ANASUHA
menghempaskan
dirinya ke katil. Akhirnya Anasuha dan semua pelajar Tingkatan 5 sudah terlepas
dari azab SPM. Manusia mana yang tidak gembira macam orang gila bila exam yang paling susah ( ini adalah
kata-kata Huda apabila mereka sedang study Additional
Mathematics di bilik BWP) tamat. Boleh rasa perasaan orang merdeka pada
Hari Kemerdekaan kita dulu, bak kata Suraya.
Dalam Anasuha sedang bergembira meraikan
hari kemerdekaannya dari zaman sekolah, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi
menandakan satu pesanan ringkas masuk. Anasuha berjalan malas ke arah telefon
bimbitnya yang terletak di dalam laci meja belajarnya.
Lepas
Isyak berkumpul kat DS.-zul-
Anasuha mengeluh. Apa lagilah mamat ni nak,
bukannya presiden dah pun! bisik hati Anasuha. Tidak lama kemudian telefonnya
mengaum lagi,
Tak
jadi. Sekarang!-Zul-
Semakin kuat keluhan Anasuha. Terasa ingin
menjerit pun ada.
"Mana Huda dengan Sue ni ,
aku nak luahkan perasaan pun tak syok,” Anasuha membebel-bebel seorang diri.
Dia menyarungkan tudungnya dan bergerak ke DS dengan sandalnya.
SEBAIK sahaja Anasuha sampai di DS ,
kelihatan semua BWP termasuk Akif sedang berkumpul. Nampaknya, aku paling lewat
ni, bisik Anasuha.
'Kau ni lambatlah,'
Anasuha terdengar bisikan hati Huda.
Anasuha hanya buat muka seposennya. Beberapa langkah sahaja lagi ke tempat
mereka, Anasuha terhenti. Terasa ada aura yang lain. Sepantas kilat serbuk putih
memenuhi tudung hitamnya dan seluruh pakaiannya. Anasuha tersentak.
Happy
birthday to you ..
Happy
birthday to you ..
Happy
birthday dear Ana ..
Happy
birthday to youuu ……
Anasuha tersentak. Dia tidak terharu,
tetapi tersentak. Setelah fikirannya kembali ke alam realiti, Anasuha terus
mengejar Huda dan Suraya.
Kenapa?
Mereka berdualah yang memainkan peranan
sebagai tukang pembaling serbuk putih yang masih belum diketahui apakah
namanya.
"Kau baling apa kat aku
hah???!" jerit Anasuha.
"Kitorang ambil bedak kau!
" ujar Huda.
"Huda!" jerit Suraya
dalam kemengahan.
"Ops .. terlepas cakap
sudah!" Huda terus melarikan diri.
Ahli-ahli BWP yang lain ketawa
galak melihat keletah mereka bertiga. Persis kanak-kanak riang. Akif yang sudah
puas melihat adengan kejar-mengejar antara Huda, Suraya dan Anasuha mula
melaung,
"Kek dah nak habis!!!!"
Anasuha tersentak, dengan pantas dia
berlari mendapatkan keknya yang sudah hampir separuh dihabiskan Fakhrul, Aliaa
, Zulharith dan Farrah.
"Kek aku !!!" jerit Anasuha.
Akif dengan pantas membawa lari
kek tersebut ke tempat lain. Anasuha yang kepenatan akibat mengejar si Huda dan
Suraya mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja keknya di bawa lari.
"Bawa lah lari jauh-jauh kek
aku tu. Aku tak kisah !!!" jerit Anasuha yang sudah terduduk di kerusi.
Zulharith menghulurkan air kotak yang dibelinya sebaik sahajatamat paper Biologi bersama Cikgu Aker dan
Miss Aqilah.
Oh, lupa pula nak mention , actually Cikgu Aker dengan Miss Qilah ,ops .. Mrs. Aqilah
dah kahwin tau ! Beberapa minggu sebelum trial
SPM mereka selamat dinikahkan di Temerloh, di rumah Cikgu Aker. Geng-geng
BWP semua merasa pergi ke majlis perkahwinan mereka itu. Yang paling tak
gemarnya of courselah cik Anasuha
kita yang agak anti dengan relationship mereka
berdua ini. Namun, gambar mereka akan tetap menghiasi majalah maktab. Mengikut
rancangan Anasuha, dia ingin meletakkan gambar mereka di muka hadapan. COVER PAGE kau nyah !
Kembali ke DS MRSM Tumpat.
Akif kembali semula ke meja di mana mereka
berkumpul,
"Apasal kau tak bawa kek ni
masuk bilik aje ?" ujar Zulharith.
Akif termengah-mengah, " Aku
tak sanggup tengok muka sedih Ana lahhh .."
Akif meletakkan kek tersebut ke atas meja.
Dengan pantas Anasuha mencapainya dan segera memotong beberapa potong kek. Yang
bersaiz XXXXL adalah miliknya dan yang
bersaiz S untuk Zulharith dan Akif. Yang bersaiz M diberi kepada Suraya dan
Huda serta ahli BWP yang lain.
Tengah-tengah mereka sibuk meraikan hari
jadi si Anasuha, Amirul datang membawa sebuah kotak berbalut kecil bersama
Jamaluddin dan yang lain ( BWP Tingkatan 3).
"Ini sumbangan khas dari
EX-BWP, mahal ni .. Akhtar bawa dari KL , kan Akhtar?" ujar Jamaluddin
sambil menyiku-nyiku bahu Akhtar yang agak pendek jika nak dibandingkan ketinggiannya.
"Kau jangan nak merepek, aku
beli ni dekat Pengkalan Kubor aje dengan korang tadi tau!"
Semua ahli BWP menepuk dahi. Tipikal
Akhtar. Bila datang lurus bendul dia, memang tidak jadi semua kerja. Amirul
menutup mulut Akhtar sehingga dia melaung-laung tanpa didengari untuk
dilepaskan. Anasuha tersenyum melihat gelagat mereka.
"Aku akan ingat semua
ni,"
No comments:
Post a Comment