Friday, 7 February 2014

Chapter Eight (><)

 Anasuha masuk ke bilik dengan muka kepenatan. Huda yang baru sahaja bangun dari tidur petang di mana dia masih belum menunaikan solat Asar memandang ke arah Anasuha dengan muka yang kemamaian. Anasuha memandang slack  ke arah Huda.

     " Kau sembahyang asar cepat ! Dah pukul 6.30 petang dah ni !" ujar Anasuha sambil menanggalkan tudungnya.

     Huda yang masih kemamaian mula menggaru-garu kepala. Kemudian menggeliat macam kucing baru lepas bangun tidur. Tak lama selepas itu, dia menguap macam badak air pulak dahhh .... Anasuha menggeleng-geleng kepala.

     " Kau dari mana ,sengal ?" soal Huda dengan mata yang terpejam.

     Anasuha mencampak tuala ke muka Huda. "Kau pergi mandi then solat ! Aku bagi kau lima minit je ! CEPAT !!" marah Anasuha.

Tipikal Anasuha. Barang siapa yang melewat-lewatkan solatnya , kalau jumpa Anasuha memang nahas. Kalau tak kena tengking memang tak sah!

     Huda berlari dengan pantas ke bilik air. Malas nak kena bebel dengan Anasuha. Nanti berdarah pulak telinga. Tidak sampai 5 minit dia sudah kembali ke bilik dan menunaikan soalt Asar. Mandi kerbau ke kambing ke ape budak Huda ni , Anasuha pun tak tahu. Tetapi , Huda memang terkenal dengan kepantasannya apabila mandi.

     Selepas solat , dia duduk di katil berhadapan dengan Anasuha yang sedang menyikat rambutnya. "Aku skip dinner. Now tell me, where did you go petang tadi ?" soal Huda.

     Baru sahaja Anasuha ingin menjawab, si Suraya pula masuk. Huda mendecit, "Kau ni kacau line lah !'' marah Huda. Suraya membuat muka selamba. Anasuha pula sudah menggeleng.  

     "Cepatlah cerita Ana !" ujar Huda.

     Mendengar perkataan cerita, Suraya terus duduk di hadapan Anasuha, di sebelah Huda.

     "Cerita gapo ni ?? Fakhrul dengan Aliaa nak kahwin lepas SPM ko ?!" ujar Suraya , overexcited. Huda dan Anasuha membuat muka seposen.

     "Ana tak mula pon lagi. Kau acu try senyap sekejap. Listen." ujar Huda.

     "Petang tadi aku di dating dengan Cikgu Aker dengan Zulharith. Kitorang pergi melepak kat tangki air, tangkap gambar. Itu aje. The End!" ujar Anasuha lantas dengan riangnya keluar dari bilik dan bergerak ke surau.

     Huda dan Suraya saling berpandangan. ITU AJE ???!!!!

     "ANASUHA !!!!"

     Anasuha yang terdengar jeritan mereka berdua dari luar ketawa kecil. Dengan pantas dia berjalan ke surau untuk duduk di saf hadapan untuk solat Maghrib. Semasa dia baru keluar dari pintu pagar aspuri, dia bertembung  dengan Akif. Budak kelas sebelah.

     "Ana ! Hai, Assalamualaikum..." tegur Akif.

     "Waalaikumussalam .. salam Maghrib ujar Anasuha sambil berjalan dengan pantas masuk ke dalam surau. Akif ketawa kecil melihat keletah Anasuha yang kelam kabut itu. Ah, dia baru teringat sesuatu. Dia terlupa niatnya yang inginkan Anasuha mem-bluetooth-kan gambarnya bersama junior Form 1  yang dulu.

     Sebelum Anasuha masuk ke dalam dia memanggil, "Ana !"

     Anasuha berpaling, "Ada apa ?"

     Akif tersenyum, " Saya ingat nak awak bluetooth gambar saya ngan budak kecik hari tu," ujar Akif.

     Anasuha terfikir-fikir "Gambar yang mana satu ? Yang awak dukung dia tu ke ? Atau yang awak belasah dia tu ? " soal Anasuha.

     "Bila masa saya belasah dia ?!" soal Akif dengan kerutan di dahi.

     Anasuha ketawa, "Ala , gambar awak gaduh-gaduh manja dengan dia hari tu ... " ujar Anasuha.

     Akif ketawa galak. " Ohhh ..... yang kononnya saya smackdown  dia tu ?? Kononnya ??"

     Anasuha mengangguk.

     " Yang tu pun saya nak jugak. Nak buat kenangan," ujar Akif sambil menunjukkan senyuman edisi terhadnya. Baru Anasuha terperasan , bahawa Akif hanya gemar menayangkan senyuman edisi sendirian berhadnya kepada Anasuha seorang. Kalau pada yang lain. Senyumannya cukup pendek. Macam tak senyum pun ada.

      " Okey, nanti saya bagi pendrive .. " ujar Anasuha.

     "EH, biar sayalah bagi pendrive, " ujar Akif sambil tersengih.

     " Okey, later ... " ujar Anasuha lantas bergerak masuk ke dalam surau.

     Akif memandang Anasuha sampailah kelibatnya hilang. Bilalah dia nak pandang aku, bisik hatinya.

No comments:

Post a Comment