Wednesday, 29 October 2014

Chapter Tuwenti #,#



ANASUHA tersenyum sendirian. Shamsul yang sedang ralit menyapu habuk di sekeliling kedai mula merasa hairan. Dia berjalan ke arah Anasuha yang sedang sibuk menyimpan wang di dalam mesin duit di kaunter. Dia memandang sahaja Anasuha yang masih tidak berhenti tersenyum dari tadi. Dari mula buka kedai, sampai kini, senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.

"Awak ni asyik senyum aje, kenapa?"

     Soalan yang terpacul dari mulut Shamsul membawa Anasuha kembali ke alam nyata. Anasuha berpura-pura cool dan menyusun barang di atas kaunter.

"Saya tanya, yang awak asyik senyum ni kenapa?" soal Shamsul lagi.

     Anasuha kebengangan. Aku nak senyum tak boleh ke, bisik hatinya. Dia mencengkam leher baju Shamsul,

"TAK BOLEH KE KALAU AKU NAK SENYUM?!!!!!" soalnya dengan suara yang lantang sehingga kedengaran satu lot kedai. Shamsul menggeleng kepala.

"Saya tak cakap tak boleh. Tapi saya pelik kenapa awak asyik senyum. Tu aje," jawab Shamsul dalam keadaan takut-takut. Anasuha melepaskan cengkamannya pada leher baju Shamsul.

"Kau yang cakap, senyum tu sedekah lah, awet mudalah… " Anasuha membebel sendirian. Shamsul membetulkan kolar leher bajunya. Dia mengomel-ngomel sendirian. Anasuha yang terdengar omelannya dengan pantas mencengkam leher baju Shamsul,

"Nak membebel, pergi jauh-jauh. Telinga aku ni sensitif pada bunyi," ujar Anasuha. Dia melepaskan Shamsul dan berlalu pergi ke belakang.

SHAMSUL tersenyum kepada pelanggan lelaki yang masuk ke dalam kedai. Anasuha pula sibuk menyusun barang di bahagian belakang.  Jadi, Shamsul terpaksalah melayan pelanggan sepertimana dia selalu buat. Shamsul mengikut belakang pelanggan tersebut. Pelanggan tersebut ke bahagian belakang, Shamsul ikut. Pelanggan itu ke rak depan, Shamsul ikut. Sampai penat juga si Shamsul ini mengikut belakangnya.

     Anasuha yang ternampak perilaku Shamsul yang asyik mengikut pelanggan tersebut memandangnya pelik. Sesekali Shamsul akan memandangnya dengan pandangan yang menunjukkan bahawa dia sedang penat. Mamat ni nak apa, bisik hati Anasuha.

     Anasuha menarik kolar leher baju Shamsul dan menyuruhnya pergi,

"Encik, kalau nak jalan-jalan bukan kat sini. Pergilah taman ke, Cameron Highlands ke nak pergi jalan. Lagi satu, kalau setakat datang nak jalan-jalan kat sini, mohon balik ye. Kalau mengikut kiraan saya dah dekat sejam awak kat sini," ujar Anasuha selamba dengan muka tiada perasaan.

"Macam ni awak treat pelanggan?" soal lelaki tersebut.

"Saya bukan nak kurang ajar. Saya cuma menyatakan hal yang benar. Saya tak expect  yang awak ni nak beli sesuatu dari kedai ni. Lainlah kalau awak sebenarnya ada niat nak mencuri. Awak sengaja nak penatkan rakan sekerja saya supaya dia tidak ikut awak, dan kerja awak pun jadi senang, kan?" serangan bom nuklear dari mulut Anasuha terus memangkah kata-kata lelaki tersebut.

     Muka lelaki tersebut menjadi lain. Mana budak ni tahu, bisik hati lelaki tersebut. Anasuha hanya tersenyum,

"Kalau awak ada niat macam tu, mohon keluar sebelum saya…."

     Shamsul menutup mulut Anasuha. "Maafkan dia, encik. Dia memang selalu macam ni. Jangan salah faham, ya?"

     Anasuha memandang Shamsul. Pandangan matanya berapi-api. Budak ni bila datang lembab dia, bisik hati Anasuha. Anasuha dengan pantasnya mengalih tangan Shamsul yang asyik menutup mulutnya. Aura hitam mula mengelilingi segenap ruang di dalam kedai itu. Shamsul hanya terdiam.

"Sebelum awak nak teruskan niat awak, saya nak pesan sesuatu. Kalaulah awak dapat curi sesuatu pun dalam kedai ni, awak jangan ingat awak akan terlepas. Walaupun kedai ni tiada CCTV, tapi mata saya boleh nampak semua perlakuan para pelanggan kedai ni," Anasuha berlalu pergi meninggalkan Shamsul dan pelanggan lelaki tersebut.

