Monday, 12 May 2014

Chapter Sixteen (_ _ *)''

ANASUHA membuat muka tidak puas hati, annoyed dan macam-macam lagilah. Sudah dua bulan lebih dia bekerja di kedai serbaneka ini dan sepanjang dua bulan ini, tidak pernah dia merasa sebegitu sehinggalah manusia hamba Allah yang bernama Shamsul ini muncul. Sepanjang masa , sepanjang hari, dia akan melihat Anasuha dengan muka terujanya, sama seperti kali pertama mereka bertemu.

     Petang itu semasa waktu rehat, Anasuha meminta izin untuk keluar ke kedai makan di sebelah kedai tersebut, dan pada masa itulah Shamsul juga meminta izin untuk turut sama keluar. Apabila keluar dari kedai,

"Kau kenapa hah, suka sangat ikut aku ?!" marah Anasuha. Langkahnya sengaja di gerakkan sepantas mungkin.

"Sebab saya rasa awak sangat cool," ujar Shamsul dengan muka tidak bersalah. "Tak boleh ke saya nak berkawan dengan awak?" soal Shamsul dengan penuh harapan.

     Anasuha menghentikan langkahnya,

"Dengan appearance kau yang macam nerd tahap gaban ni, tak ada sape nak kawan dengan kau. Kau tahu tak?" ujar Anasuha selamba dan meneruskan kembali perjalanannya.

     Okey, ceritanya begini. Rupa si Shamsul ni tak adalah seteruk yang korang sangka. Mukanya okey dan kalau ikutkan jambulah juga. Rambut ? Sikat tepi macam orang zaman 60-an. Dan pakaiannya, baju berkolar dan butang kolar di pakai sehingga kalau boleh nak cekik leher tu dengan kolar baju tu. So, korang cubalah bayangkan macam mana ya?

     Shamsul melihat dirinya sendiri, kemudian dia kembali mengikut Anasuha.

"Teruk sangat ke rupa saya ni?" soal Shamsul dengan muka kasihan.

     Anasuha menghentikan langkahnya. Dia berdiri menghadap Shamsul.

"Dengan butang baju sampai nak tercekik, dengan rambut skema macam Mr.Bean, siapa yang nak kawan dengan kau, hah ? Tu, tengok tu," Anasuha menunjuk ke arah mulut Shamsul yang sentiasa terbuka sedikit,
"Kau ni tak reti tutup mulut ke, hah? Tak takut ke kalau lalat ke lipas ke masuk?!" tambah Anasuha dengan mean-nya.

     Shamsul tersentak,

"Kejamnya awak," ujar Shamsul perlahan.

Anasuha mencengkam leher baju Shamsul,

"Ya, aku memang kejam. And just to let you know, I can be a lot meaner than I am right now,"

     Anasuha melepaskan cengkamannya pada kolar baju Shamsul dan berlalu pergi.

'She really is mean…'

Anasuha menundukkan kepala,

'Maaf,'



ANASUHA duduk di hadapan bosnya bersama ahli-ahli pekerja yang lain. Dengan muka bosannya, Anasuha mencapai telefon pintarnya dan mula bermain game. Shamsul pula hanya duduk di tempat paling hujung, melihat keadaan sekeliling. Takut Anasuha terasa annoying pula kalau dia duduk berdekatan dengannya.

"Ana! Simpan phone awak tu kejap. Nanti sambung balik main game  awak tu," ujar Kak Nora selaku bos di kedai serbaneka ini.

    Anasuha menyimpan telefon bimbitnya ke dalam poket seluar, "Ala, akak yang lambat saya pulak yang dipersalahkan," ujarnya selamba.

     Kak Nora membuat peace kepada Anasuha. Anasuha hanya membuat muka seposennya.

"Okey, hari ni akak nak bagi jadual shif baru untuk korang. Almaklum, ada yang tidak puas hati dengan jadual sebelum ini, nak buat macam mana," mata Kak Nora mengerling ke arah Ayuni dan Fahmi.

     Ayuni dan Fahmi. Si Romeo dan Si Juliet. Si Bunga dan Si Kumbang. Si Gajah dan Si Semut Merah. Macam-macam si lagi lah. Budak dua orang ni, dah couple since darjah enam tau. Sekolah menengah sama. Kelas sama. Senang cerita since darjah enam lah tak pernah berpisah. Macam belangkas pun ada. Rumah pula dekat-dekat. Memang senang jalan cerita percintaan depa ni, bisik hati Anasuha.

"Anasuha!"

     Anasuha tersentak, dia memandang muka Kak Nora,

"Awak shif pukul sepuluh pagi sampai empat petang dengan Shamsul, okey?" ujar Kak Nora.

     Spontan mata Anasuha membulat. Dengan muka tidak puas hati, Anasuha membalas,

"Tak okey langsung kak! Saya tak nak kerja dengan budak ni!" ujar Anasuha.

"Eh, awak kenapa hah, tak puas hati dengan saya?!" Shamsul bangkit menuju ke arah Anasuha.

     Anasuha mencengkam leher baju Shamsul seperti biasa,

"Sebab, kau nerd!!!!" jawab Anasuha.

