanya mengangguk. Budak Tingkatan 1 yang masih lagi di gendong oleh Akif melaung,

"Nak tengok!!"

Anasuha dan Akif tergelak. Akif melepaskan si kenit itu dan dengan sepantas kilat si kenit itu mendapatkan Anasuha. Anasuha tersenyum sambil menunjukkan gambar tersebut kepada si kenit dan Akif.

"You guys look like father and son," ujar Anasuha. Akif tergelak. Si kenit itu mula membebel,

"Abang Akif kalau jadi abah saya, memang matilah saya kena gendong tiap hari,"

     Anasuha ketawa kecil. "Apa salahnya kena gendong, akak tak pernah kena gendong pun dengan ayah akak,"

     Si kenit itu mula ketawa apabila Akif membawanya lari.

 Anasuha mengambil lagi beberapa keping gambar mereka berdua. Kemudian bergerak ke arah tempat lain. Dalam pada Anasuha sedang ralit menangkap gambar. Tiba-tiba sahaja dia disergah dari belakang.

"Aku ingat kau lari dari menjalankan tugas,"

Anasuha menoleh ke belakang. Kelihatan Zulharith sedang tersengih jahat di belakangnya. Anasuha hanya menjeling,

"Kau ingat aku ni apa ? BWP tak guna ?" soal Anasuha kemudian terus berlalu dari situ. Bergerak ke arah budak Tingkatan 3 yang sedang asyik bergambar dengan telefon bimbit mereka.

"Meh, akak nak tangkap gambar," usul Anasuha.

     Selepas Anasuha mengutarakan ayat itu semua pelajar berkerumun meminta di ambil gambar mereka. Akhirnya Anasuha memutuskan untuk mengambil gambar satu batch demi satu. Dimulakan dengan pelajar Tingkatan 1 dan diakhiri dengan pelajar Tingkatan 5. Kemudian Anasuha mengambil gambar para BWP pula. Semua gambar itu tiada wajahnya. Seperti yang dia mahukan. Low profile, kata Anasuha. Padahal sebenarnya Anasuha sangat tidak suka di ambil gambarnya.

 

ANASUHA melepaskan keluhannya. Dia mencapai kameranya dan melihat semula gambar-gambarnya tadi. Kemudian dia tersenyum sendiri. ' Lawak-lawak budak MRSM Tumpat ini,' fikir Anasuha.

     Tidak lama kemudian Huda dan Suraya masuk ke bilik.

"Ana, kenapa kau tak join kitorang masa tangkap gambar tadi?" soal Huda bengang.

     Anasuha mencapai earphonenya dan mula mendengar MP3. Tiada gunanya membuang masa dengan mendengar ceramah free dari Huda. Huda dan Suraya menggeleng kepala.

     Anasuha mencapai novel Love You Mr. Arrogant yang dipinjamnya dari Perpustakaan Khazanatul Ilmi. Ingin mengelakkan rasa bosan yang teramat, Anasuha gemar membaca novel. Lain pula dengan si Huda dan Suraya tu. Seorang minat menghabiskan kredit bermain mesej dengan pakwenya Mohamad dan yang seorang lagi suka membuka laptop dan menonton movie. Langsung tak ada gaya budak nak SPM lah puak ni, kan ?

     Sedang ralit mereka membuat aktiviti sendiri, si Huda mendapat mesej dari Zulfadhli.

Pres nak jumpa malam ni tau, pas Isyak kat DS

"Arggghhh ,…. Zulharith!!!!" jerit Huda.

Anasuha dan Suraya tersentak melihat reaksi si Huda.

"Kau dah kenapa minah ?!" marah Anasuha.

"Pres kata ada meeting malam ni, lepas Isyak kat DS, Zul F bagitahu aku," ujar Huda.

Apa lagi mamat tu nak??!!!

Chapter Four :]


ANASUHA menghempaskan dirinya ke katil. Hari Khamis adalah hari paling menggembirakan buat insan yang bernama Anasuha ini. Kenapakah ? Lauk yang DS masak hari ini tersangatlah menyelerakan. Kalau tak lauk ayam , pasti lauk ikan jaket. Ikan jaket tu ikan apa ? Ala, korang mesti tahu kan ikan yang ada kulit keras tu ? Ikan tu lah. Sedap kalau di bakar. Sedap hingga menjilat jari. Itu ayat yang Anasuha selalu kemukakan.

"Amboi , kenyang perut terus baring ya,Ana? Moleklah sangat tu. Gemuk baru tahu," ujar Huda sebaik sahaja masuk ke dalam bilik. Anasuha yang tengah berbaring-baring tadi terus duduk tegak di atas katilnya.

