ANASUHA
tersenyum
sendirian. Shamsul yang sedang ralit menyapu habuk di sekeliling kedai mula
merasa hairan. Dia berjalan ke arah Anasuha yang sedang sibuk menyimpan wang di
dalam mesin duit di kaunter. Dia memandang sahaja Anasuha yang masih tidak
berhenti tersenyum dari tadi. Dari mula buka kedai, sampai kini, senyuman masih
tidak lekang dari bibirnya.
"Awak ni asyik senyum aje,
kenapa?"
Soalan yang terpacul dari mulut Shamsul
membawa Anasuha kembali ke alam nyata. Anasuha berpura-pura cool dan menyusun barang di atas kaunter.
"Saya tanya, yang awak asyik
senyum ni kenapa?" soal Shamsul lagi.
Anasuha kebengangan. Aku nak senyum tak
boleh ke, bisik hatinya. Dia mencengkam leher baju Shamsul,
"TAK BOLEH KE KALAU AKU NAK
SENYUM?!!!!!" soalnya dengan suara yang lantang sehingga kedengaran satu
lot kedai. Shamsul menggeleng kepala.
"Saya tak cakap tak boleh.
Tapi saya pelik kenapa awak asyik senyum. Tu aje," jawab Shamsul dalam
keadaan takut-takut. Anasuha melepaskan cengkamannya pada leher baju Shamsul.
"Kau yang cakap, senyum tu
sedekah lah, awet mudalah… " Anasuha membebel sendirian. Shamsul
membetulkan kolar leher bajunya. Dia mengomel-ngomel sendirian. Anasuha yang
terdengar omelannya dengan pantas mencengkam leher baju Shamsul,
"Nak membebel, pergi
jauh-jauh. Telinga aku ni sensitif pada bunyi," ujar Anasuha. Dia
melepaskan Shamsul dan berlalu pergi ke belakang.
SHAMSUL
tersenyum kepada
pelanggan lelaki yang masuk ke dalam kedai. Anasuha pula sibuk menyusun barang
di bahagian belakang. Jadi, Shamsul
terpaksalah melayan pelanggan sepertimana dia selalu buat. Shamsul mengikut
belakang pelanggan tersebut. Pelanggan tersebut ke bahagian belakang, Shamsul
ikut. Pelanggan itu ke rak depan, Shamsul ikut. Sampai penat juga si Shamsul
ini mengikut belakangnya.
Anasuha yang ternampak perilaku Shamsul
yang asyik mengikut pelanggan tersebut memandangnya pelik. Sesekali Shamsul
akan memandangnya dengan pandangan yang menunjukkan bahawa dia sedang penat.
Mamat ni nak apa, bisik hati Anasuha.
Anasuha menarik kolar leher baju Shamsul
dan menyuruhnya pergi,
"Encik, kalau nak
jalan-jalan bukan kat sini. Pergilah taman ke, Cameron Highlands ke nak pergi
jalan. Lagi satu, kalau setakat datang nak jalan-jalan kat sini, mohon balik
ye. Kalau mengikut kiraan saya dah dekat sejam awak kat sini," ujar
Anasuha selamba dengan muka tiada perasaan.
"Macam ni awak treat pelanggan?" soal lelaki
tersebut.
"Saya bukan nak kurang ajar.
Saya cuma menyatakan hal yang benar. Saya tak expect yang awak ni nak beli
sesuatu dari kedai ni. Lainlah kalau awak sebenarnya ada niat nak mencuri. Awak
sengaja nak penatkan rakan sekerja saya supaya dia tidak ikut awak, dan kerja
awak pun jadi senang, kan?" serangan bom nuklear dari mulut Anasuha terus
memangkah kata-kata lelaki tersebut.
Muka lelaki tersebut menjadi lain. Mana
budak ni tahu, bisik hati lelaki tersebut. Anasuha hanya tersenyum,
"Kalau awak ada niat macam
tu, mohon keluar sebelum saya…."