     Wajah lelaki tersebut mula berubah. Dengan pantas dia keluar dari kedai meninggalkan Shamsul di situ dalam keadaan terpinga-pinga. Shamsul segera mendapatkan Anasuha yang sudah menyambung kembali kerjanya yang tergendala akibat melayan pelanggan tadi.

"Errr…. Apa kes sebenarnya tu?" soal Shamsul takut-takut. Manalah tahu, tiba-tiba Anasuha mengamuk pula ke.

     Anasuha mengangkat tangannya untuk mengetuk kepala Shamsul. Dengan pantas Shamsul menunduk untuk mengelak. Anasuha tersentak. Shamsul berdiri sambil membela-bela rambutnya.

"Owh, dah pandai mengelak ya sekarang?" Anasuha ketawa kecil. Shamsul hanya tersenyum.

"Mestilah, saya practice tiap hari tau, cara nak elak dari kena pukul dengan awak," ujar Shamsul dengan muka bangga. Dia membetulkan pula kolar leher bajunya. Anasuha hanya tersenyum hambar. Malas hendak melayan Shamsul yang kadang kala suka buatnya terasa annoying.

     Shamsul teringat sesuatu. Lupa sudah dia pada soalan dia yang masih tidak terjawab tadi. Anasuha memang pandai dan cekap dalam bidang mengubah topik, bisik hati Shamsul.

     Anasuha menoleh ke arah Shamsul. Dia mencengkam leher baju Shamsul,

"Kau mengumpat aku dalam hati ye?!" soal Anasuha dengan nada yang kuat.

     Shamsul menggeleng-geleng, "Saya tak ngumpat awak. Saya Cuma cakap yang awak sangat pandai dalam ubah topik. Tadi kan saya tanya awak, apa kes dengan mamat tadi. Awak lupa?"

     Anasuha melepaskan cengkamannya pada leher baju Shamsul,

"Sebenarnya, aku pun lupa yang kau tanya. Kaulah, pergi elak pukulan aku tu," ujar Anasuha, cuba ingin menyalahkan Shamsul pula.

Shamsul membuat muka terkejut, "Eh, saya pulak yang kena?"

     Anasuha membulatkan matanya, "Habis tu kau nak cakap aku?”

Shamsul menggeleng kepala. Dengan budak macam Anasuha ni, dia hanya mampu mengalah kalau tidak mahu makan pakai kaki. Kalau dia melawan, bukannya makan pakai kaki nanti. Silap-silap makan pakai tangan orang lain pula (maksudnya ada yang tolong suaplah).

"Dahlah, cakap dengan awak ni, asyik kena alih topik aje. Jawablah soalan saya tadi," ujar Shamsul, kebengangan sudah.

Anasuha menggaru-garu kepalanya, "Apa soalan kau tadi?" soalnya.

FAKTA : Anasuha memang sangat pandai. SPM pun semua A+. pelajar contoh apa semua, tapi ketahuilah bahawa Anasuha sangat pelupa. Lagi satu, kalau masa peperiksaan, Anasuha akan hanya gunakan short term memory nya.

     Shamsul mengeluh. Dia memandang Anasuha dengan wajah simpati. Anasuha mengerut dahi,

"Dah kenapa kau pandang aku dengan muka simpati macam tu?" soal Anasuha kehairanan.

     Shamsul menyentuh bahu Anasuha dengan kayu pengurut belakang yang terjual di dalam kedai tersebut. Mukanya masih lagi dengan riak simpati. Anasuha menggaru-garu kepalanya lagi,

"Kenapa kau?" soal Anasuha lagi.

"Tak sangka, sehebat-hebat awak, awak ni pelupa ye," ujar Shamsul dengan muka kasihan.

     Anasuha menjuih bibir, "Alah, bukan selalu pun. Cepatlah, kau tanya apa tadi?" soal Anasuha.

"Saya tanya, apa kes dengan mamat tadi, awak ni …" ujar Shamsul. Dia menyimpan semula pengurut belakang yang dia guna untuk menyentuh bahu Anasuha tadi ke tempat asalnya.

"Owh, pasal tu. Dia nak mencuri lah. Sebab tulah dia sengaja ke hulu ke hilir buat-buat cari barang, sebab nak penatkan kau. Nak suruh kau jangan ikut dia. Kau apa tahu," ujar Anasuha. Dia menyambung semula kerjanya.

     Shamsul terangguk-angguk. Dia memandang ke arah Anasuha yang sudah bergerak ke kaunter,

"Bagus juga ya, ada pekerja macam awak," ujar Shamsul kepada Anasuha sambil tersenyum. Anasuha memandang ke arah Shamsul. Dia tersenyum sambil menunjuk isyarat menyuruh Shamsul agar menyimpan rahsia.
 
