ANASUHA membuka kedai
dengan malas. Setelah menyapu di bahagian hadapan kedai dan dalam kedai, dia
duduk di kaunter seperti kebiasaannya. Jam sudah menunjuk ke arah angka dua
belas. Kosong. Tengah-tengah bulan ni biasanya Anasuha dan yang lain hanya akan
duduk melangut di kedai. Apabila bosan, apa lagi Anasuha akan buat? Sudah
tentulah bermain game di dalam
telefon pintarnya.
Ketika sedang elok dia bermain game tiba-tiba dia teringat ayat yang
dia cuba sampaikan pada mamat lembab(Shamsul) itu semalam. Entahkan faham atau
tidak. Manusia yang mempunyai RAM otak yang lembab macam Shamsul tu mesti susah
nak hadam apa yang dia cuba sampaikan.
'Kau
ingat kau pandai, senyuman kau lawa, kau cantik kau boleh dapatkan semua yang
kau nak ke?'
'Kau
jangan rasa bangga dengan apa yang kau ada lah,'
'Kenapalah
manusia macam kau ni kena ada kat dunia hah?'
'Senyuman
menawan? Kau ingat kau bagus sangat ke?'
Anasuha menutup telinganya tiba-tiba.
Sehingga sekarang, ayat-ayat tersebut menghantui dirinya. Peristiwa lalu mula
menerjah ke dalam benaknya, peristiwa ketika darjah enam. Peristiwa yang
meragut senyuman manisnya dari pandangan semua orang. Kata-kata tersebutlah
yang membuatkan Anasuha tidak berani memberi senyuman manisnya kepada sesiapa
pun. peristiwa tersebutlah yang membuatkan Anasuha mula membesar dengan keadaan
sebegini. Pemarah. Kaki pukul. Malah, menakutkan semua dan anti-sosial.
Bunyi plastik di atas kaunter membawa
Anasuha kembali ke alam nyata. Kelihatan Shamsul tersengih-sengih di
hadapannya.
"Lunch," ujar Shamsul sambil tersenyum. Dia menolak plastik
berisi nasi bungkus yang di belinya sebelum datang ke kedai.
Anasuha mencengkam leher baju Shamsul,
"Apasal kau lambat sangat
hah?!!!!" jerit Anasuha di dalam kedai itu.
Shamsul terbatuk-batuk, dia cuba
untuk melepaskan diri daripada cengkaman tangan Anasuha yang cukup kuat itu.
"Saya ada hal. Sebab saya
rasa bersalah tu yang saya belanja awak makan tengah hari," jawab Shamsul.
Anasuha melepaskan cengkamannya pada leher
baju Shamsul. Dia membelek-belek nasi bungkus yang dibelikan oleh Shamsul.
Nampak seperti nasi ayam. Wah, rezeki aku ni.. dah lama tak makan nasi ayam,
bisik hati Anasuha. Anasuha tersenyum sendiri.
"Kenapa awak senyum?"
soal Shamsul sambil meletakkan begnya di dalam tempat meletak beg. Kemudian dia
bergerak menghadap Anasuha.
"Aku tak boleh senyum ke
?" soal Anasuha dengan muka selamba. "Ada ke peraturan dalam
undang-undang kata aku tak boleh senyum?" soalnya lagi. Tiba-tiba terasa
Shamsul ini agak annoying. Rasa nak
bagi penampar aje kat muka budak ini.
"Bukannya awak tak boleh
senyum. Tapi, yelah… agak pelik pula bila awak senyum selalu ni," ujar
Shamsul dengan muka tidak puas hati.
Anasuha mencengkam leher baju Shamsul,
"APA SALAHNYA KALAU AKU
SENYUM, HAH ?!!!!!" jerit Anasuha.
Shamsul menepis tangan Anasuha ,
"Yelah, saya tak tanya
dah!!!!" ujarnya dengan suara yang kuat.
Anasuha tersenyum puas. Dia membawa
plastik berisi nasi bungkus itu ke meja belakang. Makan. Sememangnya perutnya
memang di minta untuk di isi. Almaklum, sejak dari pagi perutnya kosong.
