Friday, 21 March 2014

Chapter Nine :*

ANASUHA kebengangan. Mana taknya, kelas Tawakkal kena buat persembahan khas pada malam pertama Minggu Aktiviti semester dua 2012. Siapa yang membuat cabutan undi ? of courselah ketua kelas kesayangan mereka yakni Zahirul yang sentiasa membawa bala ke dalam kelas.

"Tangan kau bila masa je nak bertuah hah , Zahirul? Eeeeeee ... aku tengok kau ni besar kecik besar kecik je kau tahu ?!" marah si Anasuha. Dia menghalakan pandangan tajamnya kepada Zahirul. Zahirul hanya tertunduk manakala yang lain semua hanya menyepikan diri.

Anasuha melepaskan keluhan. "Ah, sudah. Tak baik menolak ketentuan Allah. Dah nasib kita .. Now let's think what story that we can act for the 'play' on that night," ujar Anasuha.

Semua mula mencari ilham demi malam itu. dalam punya cari , cari, cari, cari dan cari ... tiba-tiba,

"Aha !!!!!" jerit Farrah.

Semuanya berkumpul membuat kelompok dan mendengar cadangan Farrah. 

Anasuha tersentak, "Kau biar betul !!"



ANASUHA  mencebik ke arah semua budak tingkatan 3 yang memandang pelik kepadanya. 

'Aku tahu muka aku pelik bila pakai make-up  , tak payah la nak pandang pelik. bagi penampar sekor-sekor baru tahu!' bisik hatinya, bengang.

    Anasuha berjalan dengan pantas ke belakang pentas. Dia tidak mahu bertegur sapa dengan sesiapa pun kalau boleh pada waktu itu. Walaupun rakan sebiliknya sendiri! Punyalah malu kali pertama di-make-up-kan semata-mata demi persembahan khas majlis pembukaan Minggu Aktiviti semester dua bagi tahun 2012. Dalam pada dia berjalan sambil menunduk untuk elak bertegur sapa dengan sesiapa, ada juga makhluk Allah yang perasan.

"Anasuha!"

     Anasuha terhenti perjalanannya. Dia menoleh ke belakang , menghala ke arah suara yang memanggilnya tadi. Kelihatan Akif yang sangat teruja melihat wajah Anasuha.

"Ana, nampak cool.... " ujar Akif membuat thumbs up  pada Anasuha. Anasuha hanya mampu tersengih kemudian dia terus berlari ke arah ahli kelasnya.

"Ana, puas kita orang cari kau," marah Farrah.

"Kau ingat part  rap kau kan ?" soal Syaza.

"Alah, lagu ni aku biasa nyanyi kan .. chill la .." ujar Anasuha selamba.

Percayalah , pada malam ini Anasuha akan menjadi rapper baru bagi kumpulan k-pop Rainbow. Boleh ganti Woori dah lepas ni. 

INI ADALAH FAKTA. 

Siapa kata orang melayu tak boleh rap lagu Korea ? 

No comments:

Post a Comment