"Kau kalau masuk bilik je membebel. Tengok muka hang tu , dah berkedut dah sebab banyak sangat membebel dan marah-marah." Jawab Anasuha selamba.

     Huda hanya menggelengkan kepala. Dia menanggalkan tudungnya dan duduk di atas katilnya. Tidak lama kemudian, dia mula berbaring. Anasuha tersenyum sinis. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang nombor first, bisik hatinya.

"Arghhhhh !!!" jeritan Huda bergema dibilik BWP itu.

     Anasuha yang baru sahaja ingin melelapkan mata, tersentak. "Kau dah kenapa, syai…"

     Huda memandang Anasuha dengan telefon bimbitnya di tangan. "Zul hantar mesej,"

     Anasuha membuat muka kelat. Dia baring semula membelakangkan si Huda yang masih shock dengan SMS yang di terimanya. Eh , sekejap. Zul mana satu ni ?

"Zul mana ni ? Zulharith ke Zulfadhli?" soal Anasuha.

"Presiden la sengal. Kalau setakat Zul F , tak de lah aku nak terkejut sangat dia mesej aku. Dia kan sama kelas dengan aku. Zulharith kata malam ni lepas Isyak ada perjumpaan kat surau," ujar Huda dengan muka tidak puas hati.

     Anasuha mengeluh. Dia mengambil bantal dan menutup mukanya. Huda hanya memandangnya pelik dan mula menutup telinga. Tidak lama kemudian terdengarlah jeritan Anasuha yang mengegarkan seluruh bandar Tumpat.

"Aku baru nak rancang nak terus tidur lepas balik supper," ujar Anasuha.

"Terpaksa lah , Ana. Dia kata urgent." Jawab Huda.

     Anasuha merengus geram.

 

ZULHARITH tersenyum menghadap para-para BWP yang lain. Senyumannya mati tatkala matanya terpandangkan Anasuha yang tidur di bahu Farrah. 'Budak Ana ni memang nak kena!' bisik hatinya. Sebaik sahaja dia membisikkan ayat itu, mata Anasuha terus terbuka. Dan pandangan mata mereka tiba-tiba bertaut. Dangan pantas Zulharith mengalihkan pandangannya. Anasuha pula hanya membuat muka selamba.

     Zulharith memanggil Zulfadhli yang masih lagi sedang duduk di satu sudut di dalam surau sambil membaca Al-Quran. Memang biro agama yang terbaik. Anasuha tersentak apabila bahunya di tepuk Suraya yang datangnya entah dari mana.

'Aku cutilah Ana,' bisik hatinya.

     Anasuha tersengih. Sebaik sahaja Suraya duduk di sebelahnya, terus dia menarik telinga Suraya.

"Padanlah aku tak nampak kau," bisik Anasuha. Suraya hanya ketawa kecil.

"Kita mulakan majlis kita dengan Al-Fatihah," ujar Zulharith.

     Selesai sahaja semua BWP membacakan Al-Fatihah, Zulharith memulakan bicaranya. Perihal pelannya yang mahu membawa semua pelajar berjalan-jalan di sekita Pantai Geting sebagai mengisi ruang masa selepas Subuh esok. Katanya, Cikgu Aker sudah memberi kebenaran dan Cikgu Syazwan akan mengiring mereka semua.

"Nak buat apa pergi pantai , baik aku tidur kat dalam bilik," ujar Amirul selamba.

"Tak baik tidur lepas Subuh, weh," ujar Zulfadhli.

'Ala, bisingla Zul ni. Suka hati aku lah nak tidur,' bisik hati Amirul. Wajahnya kelat sebaik sahaja mendengar kata-kata si Zulfadhli tadi.

"Lagipun Amir, kalau kau tidur lepas Subuh , kalau orang lelaki lah , nanti boleh mati pucuk," sambung Anasuha selamba.

     Semua BWP tergelak mendengar kata-kata Anasuha yang selamba itu. Entah ajaran mana dia ambil tu , tiada siapa pun tahu. Wajah Amirul mulai merah menahan marah. Mana pernah dia di malukan sebegitu rupa. Kalau ada batang buluh di situ , pada saat itu juga kepala si Anasuha dibalunnya.

"Layan otak kau gak, Ana mau bising surau ni ngan puak kita," ujar Fakhrul dengan loghat Kelantannya.

"Siapa suruh kau layan, aku tak suruh kan ?" jawab Anasuha selamba. Aliaa memukul lengan Anasuha. "Kau jangan nak main back up pakwe pula. Aku cepuk kau karang baru tahu," sambung Anasuha.

     Aliaa tersipu-sipu malu. Jamaluddin menepuk-nepuk bahu Fakhrul. Fakhrul tersengih-sengih. Zulfadhli dan Akhtar mengeleng kepala. Si Huda dan Suraya pula menutup muka.

