HUDA
melihat Anasuha
yang sedang duduk berehat di bilik rekreasi sambil menghadap buku Matematik
Tambahan kegemarannya. Anasuha adalah manusia paling pelik yang dia pernah
temui sepanjang tujuh belas tahun dia hidup di muka bumi ini. Mana tidaknya,
tidak pernah lagi dia jumpa manusia yang sukakan subjek Additional Mathematics seperti Anasuha. Suka suka pun result hampeh juga budak Anasuha ni. Huda duduk di
sebelah Anasuha.
'Aku ingatkan study, rupanya dengar lagu,' bisik hati
Huda.
Anasuha membuka matanya yang terpejam tadi
dan terus memandang Huda di sebelah kanannya. Dia mencapai pennya dan mengacah
untuk mencungkil mata Huda. Huda hanya tersengih-sengih.
"Aku baru je siap study okay, kau je yang tak tahu," ujar
Anasuha.
" Kau, aku ada berita nak
khabarkan," ujar Huda sambil tersenyum.
"Apa ? Aku dapat anugerah
tokoh pelajar ke ?" Anasuha cuba membuat konklusinya sendiri.
Huda membuat muka kelat. Pantang betul
kalau orang potong ape yang dia cuba nak sampaikan. Huda menutup mulut Anasuha
dengan tangannya untuk elakkan si Anasuha ni
menyampuk.
"Zulharith clash dengan awek dia," ujar Huda.
Anasuha buat muka seposen. "Itu aje
kau nak khabarkan pada aku ?"
Huda mengangguk kepala. Anasuha
ketawa besar. "Apa natijahnya kau bagitahu aku hal ni ?" soal
Anasuha.
Huda tersengih,
"Ala.. Inikan berita hot kat maktab, mana tahu kau nak muat
masuk dalam majalah yang kau nak edit
nanti ke ??" ujar Huda.
"Kuasa pulak aku nak
masukkan hal ni dalam majalah sekolah pulak ? Kua ingat aku ni paparazzi ke nak selingkap semua cerita orang?"
jawab Anasuha yang berahir dengan soalan juga untuk Huda.
Huda memuncungkan mulut. Di fikirkan
Anasuha bakal suka dengar khabar berita panas macam ni. Nampak gayanya memang
tidaklah. Huda mencapai buku Biologi Anasuha yang terbuka luas di atas meja. Di
belek-beleknya buku itu sehinggalah Anasuha merampasnya semula,
"Aku nak baca," pinta
Huda.
"Ambil buku kau
sendiri," jawab Anasuha selamba. Anasuha terus membuka buku latihan Biologinya dan mula membuat latihan tanpa
mempedulikan Huda yang sedang duduk di sebelahnya.
'Kejam!'
Anasuha memandang Huda yang
sedang berusaha melarikan diri. Aura hitam memenuhi ruang bilik rekreasi tu.
Semua pelajar junior yang sedang
melepak mengambil keputusan untuk keluar dari bilik tersebut. Anasuha mencapai
tangan Huda. Huda yang baru sahaja ingin melarikan diri tertangkap.
"Ampun Tuanku !!!"
Jerit Huda.
Anasuha memandang ke dalam mata
Huda. Maka terlihatlah Huda cahaya api pada mata Anasuha yang menyeramkan
tersebut.
Dan jeritan Huda pun bergema……
DAN PADA HARI ESOKNYA MEREKA
DIDENDA CUCI TANDAS ARAS 1 DAN ARAS 2 ….
ANASUHA
mencari kelibat
Akif di kelas 5 Amanah. Pendrive ini harus dipulangkan segera. Tambahan pula ,
Anasuha tidak mahu di 'fitnah' oleh si Gangster Celop , Faizul, Amal dan Ikram.
Si Ikram Anasuha sudah tidak hairan sangat kerana si Ikram pasti masih lagi
ketakutan jika insiden dihempuk buku minggu lepas masih terkesan di jiwanya.
" Ana,"
Anasuha memalingkan wajahnya ke belakang.
Hampir sahaja dia pengsan di situ. Wajah Akif betul-betul di belakangnya sebaik
sahaja dia memalingkan wajahnya.
"Weh, terkejut saya!"
ujar Anasuha dengan muka terkejutnya yang massih belum hilang.
Akif ketawa galak. " Muka saya seram
macam hantu ke ?"
Anasuha menggeleng, "Tapi,
muka awak dekat sangat dengan saya, manalah saya tak terkejut. Mujur saya tak
ada sakit jantung. Ah, ni .."
Anasuha mencari-cari sesuatu di dalam
poket baju kurungnya.
" This is your pendrive. I have copied all the pictures that you wanted.
Don't laugh on the stupid images of the students, okay? I'll get going,"
Anasuha berjalan pergi ke kelasnya
meninggalkan Akif.
"Ana !"
Anasuha berpaling,
"Thanks!" ujar Akif
"Don't mention it !" ujar Anasuha sambil tersenyum.
Sebaik sahaja kelibat Anasuha hilang dari
pandangan, Akif memalingkan wajahnya ke belakang. Kelihatan Faizul dan ahli
gengnya sedang merenung ke arah Akif.
"Apa hal ?" soal Akif
sambil berjalan ke arah tempat duduknya di dalam kelas.
Faizul mendapatkan Akif yang sudah selamat
duduk di tempat duduknya. Ikram dan Amal mengikutnya dari belakang.
"Aku tahu kau suka Ana kan
?" ujar Akif selamba. Mukanya menghadap Ikram.
Ikram tersentak. Faizul dan Amal menghadap
muka Ikram.
" Is this true ?!” soal Faizul dan Amal serentak.
Ikram tersipu-sipu,
" Well, when she hit me with her book last week, otak aku asyik teringatkan
dia… Betapa cunnya dia masa marah .. Betapa comelnya dia bila dia senyum …
Semua pasal Ana aku suka !"
BUSH!!
"Aduh , sakitlah!" ujar
Ikram sambil menggosok-gosok kepalanya yang sakit apabila dipukul oleh Amal dan
Faizul serentak.
"Macam mana kau boleh
sangkut kat minah macam tu ?" soal Amal.
"Bukan kau , Amal.. Korang
.. Bukan ke si Akif ni pun suka dia juga ke ?" sampuk Faizul.
Amal terangguk-angguk. "Betul jugak
tu,"
No comments:
Post a Comment