ANASUHA
tersenyum
melihat Shamsul yang asyik tersenyum-senyum memandangnya. Anasuha agak lega
setelah memberitahu Shamsul mengenai kelebihannya. Semakin lega apabila Shamsul
tidak menggelarnya freak seperti orang lain yang pernah dia beritahu
sebelum ini. Contohnya, Huda yang totally
freak out bila Anasuha bagitahu
mengenai kelebihannya yang satu itu.
"Aku
boleh baca fikiran orang," ujar Anasuha dengan mukanya yang tiada perasaan
seperti selalunya.
"Kau
boleh baca fikiran orang? Eeee… kau ni pelik gila! Macam mana kau boleh baca
hah? Apa yang kau selalu baca pada pemikiran orang? Nanti, maknanya kau boleh
dengar isi hati akulah ni?!! Ap…" soalan Huda yang bertalu-talu membuatkan
Anasuha terus menutup mulut Huda dengan menyumbatkan sapu tangan ke dalam.
"Yang
kau nak beria-ria sangat ni kenapa?!" soal Anasuha dengan nada marah.
Anasuha melihat pula ke arah Suraya.
Senyap aje. Kemudian, Suraya bangkit dari katil Anasuha dan duduk pula di atas
katilnya. Menyambung semula kerjanya yang terbengkalai.
"Alah,
benda macam tu tak pelik pun," ujar Suraya. "Tu kan perkara
biasa," tambahnya lagi.
"TJ 2 TJ 2 !!!"
Anasuha tersentak apabila Shamsul menarik tudungnya.
"Dah sampai taman
awak," ujar Shamsul.
"Oh," hanya itu yang
mampu terluah dari mulut Anasuha. Dia bangkit dari tempat duduk. Shamsul
mengekorinya dari belakang sehinggalah dia turun dari bas.
Anasuha membuat muka pelik, "Kenapa
kau turun kat sini, hah? Rumah kau kat hujung dunia sana!," ujar Anasuha.
Dia berdiri menghadap Shamsul dengan muka tidak puas hati.
Shamsul hanya tersenyum,
"Saja. Saya nak hantar awak balik,"
Anasuha membelakangi Shamsul dan
mula berjalan pulang. Shamsul mula hairan. Biasanya, aku akan kena pukul, bisik
hati Shamsul.
Anasuha menoleh ke belakang,
"Kau nak ke kena pukul
dengan aku?" soal Anasuha.
Shamsul tersentak. Lupa pula dia
dengan kelebihan Anasuha yang satu itu.
"Tak! Tak! Tak!"
ujarnya kelam kabut. Shamsul berjalan beriringan dengan Anasuha, dengan
senyuman gembiranya kerana boleh berjalan seiringan dengan Anasuha tanpa di-smackdown oleh Anasuha. Biasanya, jalan
di belakang Anasuha pun pasti akan di belasahnya. Tapi, pada kali ini,…
bahagianya…., bisik hati Shamsul.
"You wanna die?" soal Anasuha sambil mencengkam kolar baju
Shamsul. Shamsul tersentak. Baru sahaja nak rasa bahagia, tiba-tiba kena pula?
"Kenapa pulak ni, Ana?"
soal Shamsul.
"Sakit hatilah, dengar apa
yang kau cakap dalam hati," ujar Anasuha. Dia melepaskan cengkaman
tangannya pada kolar baju Shamsul dan meneruskan perjalanan. Meninggalkan
Shamsul di belakangnya.
Shamsul terus mengejar Anasuha dengan
sengihannya. Anasuha hanya tersenyum dengan perlakuan si Shamsul. Kadang-kadang
dia sengaja mengetuk kepala Shamsul dan ketawa macam orang gila.
"Kita kawan kan?" soal
Shamsul dengan senyuman. Anasuha hanya tersenyum. Sampai sahaja di rumah
Anasuha, Shamsul melambai dan berjalan pergi. Anasuha hanya melihat kelibat
Shamsul sehingga hilang dari pandangan.