Shamsul mengambil alih di bahagian kaunter
memandangkan Anasuha sedang makan di belakang. Shamsul mengeluarkan telefon
pintarnya dan mula bermain game sama
seperti Anasuha selalu lakukan. Dalam dia ralit bermain, tiba-tiba seorang
lelaki masuk ke dalam kedai. Shamsul dengan pantas bangkit,
"Ya, boleh saya bantu?"
soal Shamsul. Lelaki tersebut hanya tersenyum dan mula berjalan-jalan di dalam
kedai.
'Mana budak lawa tu?' bisik hati
lelaki tersebut.
Anasuha yang sedang makan tiba-tiba
berhenti.
'Ana kan…. I'm so going to get you tonight!'
Anasuha bangkit dan pergi membasuh tangan
di belakang. Setelah memperkemaskan pakaiannya dia keluar dengan aura hitamnya.
Dia menyentuh bahu Shamsul, menyuruhnya pergi. Shamsul hanya menurut.
"Ya, boleh saya bantu
encik?" Anasuha mengeluarkan suara comelnya. Tersentak Shamsul mendengar
suara 'baik' Anasuha.
Lelaki kacak(pada pandangan Shamsul)
tersebut menoleh ke arah Anasuha yang terpacak di belakangnya,
"Saya… nak cari …
seseorang," ujar lelaki tersebut.
Dengan muka tiada perasaan,
Anasuha membalas,
"We don't sell people here,"
Lelaki kacak itu ketawa galak.
Anasuha masih juga dengan muka tiada perasaannya. Pada pandangan Shamsul, aura
hitam sedikit demi sedikit memenuhi ruang di mana Anasuha berdiri.
"Saya cari awaklah,
sayang…" lelaki itu mencuit hidung Anasuha. Shamsul bergerak ingin
mendekati Anasuha, tetapi tiba-tiba Anasuha menoleh dengan pandangan maut.
"Petang ni saya tunggu awak
baliklah… Saya suka tengok awak, cantik." ujar lelaki tersebut. Anasuha
mempamerkan senyumannya.
'Siaplah kau nanti,' bisik hati
Anasuha.
Apabila mamat itu keluar dari kedai,
Anasuha kembali ke kaunter. Shamsul pula dengan pantas mendapatkan Anasuha. Dia
duduk menghadap muka Anasuha dengan wajah yang serius.
"Awak pakai tudung, tapi
awak boleh biarkan lelaki tu sentuh awak macam tu aje?" soal Shamsul.
Anasuha tersenyum sinis. Dia memandang ke
dalam mata Shamsul.
'Apa pelan Ana ni?' bisik hati
Shamsul.
"Habis shif kita ni, kau
ikut aku. Aku nak tunjuk sesuatu," ujar Anasuha dengan muka tiada
perasaan.
Shamsul menggaru-garu kepalanya yang tidak
gatal. Dia hanya memandang Anasuha yang sudah ralit bermain game di dalam telefon pintarnya. Nak
tunjuk apalah agaknya budak Anasuha ini?
SEPERTI
yang telah
dijanjikan, mamat tadi (yang Shamsul fikirkan kacak itu) tunggu Anasuha di luar
kedai. Anasuha tersenyum sinis. Siap sedialah kau, bisik hati Anasuha. Shamsul
mengikut belakang Anasuha yang sudah mahu keluar dari kedai. Melihatkan mamat
tadi itu membuat Shamsul mula rasa lain. Dia melihat ke arah Anasuha. Aura
hitam mengelilinginya, namun senyuman di pamerkan apabila lelaki kacak tadi
menegurnya.
"Jom, saya hantar awak
balik, nak?" soal lelaki itu sambil berjalan beriringan dengan Anasuha.
Shamsul pula hanya mengikut di belakang.
Lelaki itu menoleh ke belakang
melihat Shamsul,
"Kenapa kau ikut hah, mat
skema? Blah ah!" ujar lelaki tersebut. "Dahlah hodoh, dengan mulut
separuh ternganga macam tu. Eeeee … siapalah nak kawan dengan kau?"
tambahnya.