 ANASUHA masih lagi sibuk menyusun stok baru di belakang apabila seorang pelanggan lelaki masuk ke dalam kedai. Shamsul seperti biasa dengan senyuman menyambut pelanggan tersebut. Namun, pelanggan tersebut terus masuk ke dalam kedai seolah-olah sudah biasa masuk ke dalam kedai ini. Shamsul mengerut dahi. Kenapalah sejak dua menjak ni ada je pelanggan lelaki masuk sesuka hati mereka aje, bisik hati Shamsul.

"Adik saya ada?" soal lelaki tersebut kepada Shamsul, membuatkan Shamsul terpinga-pinga.

"Adik?" soal Shamsul blur-blur.

"Anasuha? Saya Anas, abang dia," ujar Anas dengan muka ingin cepat.

"Oh, ya ke? Nanti kejap ye?" Shamsul meninggalkan Anas dan bergerak ke arah tempat Anasuha menyimpan stok. Dia berjalan sepantas mungkin.

Anasuha yang sedang ralit membuat kerja berdiri untuk melonggarkan tulang pinggulnya yang sudah menegang akibat terlalu lama duduk mencangkung. Apabila dia ingin bergerak ke belakang, dia tersentak apabila melihat Shamsul sedang berdiri di belakangnya tiba-tiba.

"Oi, kalau aku ada sakit jantung, dah lama aku mati kau tahu?!" ujar Anasuha sambil mengurut-ngurut dadanya yang tiba-tiba berdegup kencang. Bukan berdebar sebab apa, tapi sebab terkejut yang amat.

Shamsul tersengih-sengih. Dia menjarakkan dirinya lebih kurang satu meter daripada Anasuha untuk keselamatan kepalanya. Kalau tidak, kepalanya pasti sudah akan di ketuk ataupun di pukul dengan tragis.

"Yang kau sengih-sengih kenapa?" soal Anasuha. Dia bergerak ke arah Shamsul. Shamsul mula mengecil apabila tangan Anasuha sudah mula diangkat.

"Abang awak kat depan," ujar Shamsul dengan pantas.

     Anasuha tersentak, "Dah kenapa abang aku kat sini?" soalnya. Dia menolak Shamsul ke tepi dan terus mendapatkan abangnya. Shamsul hanya mengikut dari belakang secara perlahan.

"Nak apa?" soal Anasuha. Dia melihat jam yang terlekat pada tangan kirinya. "Aku bagi masa seminit untuk kau cakap sebab aku ada kerja yang bertimbun kat belakang," tambah Anasuha.

     Anas membuat muka duckface dengan harapan ia nampak cute pada pandangan Anasuha. Anasuha membuat muka temboknya. Tiada perasaan. "Kau ingat kau nampak cute dengan muka kau yang macam tu?" ujar Anasuha selamba.

     Anas kebengangan. Seumpama ada loyang buat kek jatuh menimpa kepalanya apabila mendengar ayat pedas dari mulut Anasuha.

"Malam ni mama nak ajak kita makan sekali. Anas malas nak join," ujar Anas. Dia memegang tangan Anasuha. "Kau kan tahu apa mama akan tanya bila aku ada kat rumah…." sambung Anas.
Anasuha tersenyum sinis,

"Anas, kau dah umur dua puluh lima dah tahun ni, bila kau nak cari menantu untuk mak? Mak dengki tengok kawan-kawan mak. Anak depa umur dua puluh tiga pun dah anak dua orang kau tahu?" Anasuha imitates Puan Anim apabila dia berbual tiga beranak.

     Shamsul yang mendengar dari jauh tergelak di dalam hati. Lawak betul keluarga Ana ni, bisik hatinya. Anasuha yang terdengar isi hati Shamsul, memandangnya dari jauh. Pandangan matanya yang sangat menyeramkan ditayang kepada Shamsul. Shamsul dengan pantas bergerak kebelakang, membantu Anasuha membereskan kerjanya yang tertangguh gara-gara Anas ingin bertemunya.

     Anas mengeluh, "Sedangkan kau sendiri dah hafal ayat mama. Aku yang dengar ni, tadah telinga aje. Bolehlah ya, kau tolong Anas. Kali ini saja?" Anas memegang tangan Anasuha dengan penuh harapan.

"Habis tu, kau nak suruh aku dengar mama membebel pasal kau?" soal Anasuha pula.

Anas mengangguk, "Itulah yang semolek-moleknya Anasuha oi," ujar Anas dengan muka selamba.

     Anasuha mencengkam leher baju Anas. Anasuha mendekatkan telinga Anas pada wajahnya.

" KAU INGAT AKU NI APA???!!!!" jerit Anasuha pada telinga Anas.

