Wednesday, 14 May 2014

Chapter Seventeen (#-#)'

ANASUHA melihat keadaan sekeliling rumah. Mana semua orang, bisik hatinya. Anasuha menyimpan kasutnya di dalam almari kasut dan terus bergerak ke dapur. Setelah meneguk air, dia bergerak pula ke bahagian ruang tamu. Kosong. Anas sudah tentulah masih di Kuala Lumpur, bekerja. Tetapi, persoalan kini, di manakah ibunya? Takkanlah ibunya lenyap macam itu sahaja kan? Ada alien ke yang mengambil ibunya? Ke Mama kena culik ?

     Anasuha mula kelam kabut di dalam rumahnya sendiri. Dalam dia kelam kabut di rumahnya sendiri, Anasuha terpandang nota yang tersadai di atas meja kopi.

Ana, Anas(kalau kamu baliklah)..
Mama ada hal. Nak kena pergi Langkawi. Dalam sampul surat yang ada sekali dengan surat mama ni, ada duit untuk kamu. Nanti mama balik,okey?:)

     Langkawi.

"Muka mama pergi Langkawi sebab ada hal, memang tipulah. Mesti pergi bercuti dengan kawan-kawan punyalah," ujar Anasuha perlahan. Dia mencapai remote televisyen dan membuka channel kegemarannya. Cartoon Network.

 "Ah, Tom&Jerry, lama tak tengok!" ujar Anasuha. Dia mengambil tempat di hadapan TV. Dalam dia ralit menonton televisyen, tiba-tiba telefon pintarnya mengiau. Anasuha dengan muka bengang mengangkat panggilan telefon daripada unknown itu.

"Hello, Assalamualaikum, siapa ni?! Kacau aku nak tengok TV aje!" ujar Anasuha dengan suara geram.

"Waalaikumussalam, ni Anasuha ke?"

     Anasuha tersentak. Suara yang paling dikenalinya. Suara manusia yang sering membuat hidupnya miserable sejak beberapa minggu yang lalu. Siapa lagi kalau bukan Encik Shamsul kita. Nanti, mana Encik Tembikai ni dapat nombor aku, bisik hati Anasuha.

"Mana kau dapat nombor aku?!!!!!" jerit Anasuha kepada orang di sebelah sana sekuat mungkin.

     Jika diukur , memang sah mamat ni akan pekak.

"Saya minta pada Kak Nora," ujar Shamsul perlahan dan takut-takut.

"Kenapa kau minta?" soal Anasuha dengan suara yang menyeramkan.

"Alah, saya ada nombor semua oranglah," ujar Shamsul, tidak mahu Anasuha fikir yang bukan-bukan. Buatnya Anasuha menggelarnya pervert ke, stalker ke, memang tak boleh.

     Anasuha menarik nafas,

"Kau nak apa, aku bagi kau satu minit untuk cakap apa yang kau nak cakap," ujar Anasuha dengan pantas. Cerita kegemarannya sudah bermula, Powerpuff Girls.

     Okey, Anasuha memang nampak ganas, tetapi pada hakikatnya kartun Powerpuff Girls dan Pink Panther adalah kegemarannya. Fizikal sahaja ganas, tapi dalam hati, macam kanak-kanak juga.

"Esok saya kena datang lewat sikit, ada hal," ujar Shamsul.

     Anasuha tersentak, kalau Shamsul datang lambat, dia mana ada kunci nak buka kedai. Takkanlah mahu tunggu Kak Nora datang baru nak buka kedai. Kak Nora lepas makan tengah hari baru datang biasanya. Dalam jadual pula, nama mereka shif pagi pada hari esok.

"Woi, aku mana ada kunci spare. Takkan kau nak suruh aku tunggu Nora bukak kedai? Minah tu, selagi tak lepas makan tengah hari muka dia takkan muncul tau!" ujar Anasuha.

Shamsul kedengaran gelisah,

"Habis tu macam mana?" soal Shamsul.