Zulharith menoleh ke arah Suraya dan Huda. "Macam mana lah korang ni boleh duduk sebilik dengan Anasuha ni. Korang tak jadi gila ke ?" ujar Zulharith.

     Dengar sahaja kata-kata Zulharith yang agak melampau (baginya) itu , mata Anasuha terus membulat besar. Farrah terus memaut bahu si Anasuha.

"At least aku tak suka bogel dalam bilik macam kau," ujar Anasuha selamba. Kuat pula tu. Zulharith terasa seperti ditampar 500 kali oleh Anasuha.

"Mana ada aku buat!" jawab Zulharith.

     Para BWP yang lain membuat muka terkejut, terutamanya para BWP perempuan. Yang lelaki , semua macam dah tahu. Haha. Anasuha tersenyum. Masakan dia ingin memberitahu siapa yang menceritakan perihal buruk Zulharith itu kepadanya.

"Baca buku dengan boxer SAHAJA! Tak macam presiden langsung," tambah Anasuha.

'Macam mana dia boleh tahu,' bisik hati Zulharith.

     Anasuha mencapai begnya, "Dahlah, aku nak balik asrama. Malas nak bertaki dengan orang macam ni. Esok lepas Subuh kan? I'll handle the Form 5 students," ujar Anasuha sambil berjalan pergi.

"Aku nak kau handle budak Form 3."ujar Zulharith tiba-tiba.

'Padan muka kau!' bisik hati Zulharith.

"Ikutlah, aku tak kisah," laung Anasuha dari tangga surau.
     Huda dan Suraya saling berpandangan. Si Anasuha nak ambil alih budak Tingkatan 3 ???

Chapter Three :0


HUDA memandang wajah Anasuha yang masih terlelap di katil. 'budak ni tak nak pergi sekolah ke ?' bisik hatinya. Dalam pada dia sedang merenung si Anasuha, tiba-tiba Anasuha mencelikkan mata. Apa lagi , menjerit kuatlah si Huda sebab terkejut. Lebih berat lagi , Huda terjatuh dari katilnya macam nangka busuk. Anasuha ketawa galak. Huda pula mengerang kesakitan di bawah katil. Anasuha mencapai tangan Huda yang terkapai-kapai mengharapkan pertolongan.

" Tulah kau, lain kali nak ngumpat , tengok kiri kanan," ujar Anasuha sambil mencapai tudungnya.

     Huda hanya mendengar si Anasuha membebel sambil melihat dia bersiap. Wajah Huda kelihatan hairan. Anasuha memandang Huda,

"Apa kau ? Pandang macam orang tak puas hati aje ," soal Anasuha. Sebaik sahaja Anasuha mengemukakan soalan itu , Suraya pun masuk ke dalam bilik. Wajahnya juga tampak terkejut.

" Yang kau ni pulak , kenapa Aya ? Masuk-masuk buat muka terkejut kat aku, " ujar Anasuha.

"Ana , mu dah mandi ko ? " soal Suraya dengan loghat Kelantannya yang pekat itu.

Huda pula hanya mengangguk kepala, bersetuju dengan soalan yang dikemukakan oleh Suraya. Anasuha ketawa galak. Semakin bertambahlah kerutan pada wajah si Suraya dan Huda. Anasuha menyarungkan tudungnya,

"I woke up at 5a.m , I go to shower , then I sleep back… Aku ni bukan lah pengotor sangat sampai tak mandi nak pergi sekolah , sayang oii !" ujar Anasuha sambil membetulkan tudungnya di hadapan cermin. Huda dan Suraya berpandangan sesama sendiri. Anasuha tersenyum, " Mesti korang terfikir kenapa, kan ?"

Huda dan Suraya mengangguk.

" Kalau aku bangun lambat, nanti kena berebut bilik air dengan budak-budak ni. Korang kan tahu aku ni macam mana , anti dalam bab-bab nak menunggu ni , kan," ujar Anasuha selamba. Dia duduk di atas katil. "Yang korang ni , bila nak siap? Hari ni DS buat nasi lemak kan, Ahad?" sambung Anasuha.

ANASUHA menutup mulutnya yang terbuka sebesar alam akibat menguap. Ahad. Hari paling boring dan paling tak digemari oleh budak MRSM Tumpat yang gah ini. Hari di mana perhimpunan berlaku dan hari di mana semua pelajar akan menyanyi lagu MRSM dan lagu MARA  di samping lagu Negaraku.