Aura hitam semakin gelap
mengelilingi di seluruh ruang di
sekeliling Anasuha. Anasuha mengepal-ngepal buku limanya. Dengan pantas, dia
memegang bahu lelaki kacak tersebut dan …
"Kau jangan suka hati ejek
dia!!!!!!!!!!"
Terbeliak mata Shamsul melihat apa yang
terjadi. Tergamam dia melihat Anasuha me-wrestling
si mamat kacak itu. Nampak gayanya, lelaki itu terpaksa melupakan term kacak buat sementara waktu dengan
rupanya sekarang.
"Lain kali, tengok cermin
dulu sebelum nak kutuk orang. Kau ingat kau handsome
kau boleh kutuk orang lain?! Plus,
aku bukan perempuan yang senang nak jadi mangsa kau, faham?!" Anasuha
menekan dada lelaki kacak yang dah tak kacak itu dengan kakinya.
Anasuha berjalan ke arah Shamsul. Anasuha
menarik beg Shamsul dan mengheretnya pergi dari situ. Memang sengaja dia
membawa lelaki itu melalui jalan yang jarang orang guna itu. Sebab Anasuha
ingin membelasahnya.
"Aku nak kau diam,"
ujar Anasuha.
Shamsul menutup mulutnya dengan
tangan. Anasuha mengheret Shamsul sehingga ke pondok menunggu bas.
"Kenapa awak pukul
dia?" soal Shamsul setelah mengambil tempat di pondok bas itu. Anasuha
bersandar pada salah satu tiang di pondok menunggu bas itu. Dia menarik nafas
sedalam-dalamnya.
"Aku tahu apa yang dia
fikir," ujar Anasuha.
"Maksud awak?" soal
Shamsul. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Anasuha kehilangan kata. Nyaris dia
terlepas kata mengenai kebolehannya yang sudah lama tidak digunakan itu. Takkan
dia nak bagitahu pada mamat slow ni
pula?
"Errr… alah! Kalau kau
tengok mata dia , cara dia bercakap, kau mesti tahu dia manusia macam mana
kan?" ujar Anasuha. Matanya melilau-lilau ke kiri dan kanan kerana takut
rahsia besarnya pecah.
"Kenapa awak kelam
kabut?" soal Shamsul. Dia memandang ke arah mata Anasuha. Inginkan
kepastian.
Kebetulan pada masa itu bas pun datang.
Maka, terselamatlah Anasuha.
"Jom naik!" Anasuha
menarik beg Shamsul, mengheretnya masuk ke dalam bas. Shamsul dengan muka tidak
puas hati hanya menurut kata-kata Anasuha.
Semasa di dalam bas, Anasuha banyak
memandang ke arah luar. Takut disoal oleh Shamsul. Sudahlah tadi dia nyaris
memecahkan rahsianya yang paling besar. Kalaulah orang tahu mengenai rahsianya
ini, sudah tentu dia akan dilabel 'freak'
oleh masyarakat. Shamsul pula memerah otak tentang ayat Anasuha tadi.
'Apa maksud dia boleh tahu apa
dia fikir?' bisik hati Shamsul.
Anasuha mengerling ke arah Shamsul. Nampak
depressed sangat dah budak Shmasul
ini. Anasuha mengeluarkan gula-gula Mentos dari dalam begnya dan menyuakannya
kepada Shamsul.
"Mentos?" soal Anasuha
dengan muka tiada perasaannya. Takkan dia nak tunjuk muka risaunya pula kan?
Nanti kantoi pula.
"Awak tak jawab soalan saya
tadi," ujar Shamsul dengan muka tidak puas hati.
Anasuha menyumbat gula-gula Mentos
tersebut sebanyak lima biji ke dalam mulut Shamsul dengan geram. Susah kalau
dapat budak macam Shamsul ni. Sifat ingin tahu kuat sangat! Shamsul hanya mampu
mengunyah gula-gula tersebut dengan perlahan. Habis mulutnya penuh dengan
gula-gula itu. Penangan Anasuha.
