ANASUHA
berjalan menuju ke kelas 5 Amanah. Muka
Anasuha punyalah ditebalkan sebab malu kalau diejek oleh puak-puak kelas 5
Amanah jika mereka tahu sebab musabab dia ingin datang ke kelas itu. Anasuha
jalan, jalan dan jalan dengan perlahan agar masa untuk sampai ke kelas itu
menjadi panjang. Sesampainya Anasuha di hadapan kelas 5 Amanah, Anasuha terhenti.
Dia menarik nafas sedalam mungkin untuk menyorokkan rasa gemuruhnya. Baru
sahaja dia ingin membuka mulut,
"Kau buat apa kat sini
?" soal Faizul yang mulut becok dan suka mengganggu ketenteraman awam itu.
Di belakangnya ada Amal dan Ikram. Anasuha membuat muka bosan.
" Aku datang sini bukan nak
jumpa koranglah sengal!" ujar Anasuha.
Sebaik sahaja dia menyatakan ayat itu,
Akif keluar dari kelasnya itu. " Awak cari saya kan? "
Anasuha tersentak. Mana tidaknya
, tiba-tiba sahaja keluar dari kelas macam tahu-tahu je Anasuha yang sedang
bertaki dengan si Faizul Gangster Celop tu. Anasuha hanya mengangguk.
" Nak pendrive kan ?" soal Akif.
Anasuha mengangguk.
Akif tersenyum, "Nanti
sekejap ya?" ujarnya sambil menjeling maut ke arah Faizul dan gengnya.
"Kau ada skandal dengan
budak kelas aku ae ?" ujar Faizul.
Anasuha mencebik, "Kuasa
pulak aku ?"
"Eleh, berlagak lebih minah
ni," ujar Amal.
Anasuha mulai geram, baru sahaja
dia ingin memaki hamun si Gangster Celop itu,
"Dia datang nak ambil pendrive aku aje lah, korang ni over sangat apa kes ?"
soal Akif selamba.
Faizul tersenyap di situ.
"Back up awek pulak …" ujar Ikram.
Anasuha yang sedang menggenggam
buku pada masa itu dengan spontan menghentam kepala Ikram dengan buku itu.
"Thanks , I'll give it back when it's done,” ujar Anasuha , terus
berlalu pergi ke kelasnya.
Sebaik sahaja Anasuha berlalu pergi, Akif
menghadap Ikram yang masih kesakitan akibat penangan hentaman buku nota Biologi
milik Anasuha tadi. "Bestkan
penangan si Ana tadi kan ?"
Faizul dan Amal mengangkat si Ikram ke
dalam kelas. Nampak gayanya , Ikram bakal fobia dengan Anasuha selepas ini.
ANASUHA
menghempas
punggungnya ke kerusi tempat duduknya di dalam kelas. Farrah mula mendekati
Anasuha untuk mengorek cerita.
" Kau buat apa kat kelas
Amanah ?" soal Farrah.
Anasuha diam lalu mencapai buku
nota Biologinya untuk dibaca. Farrah yang mula bengang dengan kelakuan si
Anasuha bertindak dengan merampas buku nota tersebut.
" Kau dah kenapa ?"
ujar Anasuha.
" Yelah, aku tanya kau ,
tapi kau buat dek aje kat aku, aku ambiklah buku kau ni! Buat – buat baca
konon. Padahal nak sorok muka malu. Cepuk karang saje je," ujar Farrah
selamba.
Anasuha membuat muka hendak
muntah, " Aku malu ?!! Hahahaha," tercetus ketawa besar di mulut Anasuha
apabila mendengar kata- kata si Farrah. Anasuha merampas semula buku notanya
dan membacanya semula sambil berkata,
" Yang pemalu tu kau, bukan
aku," ujar Anasuha selamba.
" Eh, apa pulak aku yang
kena ni ?" soal Farrah.
" Dah lah, malas layan
kau," ujar Anasuha.
Baru sahaja Anasuha ingin membaca nota
Biologinya , Cikgu Aker pun masuk ke dalam kelas.
" Woi, hari ni ada kelas seni ke ?!" ujar Anasuha selamba.
Cikgu Aker membaling pembersih
papan putih ke arah Anasuha. Anasuha dengan pantas menyambutnya.
" Relaks la cikgu, gurau di
tengah hari," ujar Anasuha selamba.
Cikgu Aker membuat muka selamba
," Aku nak korang cari pair korang masing-masing. Pandai-pandai
hiduplah korang. Syaza and Syawal aku tak nak korang pair sebab korang kembar. Pergi sekali
sekala pair dengan orang lain ke," katanya.
Syaza dan Syawal mula membuat
drama,
"Cikgu ……. Saya nak dengan
Syaza cikgu. Kami berdua tak boleh dipisah," ujar Syawal dengan suara yang
lembut. Hampir satu kelas menutup telinga mendengar suaranya.
Jangan
pisahkan … Aku dan Syawal … Cikgu tolonglah … Ku sayang dia .. Kalau nak rasa
penangan Silat Cekak .. Cikgu pisahkanlah kami ,,
Nyanyian Syaza menyakitkan telinga seluruh
isi kelas 5 Tawakkal.
" Cikgu, sebelum semua anak
murid cikgu ni mati sebab telinga berdarah, biarkan jelah kembar tu… "
ujar Anasuha sambil menutup telinga daripada mendengar nyanyian si Syaza.
Nak kata betapa kuatnya dan teruknya suara
Syaza bila menyanyi , sampai cikgu Apandi yang sedang mengajar Additional Mathematics di kelas sebelah pun turut datang bersama
seluruh isi kelas 5 Amanah untuk melihat freeshow
dari Syaza.
'Bikin malu kelas,' bisik hati
Amelia.
'Baaaaa , cikgu sebelah pun mai
datang sini …. Malu siakkkk !' bisik hati Zahirul.
" Cikgu Muzakkir , sebelum
saya mengamuk kat kelas awak sebabkan suara 'lunak' budak ni, baik awak
mengamuk pada dia dulu," ujar Cikgu Apandi.
Wait.
Cikgu Apandi nak mengamuk ?
Macam tak percaya je.
Selama aku duduk kat MRSM Tumpat
ni, tak pernah lagi aku tengok dia mengamuk kat student. Cikgu Apandi mana reti marah student sangat.
Anasuha bergerak ke arah Cikgu Apandi,
" It's okay , cikgu. I'll handle this," ujar Anasuha.
Setelah Cikgu Apandi dan semua budak kelas
sebelah kembali ke kelas mereka, Anasuha
mengambil sapu tangannya di dalam poket beg dan menyumbatnya ke dalam mulut si
Syaza. Syawal menjerit perlahan melihat adiknya diperlakukan demikian.
" Kau senyap, karang aku
ikat kau kat kerusi." Ujar Anasuha.
Anasuha berpaling ke arah Cikgu Aker ,
" Before I'm going to show the class how hellish and bad I am, I think
you should start teaching,"
Anasuha
dengan pandangan tajam ke arah Cikgu Aker. Satu kelas mula merasakan aura hitam
dari Anasuha. Cikgu Aker segera memulakan kelas dan Syawal dan Syaza dibiarkan
menjadi pasangan untuk projek seni ini. Anasuha kembali semula ke tempat
duduknya dan dia duduk senyap di situ.
No comments:
Post a Comment