Wahai putera-puteri bangsaku

Ayuh segera menuju

Mengikut gerak langkah maju

Bersatu mencari ilmu

 

Di zaman sains dan teknologi

Negara perlukan jasamu

Janganlah rasa malas lagi

Bersama memegang teraju

 

Di Maktab Rendah Sains MARA

Tuntut ilmu jangan jemu

Ikrar taat setia pada guru

Berdisplin selalu

 

Hari ini hari mulanya

Hari esok berjaya

Lengkapkan segala yang ada

Ke kuliah kita segera

 

     Paling menarik , setiap kali lagu ini dinyanyikan , budak-budak ni akan over excited pada lirik 'di Maktab Rendah Sains MARA'. Semuanya excited mengeja M.A.R.A. Haha. Masa tu semuanya bersemangat , termasuklah para BWP yang menguap-nguap di bahagian kerusi depan. Lebih-lebih lagi Anasuha. Dah kalau Anasuha sendiri begitu , yang lain apatah lagi.

     Habis sahaja perhimpunan , apabila Anasuha dan Farrah sudah excited mengangkat beg untuk bergerak ke DS ,

"PERHATIAN KEPADA SEMUA BADAN WAKIL PELAJAR, CIKGU MUZAKKIR INGIN BERJUMPA DENGAN ANDA SEMUA DI LUAR DEWAN,"

     Anasuha dan Farrah merengus geram. Apalah yang si buncit tu nak bila tengah-tengah lapar ni, bisik hati Anasuha. Farrah memeluk tangan Anasuha sepanjang perjalanan nak menghadap muka cikgu KESUKAAN mereka tu, membuatkan Anasuha merasa sangat rimas dan sakit hati. Bila dilepaskan , dia peluk balik .. lepas peluk lepas peluk. Jalan paling mudahnya, biarkan sahaja.

     Setelah melihat kelibat Cikgu Aker di bahagian luar dewan, hampir dengan stor meja peperiksaan, Anasuha terlihat rakan-rakan BWP nya yang lain.

1)     Presiden BWP – Muhammad Zulharith b Hasni

2)     Tim. Pres BWP – Farrah Hanees bt Aziz

3)     Tim.Pres 1 BWP – Fakhrul Hisham b Nawawi(biro disiplin)

4)     Tim.Pres 2 BWP – Aliaa Haiza bt Hazim

5)     Setiausaha BWP – Suraya Athira bt Nasir

6)     Bendahari BWP – Muhammad Syahmi b Hamzah

7)     Biro Agama BWP – Zulfadhli b Zahari

8)     Biro Kebajikan BWP – Akhtar Syahid b Azim

9)     Biro Akademik BWP – Nurin Husna bt Hisham

10)   Biro Makanan BWP – Amirul b Farizuan

11)  Biro Sukan dan Aktiviti BWP – Jamaluddin b Wahid

12)  Biro Puteri BWP – Huda Antasha bt Roslan

13)  Biro Komunikasi dan ICT BWP – Shazreen Fazlynda bt Hussin

14)  Biro Kebudayaan BWP – Fathia Asyira bt Bustaman

15)  BiroTugas Khas BWP – si Anasuha lah siape lagi ???

Hah , inilah muka-muka BWP yang nak dikatakan buat kerja tu , tak juga. Hanya buat apabila di suruh. Anasuha membuat muka kelat apabila Amirul mampir mendekatinya.

" Mana gambar yan kau tangkap masa minggu aktiviti baru ni ?" soal Amirul.

" Kau ada nampak aku pegang kamera aku ke ?" soal Anasuha kembali.

Soalan berbalas dengan soalan. Padan muka. Anasuha memandang Jamaluddin. Dia sedang berlari-lari mendapatkan si Anasuha dan Farrah, dengan sehelai kertas di tangan. Anasuha terlihat Cikgu Aker sedang berjalan dengan perut boroinya.

     Baiklah , sebenarnya Cikgu Aker ni bukanlah gemuk macam orang yang ada penyakit obesiti, tapi Anasuha gemar memanggilnya cikgu boroi sebab Cikgu Aker ni terlalu perasan hot and handsome. Mentang-mentang dia cikgu paling muda dan mempunyai badan yang agak tough (kononnyaaaa…). Lebih-lebih lagi , dia punya tunang ialah Miss Aqilah yang cute tu, manalah tak perasan kacak. Yelah , dapat cairkan hati cikgu perempuan paling hot MRSM Tumpat. Sampai bertunang tu. Ha, nampak tak permainan dia ?

" Cikgu , kenapa nak jumpa kitorang ni ??" soal Anasuha selamba. Cikgu Aker memandang Anasuha dengan pandangan maut. Anasuha masih dengan muka selambanya. Zulharith menutup mulutnya dengan satu jari , tanda menyuruh si Anasuha menutup mulutnya.

" Cikgu tak ada minggu depan. So , I want you guys handle the college, okay?" ujar Cikgu Aker.

"Cikgu nak pergi mana ?" soal Anasuha selamba.