Sampai di TJ 2, Anasuha turun dari bas.
Dia melihat Shamsul melihatnya dari dalam bas dengan muka ingin tahunya.
Anasuha hanya melambai dengan senyuman di bibir. Jumpa esok, bisik hati
Anasuha.
KEPUTUSAN
peperiksaan SPM
akan tidak lama lagi. Anasuha sudah meminta cuti sehari agar dia bisa ke
Kelantan untuk mengambil keputusannya. Kak Nora dengan muka tidak puas hatinya
terpaksa juga memberi cuti kepada Anasuha. Anasuha tersenyum sinis sahaja
apabila melihat wajah tidak puas hati Kak Nora. Iyalah, kalau Anasuha tiada,
bermakna dialah yang harus membuka kedai pada pagi itu, kerana Shamsul juga
akan ke sekolahnya untuk mengambil keputusan SPM. Jadi, Kak Nora harus menjaga
kedai sebelum Shamsul datang.
"Padan muka kau, Nora. Dasar
pemalas datang awal," bisik Anasuha. Dia sedang ralit membungkus hadiah
untuk pelanggannya.
"Apa dia cik?" soal si
pelanggan.
Anasuha tersentak, 'Alamak, dia
terdengar pulak,' bisik hati Anasuha. Nak cover
punya pasal, Anasuha hanya mampu tersengih-sengih macam kerang busuk. Dia
terus membalut hadiah tersebut dengan tekun, seolah-olah tiada apa berlaku.
Shamsul mendapatkan Anasuha yang sedang
sibuk membalut hadiah. Dia membantu menguntingkan pita pelekat. Sambil itu, dia
berbual-bual dengan pelanggan. Bertanya itu dan ini. Almaklum, Shamsul ini kan over ramah. Semua orang suka berbual
dengannya. Jauh berbeza sekali dengan si Anasuha.
"Awak ni jauh beza ya,
dengan budak ini?" si pelanggan menunjuk ke arah Anasuha yang hanya diam,
ralit membalut hadiah.Shamsul hanya tersenyum. Anasuha
memandang si pelanggan dengan muka tiada perasaan. Padahal, Shamsul sudah mula
merasa aura hitam Anasuha.
"Cuba kalau awak ni banyak
bercakap sikit, mesti ramai akan suka awak," ujar si pelanggan lagi.
Shamsul sudah mula merasa tidak sedap
hati. Aura hitam Anasuha sudah mula mencucuk dirinya agar dia pergi jauh-jauh.
Shamsul melihat pelanggan lelaki yang sedang ralit melihat Anasuha membalut
hadiah. Lelaki itu masih lagi sibuk menyuruh Anasuha senyum dan bercakap.
"Cuba awak senyum sikit.
Banyakkan cakap … mesti.."
Anasuha mencengkam leher baju
pelanggan lelaki tersebut dengan bengang. Aura hitam sudah mula menguasai
dirinya. Pelanggan lelaki itu agak terkejut dengan Anasuha,
"Mesti apa?!" soal
Anasuha bengang. Dia memandang tepat ke arah anak mata lelaki tersebut. Lelaki
tersebut hanya terdiam dan memandang ke bawah.
"MESTI APA?!!!" laung
Anasuha.
Shamsul terlihat mata Anasuha yang sudah
berapi-api. Segera dia membantu lelaki itu melepaskan diri dari cengkaman
tangan Anasuha. Belum sempat pun Shamsul berbuat demikian, Anasuha sudah
melepaskan cengkamannya pada leher baju pelanggan lelaki tersebut.
"Kau jangan ingat aku ni
baik sangat! Aku boleh jadi baik. Tapi, bila sampai seru, aku boleh jadi lagi
teruk dari semua penjenayah!" ujar Anasuha. Dia meninggalkan kaunter dan
keluar dari kedai.
"What's up with her?!" soal pelanggan lelaki tersebut.
Shamsul hanya mampu memohon maaf
dan terus keluar mencari Anasuha. Ya, seperti biasa, Anasuha mesti akan berada
di lorong sunyi itu. Shamsul melihat Anasuha duduk di satu sudut. Terus dia
pergi mendapatkan Anasuha.
