Tuesday, 29 April 2014

Chapter Thirteen yolllllllsssss

HARI yang di tunggu-tunggu oleh semua pelajar Tingkatan 5 menjelma kini. Pada hari ini Peperiksaan Sijil Pendidikan Malaysia bermula. Anasuha overexcited sampai bangun tidur pun pukul 4.30 pagi. Apabila di soal oleh Huda, Anasuha pun memberi jawapan mudah, nak refresh balik apa yang dah di ulangkaji pada malam sebelumnya. Padahal paper  Bahasa Melayu aje. Entah apa yang hendak dihafal selain format pun tidak tahu. Anasuha tersenyum sahaja sepanjang pagi.

     Huda yang sedang memakai tudungnya memandang Anasuha dengan perasaan pelik dan hairan.

'Kenapa excited sangat budak Ana ni ?' bisik hatinya.

     Anasuha memalingkan wajahnya ke arah Huda,

"Aku tak sabar nak balik rumah lah! Mission aku kat sini dah hampir tamat, siapa yang tak happy weh ?" ujar Anasuha.

Suraya memandang Anasuha,

"Mu dah tak sabar nak kelik balik pehe (Pahang) kea ?" ujar Suraya dengan loghat Kelantannya yang pekat. Anasuha menunjukkan senyumannya yang paling manis ke arah Suraya. Dia berjalan pantas ke arah Suraya yang sedang memakai kanta lekap untuk matanya yang rabun teruk itu.

"Sue, aku bukannya gembira sebab nak balik kampung je , aku gembira sebab I won't be living in this living hell anymore. However, I'm gonna be so sad to be apart with you guys," ujar Anasuha. Dia memeluk bahu Suraya.

     Huda membuat muka tidak puas hati , " Sue aje , aku ?"

     Anasuha ketawa galak. Kemudian, dia menarik tangan Huda dan memeluk bahu Huda pula.

"Kau dengar tak aku sebut 'you guys'? ujar Anasuha.

Mereka ketawa galak di dalam bilik itu tanpa menghiraukan pelajar lain. 

"Aku mesti rindu ke mu , Na," bisik Suraya.

"Aku pun sama," sampuk Huda.

     Anasuha memeluk mereka berdua seerat mungkin.

"I'm sooooooooooo gonna miss you guys. A LOT !" ujar Anasuha.


ANASUHA keluar dari dewan peperiksaan dengan muka lega. Baru habis satu paper, lagi lapan paper lagi nak kena hadap. Anasuha dengan pantas mencapai begnya dan ingin cepat berlari ke DS. Almaklum, pelajar Tingkatan 5 sahaja dah 284 orang, nak kena berebut lagi dengan budak tingkatan lain jugak. Muka Anasuha sahaja sudah terkenal dengan pemalas bab-bab nak berbaris menunggu makanan. Anasuha lebih prefer duduk di tepi dan suruh orang lain tolong jagakan tempat berbarisnya.

TIPIKAL BUDAK HOSTEL.

"Ana!"

     Anasuha memalingkan wajahnya ke belakang. Kelihatan Zulharith dan Akif sedang menghampirinya. Anasuha membuat muka seposen dan meneruskan perjalanan. Peduli apa dengan budak dua orang itu, perut aku ni lagi penting , sepanjang dalam dewan asyik berbunyi aje, fikir Anasuha.

"Ana, wait! What are you rushing for ?" soal Akif yang sudah berjalan beriringan dengan Anasuha.

"I'm rushing so that I can eat fast. I'm really hungry now, that I can even eat you if can," ujar Anasuha dengan muka laparnya.

"Aku tak tahu kau ni kuat makan, " gema ketawa dari mulut Zulharith kedengaran.

     Tiba-tiba Akif memperlahankan langkah, membuatkan Zulharith merasa pelik dengan tingkah Akif. Dengan pantas , beg yang dibawa oleh Anasuha terbang melayang ke arah belakangnya. Macam kilat.