     Air muka Cikgu Aker berubah. Anasuha terdengar sesuatu.

'Nak cakap macam mana ye, nanti kalau aku cakap aku tak de sebab kahwin ngan Qilah, nanti puak ni gelakkan aku. Hurmm …. ' bisik hati Cikgu Aker.

Anasuha ketawa jahat. "Cikgu nak kahwin ye ?" usiknya.

    Terkejut beruk muka Cikgu Aker. Dia menutup mukanya, malu. Semua BWP ketawa dengan gelagat Cikgu Aker. Jamaluddin memeluk bahu Cikgu Aker,

"Cikgu nak kahwin tak ajak… Gitu lah cikgu dengan kitorang. Takpe cikgu, mujur kitorang dah nak habis sekolah." Ujar Jamaluddin.

     Cikgu Aker ketawa kecil. "Bukan tak nak jemput , tapi korang punya final exam kan start minggu depan. Takkan nak ponteng ?"

Semua mula membuat bunyi 'alaaaaaaaaaaaaaa….' Kecuali Anasuha. Dia dah lah anti dengan Cikgu Aker dan Miss Aqilah. Nak pergi wedding mereka pula? Wahhh… jauh sekali. Nak kena tengok diorang bermanja-manja ?? Argghhh .. minta simpang malaikat 44, bisik hati Anasuha. Dalam kelas pun bukan main lagi, ini pulak tengok depan-depan.

"Korang pergilah kalau korang nak, aku malas join," ujar Anasuha selamba.

"Kenapa kau tak nak ikut, Ana?" soal Akhtar , dengan wajah yang curious.

"Aku kan anti dengan Cikgu Aker dengan awek dia, takkan korang nak expect aku tengok diorang bermanja-manja depan aku?" ujar Anasuha selamba.

Semuanya membuat muka terkejut. Apatah lagi Cikgu Aker, lagilah terkejut-kejut mukanya.

"Apa salah saya, Ana? Sampai hang betui-betui tak suka cek ?" soal Cikgu Aker dengan loghat Kedahnya. Matanya kelihatan berharap , maybe dia berharap agar Anasuha akan kemukakan ayat yang baik untuknya. Walaubagaimanapun,

"Alah , cikgu kan koya hotstuff. Plus, I really hate the way both of you communicate with each other. Mata saya ni , naik berbulu tengok, 'hello , B sayang ada kelas ni .. jap agi call alik ye,' so urghhh " nah , sempat lagi Anasuha mengejek ayat yang Cikgu Aker dan Miss Aqilah selalu gunakan.

     Muka Cikgu Aker semakin merah. "Ala.. saya nak manja ngan awek pun salah ke ?" soalnya.

     Baru sahaja Anasuha ingin menjawab, Farrah sudah menutup mulutnya. Zulfadhli memandang isyarat mata si Farrah. Anasuha masih lagi meronta-ronta ingin dilepaskan.

"So, cikgu apa yang kami patut buat ?" soal Zulfadhli, mengabaikan Anasuha yang ditarik pergi oleh Farrah. Ingin di-brainwash barangkali.

Chapter Two :)


ANASUHA merasa bengang yang teramat sangat. Dia melihat sekeliling kelasnya. Sampah sarap berterabur di atas lantai. Habuk ? Tak payah cakaplah betapa tebalnya melekat pada tingkap dan loker buku. Anasuha memandang presiden kelasnya , Zahirul. Matanya yang tajam menikam seluruh wajah Zahirul yang sudah sedia takut dengan dirinya itu.

“ Awat hang tinggalkan kelas lagu kapal karam sepanjang cuti nih ?? “ marah Anasuha.

TRIVIA: Anasuha kalau marah , spontan akan keluar loghat Kedahnya, menurun perangai Puan Anim.

    Zahirul tersentak. Dia bermain-main dengan jarinya sendiri , cuba mencari jawapan yang sesuai dengan soalan yang baru dikemukakan oleh Anasuha sebentar tadi. Anasuha mengetuk meja dengan kuat. Kini seluruh kelas tertumpu kepadanya.

“ Awatla puak hang ni pi pilih mamat hampeh ni jadi class president, “ ujar Anasuha.

Jawapan puak-puak ni ..

1)     “Dah dia sorang je yang layak,”

2)     “Puak ni malaih nak nyusohkan diri”

3)     “Sape je yang nak jawatan ni? Kerja cam orang gila!”

Yang ni paling best jawapan dia

“DAH SI ZAHIRUL TU YANG PERGI OFFER DIRI,NAK BUAT CAMANE?”

     Anasuha mengetuk dahi sendiri ke loker buku. Syaza dan Syawal mendapatkan Anasuha.

