Saturday, 26 April 2014

Chapter Eleven yuolllllss!

HUDA mendapatkan Anasuha yang sedang berjalan menuju ke Dewan Selera. Dia berjalan seiring dengan Anasuha dengan muka yang ingin bertanya, tetapi tidak tahu sama ada ingin bertanya atau tidak.
"Aku dengar kau mengamuk kat kelas?" akhirnya soalan itu terpacul keluar dari mulut Huda.

     Anasuha terhenti dari berjalan. Dia menghadap Huda , Huda pula kelihatan takut. Melihat keadaan Huda sebegitu, Anasuha spontan ketawa. Anasuha meneruskan semula perjalanannya. Huda mulai rasa hairan.

"Jawablah soalan aku," ujar Huda.

"Mana ada aku mengamuk. I just show Cikgu Aker how hellish and bad and dark I can be," jawab Anasuha selamba.

     Huda mengangguk. Baru dia faham dan teringat sesuatu yang Anasuha pernah katakan padanya pada kali pertama mereka bertemu ( semasa mesyuarat perkenalan BWP kali pertama).

     I am Anasuha. I am not a good leader but I can be good at anything. I can be rude sometimes plus , if someone mess around with me or piss me off … I will show them how hellish and bad I can be. If you don't want to be drowned to living hell with me, stop messing around and do your work properly.

     Pada masa tu rasanya semua BWP senyap kalau tidak silap. Gara-gara takut dengan kata-kata Anasuha yang sentiasa beraura hitam itu. Walaubagaimanapun, Anasuha tetap friendly  walaupun perangainya sebegitu. Huda tersenyum sendiri.

" Woi, yang kau senyum sorang-sorang ni pasal ape ?!" ujar Anasuha.

     Huda tersentak. Melihat wajah Anasuha yang kelat  itu , Huda hanya tersenyum.

" Aku teringat ayat kau masa first meeting BWP," ujar Huda sambil mengejar Anasuha yang sudah berlalu ke arah barisan mengambil makanan.

" Ayat aku masa first meeting?? Yang mana ?" soal Anasuha.

" Kau ni, aura gelap bukan main tapi nyanyuk," ujar Huda sambil mengetuk bahu Anasuha dengan tray makanan.


     Anasuha mulai keliru. ' Entah apa-apa lah budak Huda ni!'

No comments:

Post a Comment