"Woi !!!" jerit Zulharith. Anasuha sudah berjalan pergi dengan pantas. Meninggalkan Akif dan Zulharith berdua. Zulharith menggosok belakangnya yang agak sakit.

"Apa pasal minah tu pukul aku? Kuat pulak tu, eee geram aku." Ujar Zulharith.

Akif ketawa galak, " Kau tak rasa ke aura hitam dia ?"

Dahi Zulhartith berkerut seribu, " Aura hitam ?"

Akif mengangguk seraya menjawab, "Senang je kalau nak detect si Ana ni marah. Bila kau rasa a bit uneasy or awkward or feeling unsave, masa tu lebih baik kau lari jauh-jauh. Sebab aku dah pernah tengok aura hitam dia masa dia nak pukul si gangster celop si Ikram."

     Zulharith terangguk-angguk. Nampaknya, dia kena lebih berhati-hati dengan Anasuha selepas ini. Anasuha kini sangat unpredictable , bila-bila masa sahaja boleh meletup. Tambah pula sekarang ini tengah minggu SPM.

Overstressed may lead to hypertension that can bring us to a living hell.

Ayat baru dari Zulharith.

Nanti.

Bukan ke overstressed dengan hypertension itu lebih kurang sama?



ANASUHA makan tanpa melihat sekeliling. Fokusnya hanya satu , habiskan makanan , pulang ke bilik dan rehat secukupnya yang membawa maksud tidur secukupnya.

'Kak Ana makan macam setahun tak makan,'

'Gila kak Ana, makan macam tak ingat dunia,'

     Agak stres dengan kata-kata budak-budak form 3 yang paling perasan lawa dalam maktab, Anasuha makan dengan pantas dan kemudian bangun, menghala ke arah mereka sebelum ke tempat cuci tangan dan sengaja menumpahkan lebihan supnya. Puas hati dengan teriakan 'perempuan ayu' mereka , Anasuha berlalu pergi dengan selamba.

'Kau nak sangat kan …. Jangan main dengan api kalau kau bukan api,' bisik hati Anasuha.

     Anasuha membasuh tangan dan berjalan kembali ke hostel dengan muka selamba seolah-olah tiada apa terjadi.

DARI jauh , Akif dan Zulharith sama-sama sedang memerhatikan Anasuha. Oh, lupa nak bagitahu dari awal cerita, yang Akif dan Zulharith ni adalah sepupu over rapat. Bilik pun demanding nak sebelah-sebelah sampai En.Rushdan pun naik pelik  dengan perangai mereka.

"Aku bet dia akan tumpahkan air atau sup kat budak tu," ujar Akif selamba.

Zulharith memandang ke arah Akif, "Mana kau tahu ?"

Akif membuat muka bangga. "Aku bet seringgit,”

Zulharith membuat muka selamba sambil berkata, "Judi itu adalah haram,"

Akif ketawa.

"Baik kita tengok aje ape yang bakal jadi,"ujar Zulharith.

     Apabila melihat Anasuha menumpahkan supnya ke arah budak itu, Akif ketawa besar. Itu telah membuatkan semua pelajar lelaki melihat kejadian tersebut dan mula menggelakkan budak perasan lawa tadi. Zulharith juga turut serta , malah lebih kuat daripada Akif. Budak perasan lawa tadi apa lagi, malu lah.

"Kalau boleh, dia mesti nak sorok muka dia dalam lubang jamban," Suara seorang pelajar kedengaran.

"Dalam lubang jamban nanti terkena pulak," sambung seorang pelajar lain.



AKHIRNYA BUDAK PERASAN LAWA ITU KE KELAS DENGAN TUDUNG LABUH PADA HARI-HARI SETERUSNYA. SETELAH DI TEMURAMAH OLEH AHLI MAJALAH MAKTAB TINGKATAN 4 DIA BERKATA "KALAU IKUTKAN SAYA NAK START CUTI WAKTU TU JUGAK!"

No comments:

Post a Comment