     Seperti renjatan elektrik, sebagaimana Shamsul selalu kena, Anas menepuk-nepuk telinganya yang bakal pekak. Shamsul yang melihat, agak terkejut kerana dia fikir hanya dia sahaja yang kena sebegitu rupa oleh Anasuha.

"Kau balik jelah rumah malam ni. Kalau tak aku bagitahu mama yang kau datang kedai merayu kat aku suruh tipu mama. Kau tak nak kan … mama keluarkan pisau daging dia untuk sembelih kau?" Anasuha cuba menakut-nakutkan Anas.

     Anas sudah mula terbayang keadaan tersebut. Dia memandang Anasuha yang sudah tersenyum sinis,

"Ah, dahlah. Nanti Anas balik lah!" Anas dengan pantas berlalu pergi dari situ. Semakin lama dia melihat wajah Anasuha, makin terbayang-bayang dia dengan pisau daging milik ibunya.

      Anasuha tersenyum puas. Seronok mengenakan abang sendiri. Lebih-lebih lagi kalau penakut macam Anas. Bawa kereta macam pro, makan dengan mewah, kerja pun pangkat besar, tapi bila datang ibunya dengan hal-hal berkaitan dengan kahwin, dialah manusia paling lemah yang ada di muka bumi ini.

     Shamsul yang perasan yang abang Anasuha telah pergi segera bangkit dari tempat kerjanya dan mendapatkan Anasuha. Dia ingin tahu apa yang terjadi. Almaklum, kalau dicuri-curi dengar tadi, ada kaitan dengan kahwin.

"Kenapa kau?" soal Anasuha apabila melihat Shamsul datang mendapatkannya.

     Shamsul berdiri di hadapan Anasuha dengan wajah ingin tahu, "Kenapa dengan abang awak tu?" soal Shamsul.

     Anasuha tersenyum sinis,

"Mak aku. Hari ni dia ajak abang aku makan kat rumah… Dia .."

"Abang awak kenapa?" potong Shamsul.

     Anasuha mengetuk kepala Shamsul, "Kau ni aku tak habis cakap lagi."

Shamsul menggosok-gosok kepalanya yang sakit akibat penangan Anasuha. ""Teruskan lah …" ujarnya perlahan.

"Macam ni, mak aku ajak dia balik makan malam kat rumah hari ni. Abang aku duduk dekat Damai Court. Dekat dengan tempat kerja dia. So, mak aku terlebih rindu nak membebel pada dia kut, tu yang dia ajak balik rumah tu. Mak aku ni pulak kisahnya macam ni. Abang aku bulan depan dah masuk dua puluh enam. Mak aku ni sibuk nak kan menantu. Almaklum, anak-anak dia cuma aku dengan Anas aje. Kalau aku, mak aku mana bagi. Masuk U pun belum lagi, nak kahwin. Memang haramlah mak aku nak bagi. Jadi, abang akulah jadi mangsa…"

"Jadi, abang awak nak lari dari mak awak lah ye?" Shamsul cuba meneka.

     Anasuha mengangguk perlahan dengan muka simpati. Muka simpati yang khas untuk abangnya. Shamsul terangguk-angguk. Dia mula faham situasi yang sedang berlaku. Anasuha tiba-tiba menepuk mukanya dengan kuat, membuatkan Shamsul tersentak,

"Kenapa pukul saya?" soal Shamsul tidak puas hati.

"Jom dinner rumah aku. Kau kan selalu seorang je kat rumah kau kat hujung TJ tu. Jomlah," ujar Anasuha dengan senyuman.

     Shamsul ragu-ragu,

"Tak payahlah. Lagipun nanti menyusahkan mak awak pula," ujar Shamsul perlahan. Lagipun dia bukannya sesiapa pada Anasuha. Nanti buatnya mak dia fikir lain, matilah aku, bisik hati Shamsul.

"Tak mati pun. Paling teruk pun mak aku akan keluarkan pisau daging dia," ujar Anasuha.

     Shamsul tersentak, "Pi .. pisau daging?"

"Haah… pisau daging. Kenapa, kau takut?" soal Anasuha dengan nada suara yang menyeramkan.

Shamsul menelan air liur. Pisau daging. Pisau daging. Pisau daging. Hanya itu yang bermain di fikirannya. Anasuha mengetuk kepala Shamsul dengan kayu pengurut belakang membuatkan Shamsul menjadi gelabah.

"Alah, jom jelah. Mak aku takkan bunuh kaulah!" ujar Anasuha. Dia mula berjalan meninggalkan Shamsul untuk menyambung kembali kerjanya yang terbengkalai akibat kedatangan abangnya yang tidak diundang itu.

     Shamsul menelan air liur lagi. Dalam fikirannya sekarang hanya terbayang pisau daging milik ibu si Anasuha.

TO BE CONTINUED ~~~~

No comments:

Post a Comment