“ Ana , jangan ketuk kepala sendiri ke loker , nanti tak sempat SPM kau dah mati macam mana?” soal Syawal yang terkenal dengan gaya nyah dia itu. Syaza pula hanya mengangguk kepala. Anasuha mengeluh melihat telatah si Kembar S itu. Syawal si abang dan Syaza pula si adik.

     Tapi , bagi si Anasuha , mereka berdua ni tertukar jantina sebenarnya. Si Syaza punyalah gangster mengalahkan si abangnya si Syawal yang lembut itu. Si Syaza kalau ke kelas mesti akan lipat lengan bajunya hingga ke siku. Disebabkan perlakuannya , sudah berapa kali dia ditegur oleh Cikgu Muzakkir a.k.a Cikgu Aker , guru seni reka merangkap guru disiplin plus guru penasihat kelab sukan ragbi sekolah. Ayat paling common yang si Anasuha selalu dengar daripada Cikgu Aker tentang Syaza

“ Kau ni lelaki ke perempuan ?! Perangai cam jantan tapi muka cam betina !”

And , Syaza will answer it just like this

“ Yang cikgu ni pulak , orang ke tong drum ? Besar semacam je ?”

     Nampak tidak kekurangajaran si Syaza tu ? Kalau si Syawal ni pula , Cikgu Aker akan tanya

“ Kau ni nak jadi mak nyah ke apa ?! Tergedik-gedik macam sotong !”

And , he will say

“ Eeeeee … Cikgu ni bila lah nak kurus ? Menyampah saya tengok perut cikgu tu, “

ADIK BERADIK PALING KURANG AJAR MAKTAB = THE S TWINS (Syaza dan Syawal)

Mereka selalu menang pertandingan ni setiap kali minggu aktiviti setiap semester baru. Siapa yang buat anugerah macam tu ? Si Anasuha lah ! Dia kan Biro Tugas Khas MRSM Tumpat ini. Haha. Anugerah paling bodoh yang Anasuha pernah kemukakan “ANUGERAH PELAJAR PALING PENGOTOR MAKTAB” dan Alhamdulillah .. anugerah itu tidak pernah di muat masuk dalam list anugerah (walaupun ramai yang berminat).

     Okey , kembali ke scene di mana kelas Anasuha tersangat lah kotor macam kapal karam itu. Anasuha melihat jam di tangan. Masih ada lagi setengah jam sebelum masa prep tamat. Anasuha mencapai penyapu di belakang kelas dan mencampaknya kepada Amelia, budak paling hot kelas 5 Tawakkal merangkap student yang paling banyak pernah couple dengan senior pada zaman juniornya.

“ Eeeeee, apa ni Ana ?! “ marah Amelia sambil mengibas-ngibas baju kurungnya yang terkena habuk yang melekat pada batang penyapu itu. Syaza dan Syawal ketawa sesame mereka.

     Anasuha mendekati si Amelia dengan muka bengang. Lebih kurang 3 inci sahaja jarak muka mereka Anasuha memberhentikan langkah. Amelia kelihatan tersentak. Anasuha mencapai penyapu di tangan Amelia,

With this broom , I want you to clean up the whole class,” ujar Anasuha dengan muka selamba.

“Apa ?! You want me , the college ‘goddes’ to clean up the whole class ?! Kau ingat kau siapa , hah perempuan!? ” marah Amelia.

     Anasuha ketawa galak. “ Muka cam kau nak jadi apa dia ‘college goddes’ ? Adoi …. Beb, apa kata kau sapu aje dulu kelas ni , baru aku boleh kira kau ni dewi ke tak ..”

     Wajah Amelia berubah. ‘Perempuan comel macam aku , menyapu ? Euwwww …. ‘ bisik hatinya.

“ Kau tak payah nak ngumpat-ngumpat aku dalam hati sangatlah , aku cepuk kau karang baru tahu, cepat! Syawal , kau dengan Zahirul pergi ambil penyodok sampah kat kelas sebelah, pinjam , cakap kat diorang. Syaza , Anira , Ecah, kau orang pulak pergi pinjam penyapu kat kelas budak Form3 … Kita akan kemas kelas malam ni …” ucap Anasuha dengan penuh semangat.

     Ambik, minggu pertama sekolah … memang lah semangat nak cuci kelas. Masuk minggu ke dua dan seterusnya…

“Siapa bertugas minggu ni ??” soal Miss Aqilah, cikgu Matematik Tambahan paling cun MRSM Tumpat merangkap pengarang jantung Cikgu Aker yang perasan kacak tu.

     Semua saling berpandangan sesama sendiri. Ada yang menunjuk-nunjuk budak itu dan ini. Anasuha melihat ke jadual di papan kenyataan di belakang kelas.