"You, okay?" soal Shamsul.
"Kau tak tahu apa yang dia
fikir masa tu, kau tak tahu!" ujar Anasuha. Matanya tajam merenung ke
wajah Shamsul. Dan Shamsul pula, seperti dipanah petir terus memandang ke
tempat lain kerana takut dengan pandangan mata Anasuha.
Shamsul duduk di sebelah Anasuha,
"Apa yang dia fikir?"
soal Shamsul.
Anasuha memandang Shamsul. Kalau aku
bagitahu, mesti dia ingat aku ni freak.
Jangan Anasuha, bisik hatinya.
Anasuha berdiri tegak, "Jom
balik kedai,"
Shamsul memegang lengan Anasuha
yang dilitupi baju. Mujur baju lengan panjang je, kalau tidak tiada makna dia
nak pegang lengan Anasuha ni. Mahu kena belasah pulak nanti.
"Awak, cuba bagitahu hal
yang sebenar," ujar Shamsul.
Anasuha menoleh memandang Shamsul. Dia
memandang tepat ke dalam mata Shamsul yang kelihatan betul-betul ingin tahu.
Dia menarik tanggannya yang dipegang kemas oleh Shamsul sehingga terlepas.
"He tried to seduce me. Dia ada pelan tak baik. Sama macam lelaki
hari tu jugak. Aku boleh baca fikiran diorang!" ujar Anasuha geram.
Matanya berair. Dia hanya memandang ke tanah. Tidak mahu Shamsul melihatnya
menangis.
"Apa maksud awak yang awak
boleh baca fikiran dia orang?" soal Shamsul.
Anasuha menarik nafas sedalamnya,
"I can read people's mind," ujar Anasuha.
"Itu aje?" soal Shamsul. Dia berdiri di belakang Anasuha
yang sedang membelakanginya.
"I am a freak. I can read people's mind!" ujar Anasuha dengan
nada geram.
"Saya tak rasa awak ni freak," ujar Shamsul.
Anasuha menghadap Shamsul,
"Kenapa kau tak jadi je
macam orang lain? Benci aku, tak pedulikan aku, fikir yang aku ni alien macam
orang lain, hah?" soal
Anasuha.
"Saya tak benci awak pun.
Saya suka awak," ujar Shamsul.
Anasuha memandang ke dalam mata
Shamsul,
"Kenapa kau suka sangat nak
berkawan dengan aku, hah?" soal Anasuha.
"Saya suka awak. Walaupun
awak selalu pukul saya. Kalau dikira , dalam sehari adalah dalam beratus kali
awak pukul saya. Saya suka awak, bila awak senyum pada saya tiba-tiba walaupun
awak tak suka saya. Saya suka awak, cara awak berkomunikasi dengan pelanggan.
Ramah walaupun kadang-kadang aura hitam awak tu keluar sebab bengang. Saya suka
awak, walaupun awak boleh baca fikiran orang lain. Itu adalah kelebihan awak.
ALLAH kurniakan awak anugerah yang baik awak tahu. Dengan anugerah awak ni,
awak boleh jaga diri. Macam hari tu, masa lelaki handsome tu nak ajak awak balik sekali tu, awak belasah dia kan?
Sampai remuk muka dia awak kerjakan. Dari putera jadi jentera," Shamsul
ketawa kecil.
Anasuha ketawa apabila Shamsul membuat
lawak mengenai muka lelaki yang Anasuha belasah beberapa hari yang lepas.
Shamsul tersenyum apabila melihat Anasuha sudah mula ketawa,
"Saya tak pelik pun kalau
awak boleh baca fikiran orang. Walau awak alien
sekali pun, saya tetap nak kawan dengan awak!" ujar Shamsul.
Anasuha tersenyum. Dia menarik
baju Shamsul dan mengheretnya kembali ke kedai,
"Dahlah, jom balik,"
Shamsul tersenyum. Gembira kerana bisa membuatkan Anasuha berada dalam mood yang baik semula.
No comments:
Post a Comment