ANASUHA
melihat kiri dan
kanan. Suasana sunyi macam padang pasir gara-gara semua manusia sibuk dengan
telefon pintar masing-masing. Anasuha mengeluarkan novelnya yang dibeli dua
hari lepas untuk dijadikan bahan bacaannya di dalam bas itu. Perjalanan ke
bandar Temerloh dengan menaiki bas mengambil masa lebih kurang dua puluh minit
gara-gara menaiki bas henti-henti atau bahasa mudah si Anasuha, bas ting-tong.
Dalam pada dia sedang membaca novelnya
tiba-tiba bas berhenti dan seorang ibu mengandung naik. Anasuha dengan pantas
bangkit dan membiarkan ibu mengandung itu duduk di tempatnya. Dengan senyuman
Anasuha membiarkan ibu mengandung itu duduk.
'Rajin gila bagi makcik tu
duduk,'
Anasuha melemparkan pandangan terhadap
pemilik suara yang sedang duduk di kerusi bahagian sebelah. Anasuha memandang
ke arah budak tu dengan tajam apabila mata budak tersebut memandangnya.
'Whoa.. kakak ni menyeramkan
gila!'
Anasuha menghampiri budak tersebut. Budak
tersebut mengecil di tempat duduknya.
"Temerloh, bandar
Temerloh!"
Sebelum turun, dengan selamba Anasuha
mengetuk kepala budak tersebut dan turun. Budak tersebut mengaduh kesakitan.
"Lain kali kat sekolah
belajar Sivik!" ujar Anasuha selamba sebelum turun.
Budak tersebut melihat Anasuha
melalui tingkap apabila bas mulai bergerak pergi. Anasuha menunjukkan
penumbuknya. Budak tersebut tersengih-sengih malu.
'Dasar budak tak belajar Sivik,
macam tulah perangai!' bisik Anasuha.
Anasuha meneruskan perjalanannya ke
tempat dia bekerja. Dalam pada dia berjalan ke tempat kerjanya, Anasuha terasa
seperti di ekori seseorang. Anasuha mempercepatkan langkahnya sehingga sampai
ke satu lorong kecil. Anasuha menunggu di situ, ingin melihat siapakah manusia
yang mengekorinya. Anasuha memperkemaskan penumpuknya. Tidak sia-sia dia masuk
kelab Tae-kwon-do semasa di sekolah. Sangat berguna dalam bab-bab nak memukul
orang. Salah satu perkara yang paling Anasuha suka buat!
SRETT .. SRETT …
Anasuha terus mencengkam kolar baju orang
yang mengekorinya. Anasuah tersentak,
"Kau bukan budak dalam bas
tadi ke ?!" soal Anasuha, dengan nada terkejut.
"Sa.. saya tak ada niat
jahat kak!" rayu budak itu.
Anasuha melonggarkan sedikit cengkaman
pada kolar baju leher budak lelaki tersebut.
"Kenapa kau ikut aku
?!" soal Anasuha. Tangannya masih mencengkam kolar baju budak tersebut, cuma tidak sekuat tadi.
"Saya rasa akak cool sebab tu saya ikut akak," ujar
budak tersebut.
"Akak kau panggil aku ? How old are you to call a me sis anyway ?"
soal Anasuha sambil menguatkan cengkamannya pada kolar baju budak lelaki
tersebut.
Budak lelaki tersebut tersentak
apabila leher bajunya semakin kuat dicengkam. Anasuha membulatkan matanya,
makin seram budak lelaki tersebut. Di tambah pula dengan aura hitam yang
mengelilingi mereka berdua. Di lorong yang sunyi itu…
"Woi!"
Jeritan Anasuha membutakan budak lelaki
tersebut kembali ke alam realiti. "Lapan belas tahun," ujar budak
lelaki tersebut. "Saya baru habis SPM kak," tambahnya lagi.
Anasuha melepaskan cengkaman pada kolar
baju budak lelaki tersebut dan ketawa galak. Budak lelaki tersebut hairan
tetapi turut ikut ketawa seperti Anasuha. Dalam pada mereka ketawa, tiba-tiba
Anasuha memandangnya tajam. Anasuha mendekatkan dirinya dengan budak lelaki
tersebut yang sudah mula mengecilkan dirinya sekecil boleh,
"Kau, sama aje umur dengan
aku. Aku pun baru habis SPM," ujar Anasuha perlahan.
"Wah, kalau macam tu boleh
lah kita kawan kan ?!" budak lelaki tersebut mula overexcited.
"Siapa nak kawan dengan
kau," ujar Anasuha selamba lantas meneruskan perjalannya ketempat kerja
yang tergendala akibat di ekori oleh budak lelaki ini.
"Kita kawan kan ? Saya Shamsul
by
the way!" ujar budak lelaki tersebut sambil mengikut langkah
Anasuha berjalan.
"Who wants to be friend with a guy like you ?!" ujar Anasuha
dengan muka annoying. Dia
mempercepatkan lagi langkahnya untuk mengelak dari di ekori oleh budak Shamsul
itu.
"Awaklah!" ujar Shamsul
yang masih lagi tidak berhenti mengejar langkah Anasuha yang kian pantas itu.
Anasuha berhenti. Dan spontan Shamsul
terlanggar belakangnya. Anasuha memalingkan wajahnya ke belakang dan mencengkam
leher baju Shamsul.