Shamsul menutup mulut Anasuha.
"Maafkan dia, encik. Dia memang selalu macam ni. Jangan salah faham,
ya?"
Anasuha memandang Shamsul. Pandangan
matanya berapi-api. Budak ni bila datang lembab dia, bisik hati Anasuha.
Anasuha dengan pantasnya mengalih tangan Shamsul yang asyik menutup mulutnya.
Aura hitam mula mengelilingi segenap ruang di dalam kedai itu. Shamsul hanya
terdiam.
"Sebelum awak nak teruskan
niat awak, saya nak pesan sesuatu. Kalaulah awak dapat curi sesuatu pun dalam
kedai ni, awak jangan ingat awak akan terlepas. Walaupun kedai ni tiada CCTV,
tapi mata saya boleh nampak semua perlakuan para pelanggan kedai ni,"
Anasuha berlalu pergi meninggalkan Shamsul dan pelanggan lelaki tersebut.
Wajah lelaki tersebut mula berubah. Dengan
pantas dia keluar dari kedai meninggalkan Shamsul di situ dalam keadaan
terpinga-pinga. Shamsul segera mendapatkan Anasuha yang sudah menyambung kembali
kerjanya yang tergendala akibat melayan pelanggan tadi.
"Errr…. Apa kes sebenarnya
tu?" soal Shamsul takut-takut. Manalah tahu, tiba-tiba Anasuha mengamuk
pula ke.
Anasuha mengangkat tangannya untuk
mengetuk kepala Shamsul. Dengan pantas Shamsul menunduk untuk mengelak. Anasuha
tersentak. Shamsul berdiri sambil membela-bela rambutnya.
"Owh, dah pandai mengelak ya
sekarang?" Anasuha ketawa kecil. Shamsul hanya tersenyum.
"Mestilah, saya practice tiap hari tau, cara nak elak
dari kena pukul dengan awak," ujar Shamsul dengan muka bangga. Dia
membetulkan pula kolar leher bajunya. Anasuha hanya tersenyum hambar. Malas
hendak melayan Shamsul yang kadang kala suka buatnya terasa annoying.
Shamsul teringat sesuatu. Lupa sudah dia
pada soalan dia yang masih tidak terjawab tadi. Anasuha memang pandai dan cekap
dalam bidang mengubah topik, bisik hati Shamsul.
Anasuha menoleh ke arah Shamsul. Dia
mencengkam leher baju Shamsul,
"Kau mengumpat aku dalam
hati ye?!" soal Anasuha dengan nada yang kuat.
Shamsul menggeleng-geleng, "Saya tak
ngumpat awak. Saya Cuma cakap yang awak sangat pandai dalam ubah topik. Tadi
kan saya tanya awak, apa kes dengan mamat tadi. Awak lupa?"
Anasuha melepaskan cengkamannya pada leher
baju Shamsul,
"Sebenarnya, aku pun lupa
yang kau tanya. Kaulah, pergi elak pukulan aku tu," ujar Anasuha, cuba
ingin menyalahkan Shamsul pula.
Shamsul membuat muka terkejut,
"Eh, saya pulak yang kena?"
Anasuha membulatkan matanya, "Habis
tu kau nak cakap aku?”
Shamsul menggeleng kepala. Dengan
budak macam Anasuha ni, dia hanya mampu mengalah kalau tidak mahu makan pakai
kaki. Kalau dia melawan, bukannya makan pakai kaki nanti. Silap-silap makan
pakai tangan orang lain pula (maksudnya ada yang tolong suaplah).
"Dahlah, cakap dengan awak
ni, asyik kena alih topik aje. Jawablah soalan saya tadi," ujar Shamsul,
kebengangan sudah.
Anasuha menggaru-garu kepalanya,
"Apa soalan kau tadi?" soalnya.