     Anasuha mengerah otaknya untuk berfikir. Setelah beberapa minit mengerah, lampu mentol di dalam kepala otaknya menyala.

"Macam nilah, kau datang taman dekat taman perumahan aku, hantar kunci," ujar Anasuha.

"Boleh, tapi rumah awak dekat mana?" soal Shamsul.

"Taman Temerloh Jaya," jawab Anasuha.

"Oh, samalah kita. Tapi, TJ banyak taman. Taman yang mana satu ni?" soal Shamsul lagi.

"Alah, taman yang agak terbiar dekat area TJ 2 tu. Kau tunggu aku kat situ. Tahu tak ?" soal Anasuha pula. 
Tidak mahu Mr.Bean ni sesat pula malam-malam begini.

"Susah sangat, biar saya hantar dekat rumah awak ajelah," Shamsul membuat cadangan sendiri.

     Anasuha menahan geram. Budak Shamsul ni memang nak kena. Cakap ikut suka hati aje. Kau ingat aku ni duduk rumah sebuah-sebuah ke apa, bisik hati Anasuha.

"Kau ni cakap pakai otak ke akal? Kau tengok jam sekarang pukul berapa," ujar Anasuha geram.

     Shamsul melihat jam yang melekat pada tangannya,"Pukul sembilan setengah malam," ujar Shamsul dengan lurusnya. "Kenapa?" tambahnya.

     Anasuha mengetuk kepalanya sendiri dengan telefon bimbitnya,

"Cuba kau fikir, aku ni bukan duduk rumah sebuah-sebuah. Apa jiran aku fikir kalau tengok ada lelaki datang rumah aku? Lagipun mak aku dahlah tak ada malam ni, aku sorang aje kat rumah ni. Buatnya kena tangkap basah, kau nak kena kahwin dengan aku?!" soal Anasuha bengang. Budak yang lembab macam si Shamsul ni memang nak kena brainwash molek-molek, kalau tak pun kasi upgrade itu RAM kat dalam kepalanya itu.

     Shamsul menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Apa fasal Ana ni cakap pasal kahwin pulak, aku nak hantar kunci aje pun, ni sampai kahwin pula, bisik hati Shamsul.

"Tapi saya kan hantar kunci kat rumah awak aje, bukan masuk pun…" jawab Shamsul.

"Dahlah, aku cakap dengan kau, macam aku cakap dengan kayu yang pegang telefon tahu tak? Kau datang kat taman tu in thirty minutes, kalau kau lambat…. Aku akan make sure yang kau akan makan pakai kaki nanti," ujar Anasuha, terus mematikan telefon bimbitnya.



SHAMSUL menggaru-garu kepala. Taman mana satu yang Anasuha suruh pergi ni, bisik hatinya.  Ni dah lebih tiga puluh minit ni, tapi still tak jumpa-jumpa taman tempat mereka berjanji. Memang masaklah abang Shamsul kita macam ni.  Dalam dia mencari, tiba-tiba telefonnya mengaum dan nama Anasuha tertera di skrin. Shamsul mula menggelabah. Apa aku nak jawab ni, bisik hatinya. Redhakan aje…

"HOI! KAU KAT MANA HAH ?!!!!" jeritan Anasuha membuatkan Shamsul terpaksa menjauhkan telefon bimbitnya dari telinga.

"Say.. saya sesatlah awak…." Ujar Shamsul perlahan.

"Dekat TJ pon boleh sesat ke ??? Bukan jauh pun! Kau kat mana sekarang?" soal Anasuha dengan bengang.

"Mana saya tahu… " jawab Shamsul.

"Tak tahu, tak tahu. Tepi-tepi kau tu tak ada bangunan ke ?! Rumah ke? Kedai?" ujar Anasuha.

"Ada lot kedai. Lepas tu taman dia luas. Macam padang," ujar Shamsul sambil melihat sekeliling.

"Kau tunggu kat situ!" ujar Anasuha.