"Siapa kau , nak berkawan
dengan aku, hah?!" soal Anasuha dengan wajah geram. Aura hitam mula keluar
dari arah sekeliling membuatkan Shamsul mula mengecilkan diri sekecil yang dia
mampu.
Shamsul cuba melepaskan cengkaman pada
kolar bajunya dengan perlahan.
"Nama saya Shamsul. Saya duduk
area Temerloh ni aje. Lagi satu,
kenapa awak ni garang sangat, nanti susah nak dapat kawan tau. Semua orang tak
suka awak nanti," ujar Shamsul sambil memperkemaskan kolar bajunya.
"Suka hati akulah nak garang
ke apa. Kau apa hal nak kisah pasal aku?! Dah jangan ikut aku lah!" ujar
Anasuha bengang dan mula berlalu pergi. Malas dia hendak melayan karenah budak
Shamsul ni.
Apabila Anasuha memulakan langkah, lagi
sekali , Shamsul mengikutnya dari belakang. Semakin laju Anasuha bergerak
semakin pantas juga langkah kaki Shamsul. Anasuha mula mencapai pepper spray yang sentiasa berada di
dalam beg tangannya. ' Kali ni, kalau dia kacau aku lagi, siaplah..' bisik hati
Anasuha.
"AWAK kerja kat sini ?" soal
Shamsul yang masih tidak putus asa mengikuti si Anasuha secara tiba-tiba.
Anasuha buat-buat tidak dengar. Malas dia hendak melayan budak Shamsul ni.
Budak ni dah kira selamat tak kena sembur dengan pepper spray Anasuha tadi. Anasuha masuk ke bahagian kaunter di
mana dia selalu meletakkan begnya di situ.
"Sham buat apa kat sini
?!" soal Ayuni, salah seorang pekerja kedai barangan serbaneka ini.
Anasuha menoleh ke arah Ayuni,
"Yuni kenal budak ni
?!" soalnya. Shamsul pula sudah tersengih-sengih memandangnya.
Ayuni ketawa kecil, "Apa
pula aku tak kenal, dia kerja sini lah. Cuma dia shif pagi,"
Anasuha memandang Shamsul dengan pandangan
maut. Bengang dengan berita yang di dengarinya. Shamsul pula membuat muka tidak
bersalah. Anasuha bertambah-tambah bengang. Dengan pantas dia mencengkam kolar
baju Shamsul,
"Kau dah kenapa buat muka
tak bersalah kau depan aku, hah?!" soal Anasuha dengan mata yang
berapi-api.
Shamsul menelan air liur,
'Apa salah aku …..,' bisik
hatinya.
Anasuha menguatkan cengkaman pada kolar
baju Shamsul. Ayuni dengan pantas meleraikan cengkaman Anasuha yang kuat pada
kolar leher baju Shamsul.
"Sham, kau buat apa datang
sini ? Shif kau dah habis kan pagi tadi," ujar Ayuni cuba ingin menjauhkan
manusia dua orang ini.
Anasuha berlalu meletakkan beg tangannya
di dalam tempat meletak beg di bahagian kaunter. Sekilas dia mendengar
perbicaraan si Ayuni dan budak Shamsul itu.
"Start esok, aku kena kerja shif petang," ujar Shamsul kepada
Ayuni.
"Apa hal kau nak kena sama
shif dengan aku hah ??!! Dah lah stalk orang,"
ujar Anasuha selamba dari jauh.
Paling memalukan, semua orang yang berada di
dalam kedai itu semuanya mendengar dan memandang ke arah Shamsul dengan
pandangan tidak sangka.
Muka Shamsul mulai merah dan cuba membuat
gerak tubuh untuk memberitahu kepada semua manusia yang berada di dalam kedai
pada masa itu.
Kalau mengikut kandungan buku
manual Business Communications di
UiTM , cuba memberitahu sesuatu dengan menggunakan bahasa tubuh atau gerak
tubuh, ia di kenali sebagai Non-Verbal
Communication. Komunikasi melalui cara ini lebih banyak menggunakan tubuh (body language) dan pergerakan tangan
(bahasa isyarat).
Baik, kembali ke dalam cerita.
Ayuni ketawa kecil,
"Kau kena biasakan diri kau
dengan perangai dia. She's been that way since school, that's
what she told me the first day she's here," ujar Ayuni.
Shamsul penasaran,
"Macam mana dia boleh hidup
dengan perangai dia yang macam tu?" soal Shamsul dengan muka tidak puas
hati. Tidak perasan bahawa Anasuha sedang berdiri tegak di hadapannya.
"Dengan perangai aku YANG MACAM
NI lah aku boleh hidup, sengal!" Anasuha mengetuk kepala Shamsul dengan
buku rekod kedatangan.
Shamsul tersentak. Selang beberapa minit
baru dia terasa sakit yang menyengat di kepalanya akibat diketuk oleh Anasuha.
Apabila dia melihat Anasuha berlalu pergi dia terlihat aura hitam mengelilingi
seluruh kawasan Anasuha berdiri.
'Menyeramkan… Tapi, aku lupa
tanya Yuni nama dia apa,' bisik hati Shamsul.
"Ana!!" Shamsul
terlihat Anasuha berpaling apabila namanya dipanggil. Dia tersenyum.
No comments:
Post a Comment