     Ayuni dan Fahmi cuba menjernihkan keadaan. Kak Nora pula hanya meneruskan pembacaan shif untuk para pekerja lain. Membiarkan Anasuha dan Shamsul bergaduh di belakang. Para pekerja lain bukannya ralit mendengar shif mereka, tetapi lebih ralit melihat pergaduhan antara Shamsul dan Anasuha. Macam-macam benda keluar dari mulut mereka berdua,

"Kau mulut dah lah asyik ternganga!" jerit Anasuha.

"Awak tu dahlah kejam macam pembunuh. Kata-kata awak tu boleh buat orang bunuh diri tahu tak ?!" balas Shamsul.

"Kau diamlah Tembikai! Dahlah suka makan tembikai, lepas tu makan macam mulut bocor. Oh, aku lupa. Kau kan suka nganga mulut. Hahahahaha….." Anasuha membaling bom nuklearnya.

     Para pekerja yang mendengar pergaduhan mereka bersama Kak Nora serentak menggeleng kepala. Kesudahannya, Kak Nora hanya menampal kertas yang bertulis jadual shif mereka di papan kenyataan. Shamsul dan Anasuha? Sampai ke sudah non-stop bergaduh.



ANASUHA membuat muka bengang sepanjang bekerja. Hanya dengan pelanggan sahaja dia mempamerkan senyuman manisnya. Hari ini, dia bekerja di bahagian kaunter dan Shamsul bekerja sebagai pelayan pelanggan. Lagipun, itu memang salah satu specialty  si Shamsul ini. Melayan pelanggan. Sikapnya yang suka bercakap, memang sangat membantu. Promote barang pun budak Shamsul ni terror. Kadang-kadang itu, dia sanggup memakai maskot ataupun membuat tarian pelik semata-mata untuk menarik perhatian pelanggan.

     Anasuha mencampak sebotol air mineral kepada Shamsul sebaik sahaja Shamsul masuk ke kedai selepas melayan pelanggan sehingga ke luar kedai. Nampak, Anasuha bukannya kejam sangat pun. Kadang-kadang aje.

"Thanks," ujar Shamsul.

     Anasuha hanya mengangkat tangan. Dia sudah biasa begitu. Shamsul duduk di sebuah kerusi di hadapan kaunter. Kali ini dia ingin berbaik-baik dengan Anasuha.

"Awak ni baik juga ya?" ujar Shamsul.

     Shamsul tidak sedar, bahawa kata-katanya itu boleh mengundang spekulasi lain di dalam kepala otak Anasuha. Anasuha dengan muka bengang, berjalan ke arah Shamsul dan mencengkam leher baju Shamsul yang sedang minum air tatkala itu. Habis tersembur air yang Shamsul minum sebaik sahaja Anasuha mencengkam leher bajunya.

"Habis tu, ni! Air yang aku bagi ni apa?!" soal Anasuha dengan muka marah. Suaranya yang agak lantang memang kedengaran sampai satu kedai. Mujur pada masa itu tiada orang di dalam kedai. Hanya Anasuha, Shamsul dan Kak Nora yang duduk di bilik belakang(office-nya).

"Saya tak bermaksud apa pun," ujar Shamsul dengan muka yang ketakutan tambah terkejut.

     Anasuha melepaskan cengkamannya pada leher baju Shamsul. Dia kembali ke kaunter dengan muka yang kelihatan down,

"Aku bukannya jahat sangat pun sebenarnya," ujar Anasuha perlahan.

     Shamsul teruja. Ini rasanya, dalam sudah beberapa kali dia bercakap dengan Anasuha, ini kali pertama Anasuha berbual dengannya menggunakan suara yang sweet dan lembut. Wajah Anasuha pun kelihatan baik dan suci(ini tidak termasuk jerawat yang terselit di mana-mana ya).

"Wah… Ni kali pertama awak cakap baik-baik dengan saya," ujar Shamsul dengan muka terujanya.

"Kau tak payah nak teruja sangatlah," Anasuha membuat muka menyampah.

"Eh, mestilah saya teruja. Ni kali pertama awak baik dengan saya tau," Shamsul mendekatkan diri ke kaunter.

     Spontan tangan Anasuha mencengkam leher baju Shamsul,

"Selama ni aku jahat sangat ke?!" marah Anasuha.

"Nampak, awak dah marah saya balik. Tiba-tiba pulak tu," ujar Shamsul dengan muka innocent-nya..

     Anasuha melepaskan cengkamannya dan mengetuk pula kepala Shamsul.

"Kau ni banyak songeh lah!" marah Anasuha.

      Shamsul menggosok-gosok kepalanya yang sakit, "Kenapa pukul saya pulak?" suaranya kedengaran seperti hendak menangis.

     Anasuha menahan ketawanya, "Yelah, lepas ni aku tak buat jahat dah dengan kau," ujar Anasuha dalam menahan ketawanya akibat melihat muka Shamsul yang seperti mahu menangis itu.

"Betul ni?" soal Shamsul. Wajahnya kelihatan bercahaya. Iyalah, manusia mana yang tak excited apabila orang yang selalu membenci kita ingin berbaik,kan?

"In Shaa Allah," Anasuha memberikan senyuman. Namun, di hujung senyuman itu wujud satu aura jahat keluar. Shamsul yang tidak tahu apa-apa hanya merasa happy  apabila Anasuha ingin berbaik-baik dengannya.  Sampai habis waktu kerja, senyuman tidak lekang dari bibir Shamsul.


Punyalah budak ni berharap …… 

No comments:

Post a Comment