FAKTA : Anasuha memang sangat
pandai. SPM pun semua A+. pelajar contoh apa semua, tapi ketahuilah bahawa
Anasuha sangat pelupa. Lagi satu, kalau masa peperiksaan, Anasuha akan hanya
gunakan short term memory nya.
Shamsul mengeluh. Dia memandang Anasuha
dengan wajah simpati. Anasuha mengerut dahi,
"Dah kenapa kau pandang aku
dengan muka simpati macam tu?" soal Anasuha kehairanan.
Shamsul menyentuh bahu Anasuha dengan kayu
pengurut belakang yang terjual di dalam kedai tersebut. Mukanya masih lagi
dengan riak simpati. Anasuha menggaru-garu kepalanya lagi,
"Kenapa kau?" soal
Anasuha lagi.
"Tak sangka, sehebat-hebat
awak, awak ni pelupa ye," ujar Shamsul dengan muka kasihan.
Anasuha menjuih bibir, "Alah, bukan
selalu pun. Cepatlah, kau tanya apa tadi?" soal Anasuha.
"Saya tanya, apa kes dengan
mamat tadi, awak ni …" ujar Shamsul. Dia menyimpan semula pengurut
belakang yang dia guna untuk menyentuh bahu Anasuha tadi ke tempat asalnya.
"Owh, pasal tu. Dia nak
mencuri lah. Sebab tulah dia sengaja ke hulu ke hilir buat-buat cari barang,
sebab nak penatkan kau. Nak suruh kau jangan ikut dia. Kau apa tahu," ujar
Anasuha. Dia menyambung semula kerjanya.
Shamsul terangguk-angguk. Dia memandang ke
arah Anasuha yang sudah bergerak ke kaunter,
"Bagus juga ya, ada pekerja
macam awak," ujar Shamsul kepada Anasuha sambil tersenyum. Anasuha memandang
ke arah Shamsul. Dia tersenyum sambil menunjuk isyarat menyuruh Shamsul agar
menyimpan rahsia.
ANASUHA
masih lagi sibuk
menyusun stok baru di belakang apabila seorang pelanggan lelaki masuk ke dalam
kedai. Shamsul seperti biasa dengan senyuman menyambut pelanggan tersebut.
Namun, pelanggan tersebut terus masuk ke dalam kedai seolah-olah sudah biasa
masuk ke dalam kedai ini. Shamsul mengerut dahi. Kenapalah sejak dua menjak ni
ada je pelanggan lelaki masuk sesuka hati mereka aje, bisik hati Shamsul.
"Adik saya ada?" soal
lelaki tersebut kepada Shamsul, membuatkan Shamsul terpinga-pinga.
"Adik?" soal Shamsul
blur-blur.
"Anasuha? Saya Anas, abang
dia," ujar Anas dengan muka ingin cepat.
"Oh, ya ke? Nanti kejap
ye?" Shamsul meninggalkan Anas dan bergerak ke arah tempat Anasuha
menyimpan stok. Dia berjalan sepantas mungkin.
Anasuha yang sedang ralit membuat
kerja berdiri untuk melonggarkan tulang pinggulnya yang sudah menegang akibat
terlalu lama duduk mencangkung. Apabila dia ingin bergerak ke belakang, dia
tersentak apabila melihat Shamsul sedang berdiri di belakangnya tiba-tiba.
"Oi, kalau aku ada sakit
jantung, dah lama aku mati kau tahu?!" ujar Anasuha sambil mengurut-ngurut
dadanya yang tiba-tiba berdegup kencang. Bukan berdebar sebab apa, tapi sebab
terkejut yang amat.
Shamsul tersengih-sengih. Dia
menjarakkan dirinya lebih kurang satu meter daripada Anasuha untuk keselamatan
kepalanya. Kalau tidak, kepalanya pasti sudah akan di ketuk ataupun di pukul
dengan tragis.