     Talian dimatikan. Shamsul melihat sekeliling. Nampak seram tetapi bila dilihat sekeliling, banyak rumah sebenarnya. Shamsul berdoa di dalam hati mohon tidak dikerjakan sepertimana yang Anasuha khabarkan di dalam telefon tadi. Buatnya kalau jadi, maknanya … tangannya akan patah ataupun tercabut yang membuatkan dia terpaksa makan pakai kaki.




ANASUHA mengayuh basikalnya sepantas boleh. Ini kali pertama baginya, mengayuh basikal ke taman besar yang terletak jauh dari rumahnya. Taman besar itulah yang paling anti baginya kalau diikutkan. Mana tidaknya, Kamal, mamat perasan kacak yang sudah lama menaruh hati kepadanya itu tinggal di rumah yang berhadapan dengan taman besar itu. Macam manalah si Mr.Bean tu boleh sesat sampai ke sana?

    "WOI!" jerit Anasuha apabila terlihat Shamsul sedang duduk menunduk ke tanah di atas buaian.

     Shamsul tersentak, lantas duduk melutut di hadapan Anasuha,

"Saya minta maaf!!!! Jangan potong tangan saya, saya tak nak makan pakai kaki," ujar Shamsul. Air matanya hampir menitis keluar.

     Anasuha memandang Shamsul. What a tearful face, bisik hatinya.

"Aku bukan nak makan tangan kaulah!!! Mana kunci kedai?" soal Anasuha, malas mahu melayan karenah budak Shamsul ini.

     Shamsul dengan muka hendak menangisnya mencari-cari kunci di dalam poket seluarnya. Anasuha hanya memandang sekeliling, takut-takut kalau Kamal ternampaknya. Dia tidak mahu bertemu langsung dengan mamat perasan kacak itu.

"Ana…."

     Anasuha memandang wajah Shamsul yang sudah bercucuran air mata. Anasuha menarik nafas sedalam-dalamnya. Tangannya mula mengepal-ngepal buku limanya.

"Kau naik basikal aku cepat!" ujar Anasuha.

"Awak tak nak pukul saya ke?" soal Shamsul.

     Anasuha membulatkan matanya dan mengarah si Shamsul membonceng basikalnya. "Sebelum aku pukul kau, mana rumah kau ?"

"Rumah saya dekat dengan sekolah SKTJ," jawab Shamsul.

"Kau tahan jelah ya?" ujar Anasuha, dia mula mengayuh.

'Apa maksud Anasuha?' bisik hati Shamsul. Anasuha tersenyum jahat.



SHAMSUL menjerit macam orang kena rompak. Kini baru Shamsul faham dengan ayat 'kau tahan jelah ya?' dari Anasuha. Mana tidaknya si Shamsul ni nak menjerit, dengan kelajuan kilat ini, Anasuha mengayuh basikal. Macam nak terbang. Shamsul memegang erat tempat duduknya, takut dia melayang di bawa angin. Anasuha mula terasa annoyed dengan jeritan Shamsul.

"Kau senyaplah weh!!!" marah Anasuha. Semakin marah dia , semakin lajulah dia mengayuh basikal itu.

"Awak bawaklah perlahan sikit," jerit Shamsul.

"Sekarang dah pukul berapa? Kalau aku bawak slow nanti aku lambat sampai rumah!" ujar Anasuha.

     Shamsul melihat jam di tangan. Sudah hampir pukul sepuluh. Kalau di kawasan Temerloh Jaya ini, agak bahaya bagi seorang gadis macam si Anasuha ini untuk berkeliaran seorang diri. Lebih-lebih lagi kalau lewat malam. Shamsul menarik baju Anasuha,

"Maaf sebab terpaksa susahkan awak," ujar Shamsul, perlahan. Dia terfikir, bagaimana dia boleh terlupa membawa kunci kedai sedangkan sebelum keluar dari pintu rumah dia sudah memegang kunci tersebut.

"Dah takdir, nak buat macam mana," ujar Anasuha. Dia menoleh ke arah Shamsul yang sedang membonceng di belakangnya. Dia tersenyum.