ANASUHA
melihat ke luar
tingkap kereta api. Damai sahaja bumi Kelantan ini. Dengan sawah padinya,
kanak-kanak bermainnya, sangat mendamaikan. Itulah untungnya kalau menaiki
kereta api pada waktu tengah hari. Boleh melihat ke luar tingkap sebab siang.
Kalau malam, sudah tentu tidak nampak apa-apa. Keputusan SPM akan keluar pada
hari esok, jadi pada malam ini dia akan bermalam di rumah Suraya di Wakaf Bharu,
berhampiran dengan MRSM Tumpat kesayangan mereka.
Tengah-tengah dia enak melayani perasaan
yang damai, tiba-tiba telefonnya mengiau. Apabila dia melihat ke skrin, nama
Suraya terpampang di situ.
Kau
sampai pukul berapa mek?-Sue
Dengan pantas Anasuha membalas,
Aku
dah kat Pasir Mas, ready je ah.-Na
Anasuha menyimpan semula telefon bimbitnya
ke dalam beg. Sebentar lagi dia bakal tiba di bandar Wakaf Bharu. Begnya yang
bersaiz sederhana di bawa turun dari tempat beg. Budak lelaki di sebelah
tempatnya masih nyenyak tidur, padahal mereka turun di tempat yang sama.
Anasuha mengetuk kepala budak tersebut,
"Woi budak, dah nak
sampai!" ujar Anasuha. Dia memperkemaskan tudungnya dan baju sejuk yang
dipakainya dan bersiap sedia hendak turun. Dia memandang semula budak di
sebelahnya,
'Aih, tadi suruh aku kejut
sangat,' bisik hatinya.
Anasuha mengetuk kepala budak lelaki
tersebut dengan lebih kuat, "Woi dah sampai lah woi!" ujar Anasuha.
Budak lelaki tersebut tersentak dan
terpisat-pisat di sebelah Anasuha. Dia menggosok-gosok matanya dan kemudian dia
menguap. Paling tidak senonoh, dia menguap tanpa menutup mulutnya. Anasuha mula
membuat muka meluat,
"Nampak anak tekak
kau," ujarnya bengang. " Kau ni tak belajar sivik ke apa? Tak senonoh
langsung," tambahnya.
Sampai sahaja di stesen Wakaf Bharu,
Anasuha terus turun tanpa menghiraukan budak lelaki tersebut. Dia mencari-cari
kelibat Suraya di stesen tersebut. Budak ni kalau tak datang dalam sepuluh
minit, memang aku cari hotel kat Tumpat yang dekat dengan maktablah!
Seminit lagi.
Sepuluh.
Sembilan.
Lapan.
Tujuh.
Enam.
Lima.
Empat.
Tiga.
Dua.
"Ana!!!!!"
Anasuha menoleh ke arah empunya suara. Dia
terlihat Suraya sedang melambai-lambai tangan ke arahnya. Dia tersenyum
sendiri. Mujur tak lewat. Kalau tak, memang dia sudah tekad ingin mencari hotel
di bandar Tumpat sahaja nanti.
"Mana beg kau?" soal
Suraya apabila melihat Anasuha hanya menjinjit beg yang kecil sahaja.
Seolah-olah hanya membawa diri sahaja.
"Ni," Anasuha
menayangkan beg kecil pada tangannya.
Suraya mencapai beg tersebut dari tangan
Anasuha, "Ini aje yang kau bawak?" soalnya.
Anasuha hanya mengangguk. Dia membuat muka
seposennya dan berjalan pergi.
"Bawa beta ke kereta,"
ujarnya dengan suara berlagak.
Suraya memukul belakang Anasuha dengan
begnya dan ketawa. Anasuha juga turut ketawa. Suraya membawa Anasuha ke kereta
milik bapanya.
"Kau drive?" soal Anasuha.