“ Amelia , Sarah , Ecah , Syawal , Zahirul dan Fakhrul. Oh , tertinggal .. Aliaa sekali,” ujar Anasuha dengan selamba badaknya.

‘Eeeeeeee … kurang asam punya Ana,’bisik hati Amelia.

‘Ana, ko tunggu la waktu rehat nanti,’ bisik hati Ecah.

‘Minah ni memang kuat melapor, tahulah presiden Renjer Puteri. Sakai betul,’ bisik hati Zahirul.

     Itu adalah antara isi hati budak-budak senget yang baru sahaja Anasuha sebutkan namanya tadi. Anasuha menggeleng-geleng kepala. Miss Aqilah mencapai beg tangannya, mengeluarkan iPhone  miliknya yang dibelikan oleh Cikgu Aker sempena hari jadinya yang ke 25 tahun. ‘ Time-time nilah kau nak berbunyi,’ bisik hati Miss Aqilah.

“Hello , B .. orang ada kelas lah .. jap lagi call, okey?” bisik Miss Aqilah dengan harapan tiada siapa mendengar perbualannya. Malangnya , si Anasuha tu kan telinga lintah, memang dia dengarlah sebiji-sebiji ayat yang keluar dari mulut Miss Aqilah itu. Anasuha membuat riak hendak muntah.

     Miss Aqilah menyimpan semula iPhone nya ke dalam beg dan melihat semula ke setiap inci wajah pelajar kelas 5 Tawakkal. Tiba-tiba matanya tertancap pada wajah Anasuha yang nampak tidak puas hati.

“Ya, Ana. Is there anything wrong?” soal Miss Aqilah.

Anasuha menompang dagu di atas meja. “ Like seriously Miss … B ? That’s so childish. Miss bukannya budak-budak yang baru belajar bercinta. B cuma untuk budak-budak macam kitorang lah Miss,” ujar Anasuha dengan muka selamba cam badak.

     Habis berubah muka Miss Aqilah mendengar kata-kata Anasuha yang jenis mulut tiada insurans tu. Semua pelajar memandang Anasuha. Anasuha masih lagi dengan muka selambanya. Miss Aqilah pula pura-pura membetulkan tudungnya dengan harapan tak nampak sangat yang dia sedang cover ayu di dalam kelas. Semua pelajar saling berbisik antara satu sama lain.

PANG !!

“ Senyap semua! Abaikan apa yang baru terjadi tadi. Sekarang kita nak masuk chapter baru,” ujar Miss Aqilah.

     Anasuha mengerut dahi. “How about the class ?” soalnya.

“Abaikan… “

“But Miss ..” mulut Anasuha ditutup oleh Farrah. Anasuha meronta-ronta minta dilepaskan.

“Kau nak kena campak dalam tasik kat chalet tu ? Duduk diam-diam,” marah Farrah dengan suara perlahan sambil melepaskan Anasuha.

     Anasuha menjeling ke arah Farrah. Farrah Syahirah Suhaimi. Kawan baiknya merangkap Timbalan Presiden Badan Perwakilan Pelajar MRSM Tumpat. Pelajar yang sangat cemerlang. Budak nilah antara competitors si Anasuha. Kalau bukan Anasuha yang dapat nombor satu dalam maktab , si Farrah lah yang dapat tu. Budak jenis study hard , bukan macam si Anasuha yang lebih banyak tidur berbanding belajar. Entah otak siapa yang Anasuha ambil ni , tak tahulah. Wallahualam.

 ANASUHA meninggalkan kelasnya dengan beg duit di jari. Masa rehat, mestilah nak pergi isi perut. Elok pula masa tengah lalu di hadapan kelas budak Tingkatan 4 Tawakkal, Anasuha terserempak dengan Si Kembar Hassan Hussin. Kembar ni ialah generasi kedua kembar Syaza dan Syawal. Bukan nak kata adik-beradik,  tetapi perangai mereka 100% sama. MULUT LASER.

"Kak Ana! Kak Ana!"

     Anasuha membuat muka bengang. 'Apa yang korang nak dari aku ni …' bisik hatinya.

"Kak Ana , nak pergi ko-op ke ?" soal Hussin.

Anasuha memaniskan muka. "Tak adalah. Akak nak pergi pasar, of course I'm going to the co-op, you idiots. What kind of question is that ?!" ujar Anasuha bengang. Sudah tahu pun sibuk nak bertanya. Dah nama pun waktu rehat , takkan nak pergi main kat padang pulak !

     Hassan tersengih. "Ala, Kak Ana. Nak pergi ko-op tak ajak,"

"Ajak korang buat apa? Baik ajak Alisha ni," Anasuha menarik tangan Alisha yang sedang dalam perjalanan ke Ko-op (kut ..). anasuha tersenyum kepada Alisha.