     Shamsul teruja. Kali pertama Anasuha menghadiahkan senyuman yang manis untuknya. Almaklumlah, selama ini Anasuha hanya tahu memarahinya, memukulnya dan berleter kepadanya. Tetapi, pada malam ini Anasuha tersenyum kepadanya. Walaupun tidak berapa jelas di sebabkan suasana yang gelap, tetapi senyumannya betul-betul buat Shamsul teruja.

"Mana satu rumah kau ni?" soal Anasuha. "Kau nak aku kayuh sampai SKTJ ke?" tambah Anasuha lagi.

"Rumah saya betul-betul menghadap padang SKTJ," ujar Shamsul setelah sedar dari lamunan.
     Anasuha hanya menurut. Di hadapan rumah Shamsul, Anasuha memberhentikan basikalnya. Termengah-mengah dia setelah mengayuh basikal, di tambah pula dengan beban Encik Tembikai ini. Berapa berat kau hah Encik Tembikai, bisik Anasuha.

"Awak tunggu sini," ujar Shamsul. Dia masuk ke dalam rumah. Anasuha masuk juga, cuma berdiri di hadapan pintu sahajalah. Takkan nak masuk pula. Tetapi, menurut pandangan Anasuha, nampaknya Shamsul ini tinggal di rumah ini seorang diri. Kalau lihat dari susunan perabut dan lain-lain, rumah ini nampak kosong.

     Shamsul keluar dari rumah dengan secawan air dan bersama kunci kedai. Dia terseyum memandang Anasuha.

"Air untuk awak, sorry sebab awak kena datang rumah saya sebab saya tertinggal kunci," ujar Shamsul sambil menyuakan air yang dibawanya dari belakang. Anasuha menyambut gelas itu dengan perlahan. Dia membelek-belek air tersebut.

"Kau tak letak ubat apa-apa ke , racun ke apa, kan?" soal Anasuha, suspiciously.
Shamsul ketawa galak, "Kenapa? Awak ingat saya nak bunuh awak ke?" soalnya.

     Anasuha memberi jelingan maut kepada Shamsul. Dia minum air di dalam gelas itu perlahan, sambil itu matanya melilau ke dalam isi rumah.

"Kau duduk seorang?" soal Anasuha.

     Shamsul menoleh ke dalam isi rumahnya kemudian tersenyum ke arah Anasuha.

"Aku tanya, kau kena jawab. Bukannya senyum," ujar Anasuha.

"Saya duduk seorang je. Parents dah meninggal masa saya kecil. Ada kakak dua orang, tapi dia orang duduk tempat lain. Kat sini saya duduk seorang sebab saya nak berdikari," jawab Shamsul.

Anasuha merasa bersalah, "Aku minta maaf,"

Shamsul tersenyum, "Eh, tak ada apalah. Saya okey aje," ujar Shamsul dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.

     Anasuha mengetuk kepala Shamsul. "Kau ni asyik senyum aje, nanti orang kata kau gila," ujar Anasuha.
Shamsul menggosok-gosok kepalanya yang sakit,

"Kakak saya selalu kata, senyum itu sedekah. Lagi satu, senyum ni awet muda tau,"

     Anasuha ketawa,

"Memanglah, tapi kalau terlalu kerap senyum, nanti kena aim," ujar Anasuha. Anasuha memandang ke tempat lain,

"Dalam dunia ni, bukan semua orang suka kita. Bukannya bila kita senyum, semua orang akan balas balik. Mostly, they will think 'she thinks she's friendly', 'she looks too proud of herself'. Bukan semuanya suka kita, ingat tu. Okeylah Encik Tembikai. Aku balik dulu. Jumpa kau esok,"

     Anasuha melambai ke arah Shamsul sebelum hilang dari pandangan. Shamsul hanya berdiri pegun di hadapan pintu rumahnya. Cuba menghadam apa yang Anasuha cuba sampaikan padanya.



Nanti, kenapa dia panggil aku Encik Tembikai???!!!!

No comments:

Post a Comment