Suraya membuat muka berlagak,
"See the leg lah …." Ujar Suraya. Dia mencampak beg Anasuha ke
tempat duduk belakang dan bergerak ke tempat pemandu dengan gaya berlagaknya.
Anasuha hanya tersenyum dengan keletah kawannya yang satu ini.
Sambil memandu, Suraya mula bertanya itu
ini, dan Anasuha , walaupun penat, dia masih melayan budak Suraya yang banyak
mulut ini. Soalan paling cepumas,
"Kau dah ada pakwe?"
Anasuha ketawa galak apabila Suraya
mengutarakan soalan itu. Suraya hanya memandang
sekilas wajah Anasuha yang sedang galak ketawa itu. Dia mula merasa
hairan,
"Aku tanya kau gelak pulak, pasal ape?" soal
Suraya.
"Tak adalah. Soalan kau tu
yang kelakar," jawab Anasuha.
"Aku tanya kau ada pakwe tu
kelakar ke ?" soal Suraya.
" Eh, kejap. Aku baru
perasan. Mana slang Kelantan kau?" soal Anasuha, cuba menukar topik.
"Owh, kan aku masuk PLKN
baru ni. Mestilah kena kawal slang Kelantan," ujar Suraya sambil ketawa kecil. Dia langsung tidak perasan yang Anasuha telah menukar topik.
"Owh … selain kau, siapa
lagi yang dapat masuk PLKN? Yang dapat tempat sama dengan kau?" soal
Anasuha dengan riak wajah ingin tahu.
Dan Suraya pun mula bercerita itu dan ini.
Anasuha. Sangat pakar dalam mengubah topik perbualan. Terutamanya kalau berbual
dengan manusia RAM lembab macam Suraya ini.
"ANASUHA!!!!!!"
Jeritan dari Farrah membuatkan
telinga Anasuha hampir pekak. Punyalah excited
budak Farrah ini apabila bertemu Anasuha. Huda di sebelahnya nampak rileks
sahaja.
"Kau kat sini berapa
lama?" soal Huda.
"Aku balik kereta api pukul
enam dari Tumpat. So, lepak dulu kat
sini sampai petang." Ujar Anasuha.
"Ala, kenapa tak duduk lama
sikit?" soal Farrah.
Anasuha tersenyum, "Aku
kerjalah esok,"
"Woi minah-minah hot sekarang!!" jerit Amirul dari
jauh.
Anasuha, Huda, Suraya dan Farrah
menoleh ke arah tuan empunya suara. Kelihatan Amirul sedang berdiri bersama
ahli-ahli BWP yang lain. Akif juga di situ sedang memerhatikan Anasuha dari
jauh. Suraya menarik tangan Anasuha pergi ke arah mereka. Diikuti Farrah dan
Huda.
"Apa khabar wahai hamba
kuliku?" soal Zulharith dengan senyuman.
"Excuse me. Bekas, okey?" ujar Farrah.
"Apa-apa ajelah," jawab
Zulharith. Dia memandang Anasuha yang sedang ralit berbual dengan Akhtar dan
yang lain. Sekejap dia melihat Anasuha mengetuk kepala Akhtar , kalau tidak pun
kepala Amirul. Anasuha memang rapat dengan mereka dalam BWP.
Suasana menjadi senyap apabila terlihat
Cikgu Khairul datang menampal keputusan peperiksaan di papan kenyataan. Sebaik
sahaja kertas itu siap ditampal, Cikgu Khairul terus berlari pergi kerana
takut dirempuh oleh semua pelajar yang
ingin melihat keputusan SPM masing-masing.
Anasuha tersenyum melihat result sendiri. Huda yang sedang berdiri
di sebelahnya membuat muka suspicious.
"Kau dapat berapa beb?"
soal Huda.
Anasuha hanya tersenyum, dan meninggalkan
mereka untuk masuk ke dalam dewan untuk mengambil slip keputusan SPM.
No comments:
Post a Comment