"Kak , saya nak pergi toilet je kak. Sha puasa lah hari ni,"

DUMM !!!!

     Terasa ada loyang nak buat kek terjatuh atas kepala Anasuha. Mungkin dengan kek tu sekali. Hassan dan Hussin ketawa galak.

"Padan muka. Kami ajak pegi ko-op sekali , jual mahal …. Sekarang , lihatlah apa jadi !" ujar Hassan dan Hussin serentak. Anasuha mempamerkan jelingan mautnya kepada si kembar itu. "rasanya ada yang makan penyepak aku kejap lagi,' bisik hati Anasuha.

     Dengan pantas Anasuha berjalan meninggalkan mereka tanpa memikirkan masa depannya. Tengah-tengah dia menyumpah-nyumpah di dalam hati , tiba-tiba sebuah kamus Thesaurus yang bersaiz poket jatuh menimpa kepalanya. Apa lagi budak Anasuha ini.

"Anak siapa pulak main baling-baling kamus ni ?!!!" jerit Anasuha. Dia mendongakkan kepala.

     Kelihatan Akif sedang tersenyum sambil melambaikan tangannya kepada Anasuha. Anasuha bengang. That kid is so gonna die, fikir Anasuha. Anasuha memaniskan mukanya,

"Is this yours ?" soal Anasuha.

"Ya. Tunggu situ, saya turun ambil." ujar Akif. Dia terus hilang dari pandangan mata dan Anasuha tersentak apabila melihat Akif sedang berlari ke arahnya.

     Akif menyambut kamus poket itu dari tangan Anasuha sambil tersengih. "Maaf tau awak … classmates saya main-main dengan kamus ni. Tu yang tercampak ke bawah tu , sebab diorang main baling-baling."

     Anasuha mendongak ke atas. Maka terserlahlah wajah 3 orang budak yang terkenal dengan wajah mereka yang sering dipanggil ke bilik kaunseling. Muka popular. Faizul , Ikram dan Amal. Anasuha gemar menggelar mereka Do Re Mi alaf baru sebab mereka lah manusia paling 'huduh' perangai yang Anasuha pernah jumpa sepanjang 17 tahun hidup di bumi ciptaan Allah ini. Dah agak dah mamat 3 ekor ni , bisik hatinya. "Woi mangkuk hayun 3 ekor ?!!!" jerit Anasuha dari tingkat bawah.

     Faizul , Ikram dan Amal turun ke tingkat bawah, mendapatkan Anasuha dan Akif. "Who are you calling 'mangkuk hayun' ?" ujar Faizul , ketua Do Re Mi alaf baru ( panggilan dari Anasuha). Anasuha menghadiahkan mereka jelingan maut. Amal dan Ikram sudah menyorok di belakang Faizul. Faizul membalas dengan jelingan panahan petir. Anasuha pula membalas dengan pandangan berapi membuatkan si Ikram dan Amal semakin mengecil di belakang Faizul yang lebih kecil dari mereka.

APA KES MAIN BALAS-BALAS PANDANGAN NI ?!

Anasuha ketawa galak. Akif memandangnya pelik. " Kenapa awak gelak , Ana?"

"Can't you see ? Ikram and Amal are a lot bigger and taller from Joe , but still , the smallest one is the leader. Funny combinations you have there Joe," ujar Anasuha selamba. Akif menahan gelak. Faizul pula sudah berubah wajah mendengar kata-kata Anasuha. Dia memandang si Ikram dan Amal dengan wajah yang bengis. Amal dan Ikram tersentak.

" Besar saje ! Penakut ! Blah lah !" Faizul berjalan pergi, meninggalkan si Re dan Mi (…..?). Malu kot , kena pangkah dengan perempuan, Faizul terus berlari naik ke kelasnya di tingkat atas. Ikram dan Amal pun berlari mengejar 'bos kecik' mereka.

     Anasuha ketawa galak. Begitu juga Akif. 'Nice, aku ingat dia garang nak mampus sebelum ni,' bisik hati Akif. Anasuha tersentak, " Awak kata saya garang ?!"

Akif tersentak. Anasuha menutup mulut. Akif memandang Anasuha dengan wajah yang penuh dengan tanda tanya, " Macam mana awak tahu isi hati saya ?!"

Anasuha melihat jam tangannya,"Got to go. Rehat nak habis dah, nice talking to you !" dengan pantas dia berjalan meninggalkan Akif. Hampir-hampir nak kantoi tadi, bisik hati Anasuha.

     Tak boleh nak imagine kalau seluruh maktab tahu yang Anasuha ni boleh baca fikiran orang lain. People might says that she's a freak ! lebih-lebih lagi kalau si Amelia dengan geng dia tu tahu. Haru-biru hidup si Anasuha ni agaknya.