"Yang kau sengih-sengih
kenapa?" soal Anasuha. Dia bergerak ke arah Shamsul. Shamsul mula mengecil
apabila tangan Anasuha sudah mula diangkat.
"Abang awak kat depan,"
ujar Shamsul dengan pantas.
Anasuha tersentak, "Dah kenapa abang
aku kat sini?" soalnya. Dia menolak Shamsul ke tepi dan terus mendapatkan
abangnya. Shamsul hanya mengikut dari belakang secara perlahan.
"Nak apa?" soal
Anasuha. Dia melihat jam yang terlekat pada tangan kirinya. "Aku bagi masa
seminit untuk kau cakap sebab aku ada kerja yang bertimbun kat belakang,"
tambah Anasuha.
Anas membuat muka duckface dengan harapan ia nampak cute pada pandangan Anasuha. Anasuha membuat muka temboknya. Tiada
perasaan. "Kau ingat kau nampak cute
dengan muka kau yang macam tu?" ujar Anasuha selamba.
Anas kebengangan. Seumpama ada loyang buat
kek jatuh menimpa kepalanya apabila mendengar ayat pedas dari mulut Anasuha.
"Malam ni mama nak ajak kita
makan sekali. Anas malas nak join,"
ujar Anas. Dia memegang tangan Anasuha. "Kau kan tahu apa mama akan tanya
bila aku ada kat rumah…." sambung Anas.
Anasuha tersenyum sinis,
"Anas, kau dah umur dua
puluh lima dah tahun ni, bila kau nak cari menantu untuk mak? Mak dengki tengok
kawan-kawan mak. Anak depa umur dua puluh tiga pun dah anak dua orang kau
tahu?" Anasuha imitates Puan
Anim apabila dia berbual tiga beranak.
Shamsul yang mendengar dari jauh tergelak
di dalam hati. Lawak betul keluarga Ana ni, bisik hatinya. Anasuha yang
terdengar isi hati Shamsul, memandangnya dari jauh. Pandangan matanya yang
sangat menyeramkan ditayang kepada Shamsul. Shamsul dengan pantas bergerak
kebelakang, membantu Anasuha membereskan kerjanya yang tertangguh gara-gara
Anas ingin bertemunya.
Anas mengeluh, "Sedangkan kau sendiri
dah hafal ayat mama. Aku yang dengar ni, tadah telinga aje. Bolehlah ya, kau
tolong Anas. Kali ini saja?" Anas memegang tangan Anasuha dengan penuh
harapan.
"Habis tu, kau nak suruh aku
dengar mama membebel pasal kau?" soal Anasuha pula.
Anas mengangguk, "Itulah
yang semolek-moleknya Anasuha oi," ujar Anas dengan muka selamba.
Anasuha mencengkam leher baju Anas.
Anasuha mendekatkan telinga Anas pada wajahnya.
" KAU INGAT AKU NI
APA???!!!!" jerit Anasuha pada telinga Anas.
Seperti renjatan elektrik, sebagaimana
Shamsul selalu kena, Anas menepuk-nepuk telinganya yang bakal pekak. Shamsul
yang melihat, agak terkejut kerana dia fikir hanya dia sahaja yang kena
sebegitu rupa oleh Anasuha.
"Kau balik jelah rumah malam
ni. Kalau tak aku bagitahu mama yang kau datang kedai merayu kat aku suruh tipu
mama. Kau tak nak kan … mama keluarkan pisau daging dia untuk sembelih
kau?" Anasuha cuba menakut-nakutkan Anas.
Anas sudah mula terbayang keadaan
tersebut. Dia memandang Anasuha yang sudah tersenyum sinis,
"Ah, dahlah. Nanti Anas
balik lah!" Anas dengan pantas berlalu pergi dari situ. Semakin lama dia
melihat wajah Anasuha, makin terbayang-bayang dia dengan pisau daging milik
ibunya.
Anasuha tersenyum puas. Seronok
mengenakan abang sendiri. Lebih-lebih lagi kalau penakut macam Anas. Bawa
kereta macam pro, makan dengan mewah, kerja pun pangkat besar, tapi bila datang
ibunya dengan hal-hal berkaitan dengan kahwin, dialah manusia paling lemah yang
ada di muka bumi ini.
Shamsul yang perasan yang abang Anasuha
telah pergi segera bangkit dari tempat kerjanya dan mendapatkan Anasuha. Dia
ingin tahu apa yang terjadi. Almaklum, kalau dicuri-curi dengar tadi, ada
kaitan dengan kahwin.
"Kenapa kau?" soal
Anasuha apabila melihat Shamsul datang mendapatkannya.
Shamsul berdiri di hadapan Anasuha dengan
wajah ingin tahu, "Kenapa dengan abang awak tu?" soal Shamsul.
Anasuha tersenyum sinis,
"Mak aku. Hari ni dia ajak
abang aku makan kat rumah… Dia .."
"Abang awak kenapa?"
potong Shamsul.
Anasuha mengetuk kepala Shamsul, "Kau
ni aku tak habis cakap lagi."
Shamsul menggosok-gosok kepalanya
yang sakit akibat penangan Anasuha. ""Teruskan lah …" ujarnya
perlahan.
"Macam ni, mak aku ajak dia
balik makan malam kat rumah hari ni. Abang aku duduk dekat Damai Court. Dekat
dengan tempat kerja dia. So, mak aku
terlebih rindu nak membebel pada dia kut, tu yang dia ajak balik rumah tu. Mak
aku ni pulak kisahnya macam ni. Abang aku bulan depan dah masuk dua puluh enam.
Mak aku ni sibuk nak kan menantu. Almaklum, anak-anak dia cuma aku dengan Anas
aje. Kalau aku, mak aku mana bagi. Masuk U pun belum lagi, nak kahwin. Memang
haramlah mak aku nak bagi. Jadi, abang akulah jadi mangsa…"
"Jadi, abang awak nak lari
dari mak awak lah ye?" Shamsul cuba meneka.
Anasuha mengangguk perlahan dengan muka
simpati. Muka simpati yang khas untuk abangnya. Shamsul terangguk-angguk. Dia
mula faham situasi yang sedang berlaku. Anasuha tiba-tiba menepuk mukanya
dengan kuat, membuatkan Shamsul tersentak,
"Kenapa pukul saya?"
soal Shamsul tidak puas hati.
"Jom dinner rumah aku. Kau kan selalu seorang je kat rumah kau kat
hujung TJ tu. Jomlah," ujar Anasuha dengan senyuman.
Shamsul ragu-ragu,
"Tak payahlah. Lagipun nanti
menyusahkan mak awak pula," ujar Shamsul perlahan. Lagipun dia bukannya
sesiapa pada Anasuha. Nanti buatnya mak dia fikir lain, matilah aku, bisik hati
Shamsul.
"Tak mati pun. Paling teruk
pun mak aku akan keluarkan pisau daging dia," ujar Anasuha.
Shamsul tersentak, "Pi .. pisau
daging?"
"Haah… pisau daging. Kenapa,
kau takut?" soal Anasuha dengan nada suara yang menyeramkan.
Shamsul menelan air liur. Pisau
daging. Pisau daging. Pisau daging. Hanya itu yang bermain di fikirannya.
Anasuha mengetuk kepala Shamsul dengan kayu pengurut belakang membuatkan
Shamsul menjadi gelabah.
"Alah, jom jelah. Mak aku
takkan bunuh kaulah!" ujar Anasuha. Dia mula berjalan meninggalkan Shamsul
untuk menyambung kembali kerjanya yang terbengkalai akibat kedatangan abangnya
yang tidak diundang itu.
Shamsul menelan air liur lagi. Dalam
fikirannya sekarang hanya terbayang pisau daging milik ibu si Anasuha.
TO BE CONTINUED ~~~~